02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Pihak JPS Bahagian Limbang telah memaklumkan serta

memohon pertimbangan pihak JKR Bahagian Limbang pada

31 Julai 2012 untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan

kerosakan permukaan jalan ini di bawah program

penyelenggaraan jalan.

(v) Projek Jalan Krokong/Pedaun Bawah/Pangkalan Tebang Bau

JKR Bahagian Kuching telah mengeluarkan surat

mengarahkan kontraktor melakukan penurapan semula

mengikut spesifikasi pada 22 Disember 2010. Pihak

kontraktor telah membuat penambahan ketebalan premix

jalan tersebut.

(vi) Projek Pembinaan Jalan Ulu Sebandi, Ulu Bau

Pihak JKR Sarawak telah menjalankan kerja membaik pulih

jalan tersebut dengan kos RM42,944.55 secara sebut harga

setelah kontraktor asal gagal melaksanakan kerja tersebut

19.5.2.3.b

Pihak Audit juga mendapati 2 projek iaitu projek penurapan Jalan Krokong/Pedaun

Bawah/Pangkalan Tebang, Bau dan projek penurapan Jalan Kg. Sebandi Ulu, Bau

yang baru siap dibina dan masih dalam tempoh tanggungan kecacatan telah

dirosakkan oleh kontraktor yang melaksanakan pemasangan paip air bagi Projek

Bekalan Air Wilayah Bau/Lundu/Sematan.

Mengikut maklum balas KKLW, agensi pelaksana telah mengambil maklum tentang

perlunya kerjasama yang lebih erat antara agensi dalam pelaksanaan sesuatu

projek untuk memastikan projek dapat disiapkan dengan memuaskan tanpa

menjejaskan keselamatan dan keselesaan pihak pengguna. Projek Bekalan Air

yang dilaksanakan di Jalan Ulu Sebandi telah siap dilaksanakan dan kerosakan

bahu jalan akibat kerja pembinaan juga telah dibaiki.

Pada pendapat Audit, jalan baru dan jalan yang telah dinaiktarafkan tidak

sepatutnya mudah rosak dan boleh digunakan dalam tempoh yang ditetapkan

mengikut reka bentuknya. Sehubungan itu, agensi pelaksana hendaklah

memastikan sebarang kerja yang dilakukan oleh kontraktor lain di jalan berkenaan

tidak merosakkan jalan serta membaiki segera semua kerosakan yang berlaku

terhadap jalan tersebut.

JKRS ambil maklum tentang perlunya kerjasama yang lebih erat

antara agensi dalam pelaksanaan sesuatu projek untuk

memastikan yang projek dapat disiapkan dengan memuaskan

tanpa menjejaskan keselamatan dan keselesaan pihak

pengguna.

Dimaklumkan bahawa berhubung dengan projek Bekalan Air

yang dilaksanakan di Jalan Ulu Sebandi telah siap dilaksanakan

dan kerosakan bahu jalan akibat dari kerja pembinaan dan juga

telah disiapkan. Juga tidak ada lagi saluran paip yang tersadai di

bahu jalan

145

145

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!