02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

membaiki kerja pembinaan yang tidak berkualiti

ii.

Di kawasan petempatan Projek Agropolitan Gahai, ruang penjagaan bayi

dalam bangunan TASKA tidak disediakan mengikut lukisan pelan. Selain

itu, kualiti simen lantai pentas dalam bangunan Dewan Serba Guna tidak

memuaskan kerana permukaan lantai pentas mudah pecah.

Bagaimanapun selepas teguran Audit, tindakan pembaikan telah

dilakukan oleh kontraktor

oleh kontraktor dalam tempoh tanggungan kecacatan yang akan

berakhir pada 8 Disember 2012.

Pada pendapat Audit, kelemahan pemantauan oleh agensi pelaksana terhadap

pelaksanaan komponen fizikal Projek Agropolitan telah mengakibatkan kerja yang

tidak berkualiti dan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

b. Kemudahan Yang Dibina Terbiar/Tidak Digunakan

i. Kerja membekal, memasang dan menyiapkan tangki dan rumah pam bagi

kegunaan PPMS (Fasa I) Projek Agropolitan Pulau Banggi telah siap

dilaksanakan pada 12 Januari 2010 dengan harga kontrak bernilai

RM1.85 juta. Bagaimanapun setakat tarikh pengauditan, tangki air ini

tidak dapat diuji sama ada berfungsi dengan baik atau tidak disebabkan

kuasa bekalan elektrik yang dijana di Pulau Banggi tidak dapat

menampung kuasa mesin pam air tersebut. Setakat tarikh pengauditan,

bekalan air ke rumah PPMS (Fasa I) disalurkan secara terus daripada

paip utama.

Berdasarkan maklum balas KKLW, tangki air tersebut telah diuji pada bulan

Februari 2012 dengan menggunakan bekalan elektrik yang dijana dari set jana

kuasa. Hasil daripada ujian tersebut mendapati tangki air berfungsi dengan baik dan

pengurusannya akan diserahkan kepada Jabatan Air Daerah Kudat, Sabah.

ii.

iii.

Gelanggang sepak takraw di kawasan petempatan Projek Agropolitan

Gahai tidak digunakan dan kelihatan terbiar. Berdasarkan maklum balas

peserta Projek Agropolitan, lokasi kedudukan gelanggang tersebut tidak

sesuai memandangkan kawasan gelanggang tersebut adalah terpencil

dan dikhuatiri mendatangkan risiko gangguan binatang buas.

Sebanyak 5 unit gerai yang dibina di Projek Agropolitan Gahai, Pahang

tidak digunakan sebagai premis perniagaan sebaliknya ianya digunakan

sebagai stor tempat letak baja/peralatan Ladang Komersial seperti

gambar berikut:

Pada pendapat Audit, perancangan yang kurang teliti oleh agensi pelaksana telah

mengakibatkan berlaku pembaziran dari segi kos pembinaan kemudahan yang

tidak digunakan.

137

137

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!