02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS)

Perenggan 20 : Pengurusan Operasi Empangan

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

20.5.1.1.a

20.5.1.1.b

20.5.1.2.a

Pencapaian Operasi Empangan

Seksyen Empangan, Ibu Pejabat JPS telah melaksanakan Program Penilaian

Tahap Pengurusan Pejabat Tapak Empangan yang dikenali sebagai MOMS

(Management, Operational, Maintenance and Surveillance) bagi setiap empangan

di bawah kendaliannya dengan memberikan tahap rating antara 1 hingga 10.

Tujuan program ini bagi memastikan Pejabat Tapak Empangan (PTE) dapat

diuruskan dengan cekap dan teratur agar semua tanggungjawab dan peranan yang

ditetapkan dapat dilaksanakan sepenuhnya. Antara elemen yang diambil kira

adalah urusan hak milik; pewartaan kawasan takungan mengikut Seksyen 62,

Kanun Tanah Negara dan mengikut Seksyen 4 dan 5, Akta Kawasan Larangan Dan

Tempat Larangan 1959; penyediaan manual penyenggaraan dan operasi;

penyediaan laporan keselamatan pemeriksaan rutin; penyediaan dokumen pelan

tindakan kecemasan; status pejabat tapak dan paparan maklumat; kemajuan

penghantaran maklumat data instrumentasi dan hidrologi; serta struktur perjawatan.

Penilaian prestasi PTE hanya dibuat bagi 15 empangan dan penilaian tidak dibuat

bagi Empangan Gopeng kerana ia tidak aktif serta hanya berfungsi sebagai

penahan keladak.

Analisis Audit mendapati kesemua 15 PTE telah mendapat rating di antara 5 hingga

7 bagi tahun 2011 yang menunjukkan PTE telah melaksanakan tanggungjawab

dan peranan yang ditetapkan dengan memuaskan dan tiada PTE mendapat rating

antara 8 hingga 10.

Pada pendapat Audit, tahap pengurusan PTE pada keseluruhannya telah mencapai

tahap yang memuaskan.

Pencapaian Kewangan

Bagi tempoh RMKe-9, Seksyen Empangan telah diperuntukkan sejumlah RM34.41

juta (68.9%) berbanding RM49.96 juta yang dipohon untuk kerja pemulihan dan

penyenggaraan empangan. Manakala tiada peruntukan diluluskan di bawah Rolling

146

146

Seksyen Empangan JPS Malaysia telah mendapat kelulusan

awal siling 2013 sebanyak RM35 juta. Rating akan meningkat

disebabkan oleh kriteria di dalam MOMS dapat dilaksanakan

namun ia juga bergantung pada faktor kekangan sumber

manusia di peringkat JPS Ibu Pejabat dan JPS Negeri. Rating

dijangka mencapai tahap 7-10 untuk setiap empangan pada

Disember 2014.

JPS Malaysia telah mendapat perakuan awal siling 2013

sebanyak RM35 juta di bawah Kerja-kerja Pengukuhan Integriti

Keselamatan Empangan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!