02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

2.1.6.3 Adalah didapati baki pendahuluan diri yang belum diselaraskan pada akhir tahun

2011 bagi 12 Kementerian/Jabatan menunjukkan peningkatan berbanding tahun

2010, Sembilan (9) Kementerian/Jabatan menunjukkan penurunan dan 3

Kementerian/Jabatan tiada perubahan. Manakala 3 Kementerian/Jabatan lain iaitu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia; Kementerian Perdagangan

Antarabangsa Dan Industri serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,

Koperasi Dan Kepenggunaan telah menyelaraskan kesemua baki pendahuluan

pada tahun 2011.

2.1.6.4 Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2009 menetapkan pembayaran di bawah

AP 59 kepada kontraktor/pembekal hendaklah dibuat serta-merta tidak lewat 14 hari

dari tarikh kelulusan pendahuluan diterima daripada Perbendaharaan Malaysia.

Semakan Audit terhadap 109 pembayaran di bawah AP 59 yang dibuat pada tahun

2011 mendapati 72 daripadanya yang berjumlah RM20.12 juta melibatkan 12

Kementerian telah dibayar melebihi tempoh 14 hari dari tarikh kelulusan

pendahuluan diri diterima daripada Perbendaharaan Malaysia. Tempoh kelewatan

bayaran adalah antara 7 hingga 183 hari.

Maklum Balas Kementerian/Jabatan Yang Diterima Antara 4 Hingga 24 Mei

2012

Sebahagian pembayaran di bawah AP 59 melebihi tempoh 14 hari adalah

disebabkan dokumen tidak lengkap untuk membuat pembayaran dan

sebahagiannya pula adalah disebabkan Kementerian perlu mendapat pengesahan

daripada Pusat Tanggungjawab (PTJ) sebelum bayaran dibuat.

Pada pendapat Audit, Kementerian sepatutnya melengkapkan kesemua dokumen

sokongan yang berkaitan semasa Kementerian mengemukakan permohonan

pendahuluan kepada Perbendaharaan Malaysia. Dengan ini bayaran boleh dibuat

serta-merta apabila kelulusan diperolehi. Selain itu, Kementerian perlu mewujudkan

mekanisme untuk mempercepatkan proses pembayaran sekiranya pembayaran

tersebut melibatkan PTJ di peringkat Jabatan.

2.1.6.5 Selaras dengan AP 59, Pegawai Pengawal adalah dikehendaki mengemukakan

laporan siasatan lengkap dengan menghuraikan bagaimana penyimpangan

peraturan biasa boleh berlaku dalam tempoh 60 hari dari tarikh pendahuluan

diluluskan untuk dikemukakan kepada Perbendaharaan Malaysia. Semakan Audit

terhadap 381 kes pembayaran di bawah AP 59 yang mana laporan siasatan telah

dikemukakan atau sepatutnya dikemukakan sebelum 31 Disember 2011 mendapati

berlaku kes kelewatan mengemukakan 105 laporan siasatan antara 6 hingga 635

hari. Manakala 262 laporan siasatan belum dikemukakan kepada Perbendaharaan

Malaysia sehingga tarikh pengauditan iaitu pada 9 Mac 2012. Kelewatan

mengemukakan laporan siasatan sehingga 9 Mac 2012 bagi 262 kes tersebut

adalah antara 91 hingga 1,008 hari.

Maklum Balas Kementerian/Jabatan Yang Diterima Antara 4 Hingga 24 Mei

2012

3

3

Sehingga 31 Julai 2012, terdapat sebanyak 45 kes tahun 2011

dan sebelumnya yang masih belum menghantar laporan

siasatan kepada Perbendaharaan. Surat peringatan supaya

mengemukakan laporan telah dihantar kepada Kementerian/

Jabatan terlibat dan tindakan tersebut akan dibuat secara

berterusan.

Adalah menjadi tanggungjawab Pegawai Pengawal

Kementerian/Jabatan dalam memastikan pembayaran dibuat

dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam Pekeliling

Perbendaharaan Bilangan 8 Tahun 2009. Perkara ini adalah di

luar kawalan Perbendaharaan. Kementerian/Jabatan perlu

mewujudkan mekanisme untuk mempercepatkan proses

pembayaran. Sebagai penambahbaikan, Perbendaharaan akan

memasukkan kenyataan pembayaran hendaklah dibuat dalam

tempoh masa 14 hari dari tarikh surat diterima mulai Ogos 2012

di dalam surat kelulusan pendahuluan diri.

Sehingga 31 Julai 2012, terdapat sebanyak 45 kes tahun 2011

dan sebelumnya yang masih belum menghantar laporan

siasatan kepada Perbendaharaan. Surat peringatan supaya

mengemukakan laporan telah dihantar kepada Kementerian/

Jabatan terlibat dan tindakan tersebut akan dibuat secara

berterusan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!