02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

iii.

iv.

dalam sangkar.

Berdasarkan rekod KKLW yang disemak, analisis menunjukkan projek ini

gagal kerana FAISB kurang pengetahuan/kemahiran untuk menjalankan

projek ternakan ikan dalam sangkar di mana syarikat tersebut tidak dapat

mengesan/ mengetahui punca/jenis penyakit dan kaedah rawatan/kawalan

penyakit ikan pada peringkat awal. Selain itu, kegagalan projek juga

disebabkan oleh masalah bekalan elektrik yang tidak berterusan selama 24

jam sehari di kolam asuhan anak ikan, masalah bekalan minyak diesel untuk

kegunaan set jana kuasa serta kesukaran mendapatkan bekalan makanan

ikan yang segar.

Sebagai langkah pembetulan, KKLW memutuskan agar projek ini diserahkan

kepada 21 peserta Projek Agropolitan yang terpilih di mana setiap peserta

akan menerima maksimum 5 buah sangkar untuk diusahakan sendiri pada

bulan Oktober 2011. Selain itu, KKLW akan memberikan bantuan seperti

penggunaan bot nelayan, pukat, bubu, benih ikan serta menyediakan kursus

asas nelayan dan ternakan ikan dalam sangkar. Manakala bagi bangunan

pejabat dan stor/rumah pekerja pula, KKLW mencadangkan untuk mengubah

suai bangunan tersebut kepada rumah burung walit. Sehubungan itu, baki

wang yang tidak dibelanjakan berjumlah RM7.04 juta akan digunakan untuk

pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi dan modal insan serta

pemasangan siling di rumah Projek Penempatan Masyarakat Sejahtera

(PPMS) Fasa 1, Pulau Banggi.

v. Semakan Audit juga mendapati Kementerian telah melupuskan aset/peralatan

yang diperoleh antaranya sangkar ikan, pam air dan set jana kuasa pada

bulan Jun 2011. Bagaimanapun, tawaran penjualan aset/peralatan lupus yang

dilaksanakan pada bulan November 2011 tidak mendapat sambutan. Lawatan

Audit pada bulan November 2011 bagi meninjau keadaan aset yang

dilupuskan tersebut mendapati ia tidak disenggarakan atau rosak/terbiar.

Pada pendapat Audit, Projek Ternakan Ikan Dalam Sangkar, Pulau Banggi, Sabah

gagal mencapai matlamatnya dari segi pengagihan dividen kepada 200 orang

peserta dan memberi peluang pekerjaan untuk 20 orang peserta Projek Agropolitan

Pulau Banggi.

Catatan:

a) Peserta menangkap ikan selepas waktu bekerja di

ladang dan pada hujung minggu

b) Ikan yang ditangkap (menggunakan bubu) yang

bersaiz besar (400 gram ke atas) akan dijual terus di

pasaran manakala ikan yang bersaiz kecil (400 gram

ke bawah) akan di transit dalam sangkar untuk tujuan

pembesaran dan akan dijual semula sekiranya telah

mencapai berat 400 gram ke atas

Projek Rumah Burung Walit (RBW) mula beroperasi pada Mac

2012 dan setakat ini terdapat sebuah sarang dibina di dalam

RBW tersebut. Projek ini mengambil masa 1 hingga 2 tahun

untuk mengeluarkan hasil. Hasil RBW ini akan diagihkan secara

pemberian dividen kepada semua peserta agropolitan.

Butiran perbelanjaan bagi Program Transformasi Modal Insan

dan Ekonomi serta Pemasangan Siling adalah sebanyak

RM774,671.00.

18.5.2.2.c

Ladang Komersial, Projek Agropolitan Gahai, Lipis, Pahang

KKLW telah menyalurkan sejumlah RM0.60 juta bagi tujuan pembangunan dan

penyenggaraan ladang untuk tanaman nanas di kawasan seluas 35 hektar. Projek

ini dilaksanakan pada bulan Disember 2007 oleh peserta Projek Agropolitan dengan

bimbingan RISDA. Semakan Audit terhadap prestasi projek ini mendapati perkara

berikut:

i. Keputusan untuk tanaman nanas di kawasan terbabit adalah disebabkan oleh

surat sokongan daripada Lembaga Perindustrian Nanas pada bulan Julai 2007

132

132

Tanaman pisang telah ditanam sepenuhnya di kawasan seluas

35 ekar dan tanaman lada hitam seluas 5 ekar juga telah

ditanam di dalam kawasan tersebut.

Satu Cadangan Kertas Kerja Pemasaran Tanaman Pisang dan

Lada Hitam telah dikemukakan oleh RISDA kepada Kementerian

melalui surat RISDA Bil.(54) dlm.9.0/9690.00 Klt.7 bertarikh

23 Mac 2012.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!