02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

pengauditan dijalankan. Semakan Audit selanjutnya mendapati Arahan Perubahan

Kerja untuk mengurangkan skop kerja bernilai RM42,945 telah dikeluarkan oleh

JKR Bahagian Kuching pada 1 Februari 2011.

Mengikut maklum balas KKLW, kesemua sampel coring bagi projek Jalan Kg. Kuala

Lawas telah mencatatkan ketebalan keseluruhan premix yang sama atau melebihi

ketebalan keseluruhan 100mm yang ditetapkan iaitu dengan catatan di antara

100mm sehingga 130mm selepas tindakan penambahan premix dilaksanakan.

Kelemahan kawalan kualiti di tapak adalah diakui dan pemisahan antara 2 lapisan

bitumen ini berkemungkinan disebabkan oleh ikatan atau bonding antara 2 lapisan

ini yang tidak cukup kuat. Manakala bagi projek Jalan Krokong/Pedaun

Bawah/Pangkalan Tebang Bau, pihak kontraktor telah menambah premix dan ujian

coring telah dibuat oleh pihak JKR. Bagi projek penurapan Jalan Kg. Sebandi Ulu

Bau, kontraktor telah menambah premix mengikuti kehendak spesifikasi.

Pada pendapat Audit, road base aggregate dan premix hendaklah dipadatkan

mengikut spesifikasi kontrak untuk memastikan jalan yang dibina atau

dinaiktarafkan menepati standard dan kualiti yang ditetapkan. Arahan Perubahan

Kerja bagi mengurangkan skop kerja kerana road base aggregate tidak wajar

dikeluarkan. Sepatutnya, ketebalan road base aggregate ditambah bagi

memastikan ketebalan mengikut spesifikasi kerana road base aggregate adalah

merupakan asas untuk menyokong kekuatan.

Kontraktor didapati membekal kurang dari 500mm ketebalan

tapak yang dikehendaki.

Walau bagaimanapun, kontraktor telah menyediakan lapisan

penghausan (wearing course ACW20) mengikuti kehendak

spesifikasi.

Status Terkini Pada 06 September 2012 Projek Jalan yang

terlibat adalah seperti berikut:

(i) Projek Jalan Kampung Kuala Lawas;

(ii) Projek Jalan Krokong/Pedaun Bawah/Pangkalan

Tebang Bau; dan

(iii) Projek pembinaan Jalan Ulu Sebandi, Ulu Bau

Tindakan penambahan dan penurapan premix dan ujian coring

telah dilaksanakan oleh pihak JKR untuk memastikan yang

ketebalan road base adalah mengikut spesifikasi yang telah

ditetapkan. Pada masa ini, kedua-dua jalan tersebut telah

memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.

19.5.2.3.a

Projek Jalan Yang Baru Siap Telah Rosak

Lawatan Audit ke 17 tapak projek mendapati sebanyak 7 jalan yang baru siap dan

masih lagi dalam tempoh tanggungan kecacatan telah rosak disebabkan oleh

bahan binaan yang digunakan dan tahap kemahiran pekerja tidak mengikut

piawaian yang ditetapkan. Keadaan ini mengganggu keselesaan pengguna jalan

tersebut.

Mengikut maklum balas KKLW, projek Menaiktarafkan Jalan Mujat, Mongkos

(Fasa I) yang siap dinaiktarafkan telah digunakan oleh kontraktor yang sedang

menjalankan kerja projek Menaiktarafkan Jalan Kg. Mujat, Mongkos (Fasa II),

Bahagian Samarahan dan pihak kontraktor telah memperbaiki kerosakan tersebut.

Manakala projek Jalan Dari Simpang Ladang Baru Ke Kg. Luangan telah tamat

tempoh tanggungan kecacatan pada bulan April 2012. Tiga surat amaran bertarikh

14 November 2011, 8 Februari 2012, dan 10 Mei 2012 telah dihantar kepada

kontraktor untuk memperbaiki kerosakan tersebut. Kontraktor telah gagal untuk

membuat kerja-kerja pembaikan dan oleh itu, pihak JKRS akan mengarah kerjakerja

tersebut disiapkan oleh pihak ketiga dan kos akan ditolak dari wang jaminan

kontraktor utama.

Projek Jalan Dari Simpang Punang Ke Kuala Lawas (Kg. Noor Islam) masih dalam

tempoh tanggungan kecacatan yang akan tamat pada bulan Jun 2012. Kontraktor

Laluan projek yang siap dinaiktaraf telah digunakan oleh

Kontraktor yang sedang menjalankan kerja-kerja Projek Menaik

taraf Jalan Mujat Mongkos (Fasa II), Bhg. Samarahan.

Jalan Dari Simpang Ladang Baru Ke Kg. Luangan ini telah tamat

tempoh tanggungan kecacatan pada bulan April 2012. Tiga surat

amaran bertarikh 14 November 2011, 8 Februari 2012, dan

10 Mei 2012 telah dihantar kepada kontraktor untuk

memperbaiki kerosakan tersebut, namun mereka gagal

melakukannya.

JKR akan hantar surat amaran terakhir dan sekiranya mereka

gagal memperbaiki kerosakan tersebut, duit tahanan atau wang

jaminan akan digunakan untuk memperbaikinya.

Jalan Dari Simpang Punang Ke Kuala Lawas (Kg. Noor Islam)

ini masih dalam tempoh tanggungan kecacatan yang akan tamat

pada Jun 2012. Kontraktor akan memperbaiki kerosakan jalan

tersebut sebelum projek diserahkan kepada JKR.

143

143

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!