02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

b. Bagi menentukan dokumentasi penyertaan peserta Projek Agropolitan tanpa

petempatan telah dilaksanakan dengan teratur, pihak Audit juga telah

menemu bual 7 daripada 30 peserta tanpa petempatan di Projek Agropolitan

Gahai. Hasil temu bual mendapati peserta berkenaan tidak pasti/tidak tahu

bahawa mereka telah menyertai Projek Agropolitan Gahai dan layak

menerima dividen melalui Ladang Sejahtera (Getah). Selain itu, maklumat

mengenai penyerahan perjanjian/tawaran rasmi mengenai penyertaan peserta

Projek Agropolitan tersebut juga tidak diselenggarakan.

Berdasarkan maklum balas, KKLW telah mengambil tindakan dengan

mengemukakan surat tawaran bertarikh 21 Februari 2012 kepada 30 peserta tanpa

petempatan tersebut.

Pada pendapat Audit, sekiranya perjanjian antara Kerajaan dan peserta Projek

Agropolitan tidak dimeterai, kepentingan pihak yang terlibat dengan pelaksanaan

projek ini tidak terjamin. Selain itu, tindakan penguatkuasaan terhadap syarat yang

ditetapkan di dalam perjanjian juga tidak dapat diambil terhadap peserta yang tidak

mematuhi syarat penyertaan.

Agropolitan Batang Lupar

Surat telah dikemukakan kepada PELITA pada 3 Ogos 2012

meminta supaya tindakan menandatangani perjanjian induk

antara pihaknya dan FELCRA dimeterai segera.

Agropolitan Gahai

Dokumen perjanjian telah dimuktamadkan dan akan

ditandatangani antara agensi RISDA dengan 80 orang peserta

pada bulan Oktober 2012.

Agropolitan Sik

Draf perjanjian agensi pelaksana dan peserta telah disediakan.

Proses menandatangani Perjanjian antara agensi KEDA dan 50

orang peserta dapat diselesaikan pada bulan Oktober 2012.

Dokumen Tabung Miskin Tegar Agropolitan Sik (TMTAS) telah

ditandatangani pada 31 Julai 2012. Satu salinan dokumen

lengkap telah dikemukakan oleh KEDA kepada Kementerian

pada 31 Julai 2012.

18.5.3.3 Pembangunan Komponen Fizikal Projek Agropolitan Yang Tidak

Memuaskan/Bermasalah

Lawatan Audit antara bulan November 2011 hingga Januari 2012 mendapati

beberapa kelemahan dalam pembangunan komponen fizikal Projek Agropolitan

seperti berikut:

a. Pembinaan Tidak Berkualiti/Tidak Mengikut Spesifikasi

i. Tangga kayu setiap rumah yang dibina di bawah Projek Agropolitan

Batang Lupar adalah tidak berkualiti di mana ia mudah reput dan patah.

Selain itu, apron bangunan tadika yang dibina kelihatan tergantung

disebabkan masalah mendapan di kawasan tapak projek. Setakat tarikh

pengauditan, bangunan tadika tersebut masih belum dapat diserahkan

oleh kontraktor disebabkan masalah tersebut.

Berdasarkan maklum balas KKLW, kerja pembaikan bagi setiap tangga rumah yang

rosak telah siap dilaksanakan pada bulan Mei 2012. Manakala bangunan tadika

telah diserahkan oleh kontraktor setelah pembaikan dibuat dan pemantauan sedang

dilaksanakan bagi memastikan kerosakan yang wujud dapat diperbaiki dalam

tempoh tanggungan kecacatan. Keadaan sebelum dan selepas tindakan untuk

Prestasi pembaikan telah dilaksanakan. Kuasa bekalan elektrik

di Pulau Banggi telah dibaiki dan telah menjalankan fungsinya

dalam menjalankan pam air.

Tindakan untuk memohon peruntukan bajet mengurus bagi

tujuan penyelenggaraan selama tempoh Projek Agropolitan ini di

bawah Kementerian akan dilaksanakan mulai 2013 sehinggalah

penyerahan projek kepada Pejabat Daerah/Residen masingmasing.

Tindakan awal yang telah diambil adalah menetapkan peranan

Jawatankuasa Petempatan di setiap Projek Agropolitan untuk

mengatur program gotong royong secara berkala bagi

pembersihan dan keceriaan kawasan.

Pihak JKR Sri Aman, Sarawak masih membuat pemantauan ke

atas bangunan TADIKA di Agropolitan Batang Lupar bagi

memastikan sebarang kerosakan baru jika ada akan diperbaiki

136

136

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!