02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

18.5.3.1 Garis Panduan Pelaksanaan Projek Agropolitan

KKLW melalui Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah (BKTW) adalah

bertanggungjawab untuk melaksanakan PLMLB dan menjelaskan kaedah

pelaksanaan yang memperincikan konsep dan skop projek kepada agensi

pelaksana yang dilantik. Selain itu, BKTW bertindak sebagai urus setia kepada

Jawatankuasa Penyelarasan Projek Agropolitan. Semakan Audit mendapati perkara

berikut:

Garis Panduan Pelaksanaan Projek Agropolitan telah

disediakan. Bagaimanapun, garis panduan ini hanya berkuat

kuasa mulai 1 November 2011

a. Pada peringkat awal Projek Agropolitan dilaksanakan, tiada garis panduan

yang jelas disediakan sebagai rujukan untuk menjelaskan dasar dan kaedah

perancangan, pelaksanaan dan pemantauan Projek Agropolitan.

b. Tanpa garis panduan yang jelas, KKLW menghadapi masalah apabila

perancangan Projek Agropolitan di peringkat agensi pelaksana tidak

berpandukan kepada aspirasi dan hasrat KKLW memandangkan agensi

pelaksana/Kerajaan Negeri ingin projek dilaksanakan mengikut kehendak

stakeholder masing-masing.

c. Lanjutan itu, BKTW telah menyediakan Garis Panduan Pelaksanaan Projek

Agropolitan. Bagaimanapun, garis panduan ini hanya berkuat kuasa mulai

1 November 2011.

Berdasarkan maklum balas KKLW, pelaksanaan Projek Agropolitan adalah

berpandukan dasar dan kriteria umum yang digariskan semasa pembentangan

kepada Badan Bertindak Pelaksanaan Negara mengenai cadangan menghapuskan

kemiskinan tegar melalui Program Lonjakan Mega Luar Bandar pada

9 Oktober 2006.

Pada pendapat Audit, Projek Agropolitan yang mula dirancang pada tahun 2006

telah mengalami masalah dalam pelaksanaannya apabila tiada garis panduan yang

jelas disediakan untuk memperjelaskan kaedah pelaksanaan projek yang

melibatkan pelbagai agensi di peringkat Persekutuan/Negeri/Daerah.

18.5.3.2 Perjanjian Antara Peserta Projek Agropolitan Dan Agensi Pelaksana

KKLW telah meluluskan draf perjanjian antara peserta projek dan agensi pelaksana

dan mengemukakan draf perjanjian tersebut kepada pihak FELCRA Berhad dan

RISDA untuk dimuktamadkan dengan peserta. Bagaimanapun, semakan Audit

mendapati perkara berikut:

a. Setakat bulan Disember 2011, perjanjian masih belum ditandatangani oleh

peserta di semua Projek Agropolitan yang dilawati.

Agropolitan Pulau Banggi

Perjanjian akan ditandatangani sebaik sahaja Ladang Sejahtera

mengeluarkan hasil seperti yang termaktub dalam Perjanjian

antara FELCRA Berhad dengan Kerajaan Negeri Sabah pada

2 Oktober 2006.

135

135

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!