02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

18.5.2.2.a

Projek Ladang Sejahtera (Getah), Projek Agropolitan Pulau Banggi

Lawatan Audit pada bulan November 2011 mendapati tanaman getah yang berusia

antara 2 hingga 4 tahun mengalami masalah pertumbuhan yang disebabkan oleh

tanah ladang yang menakung air dan berbatu-batan. Antara lainnya, ia telah

mengakibatkan pokok getah berbanir/ berbuah pada usia muda, condong

disebabkan akar yang tidak mencengkam tanah dan daun mengalami lecuran.

Berdasarkan maklum balas KKLW, tanaman getah di Pulau Banggi, Sabah

menghadapi stress kesan daripada sifat tanah di kawasan ladang yang menakung

air dan berbatu-batan. Selain itu, kedudukan geografi pulau yang terdedah kepada

tiupan angin kencang yang mengandungi garam laut turut menjadi punca kepada

masalah lecuran daun pokok getah. Kesannya, pertumbuhan tanaman getah di

pulau ini adalah lebih perlahan berbanding kawasan yang lain di Semenanjung dan

tindakan penyenggaraan dan pemuliharaan ladang yang rapi perlu dilakukan bagi

memastikan ladang mengeluarkan hasil seperti yang dirancang. Antara tindakan

penyenggaraan dan pemuliharaan yang dilaksanakan adalah dengan menggantikan

anak pokok getah yang telah mati, penanaman pokok pemecah angin/tanaman

penutup bumi, pemasangan tiang sokongan terhadap pokok getah yang condong,

penggunaan baja organik dan pemuliharaan teres. Proses penyenggaraan dan

pemuliharaan tersebut adalah di luar daripada kos perladangan yang dianggarkan

dan ini telah mengakibatkan FELCRA Berhad membelanjakan jumlah yang melebihi

peruntukan yang disalurkan.

Tindakan pemulihan dibuat seperti penanaman pokok pemecah

angin; pembinaan tiang sokongan bagi mengelakkan pokok

daripada condong; pemangkasan dahan pokok yang berjadual;

conservation teres - pembinaan teres tidak dilaksanakan bagi

mengelakkan kehilangan top soil; dan penggunaan baja organik

dilaksanakan bagi memperbaiki struktur dan kesuburan tanah.

Pada pendapat Audit, projek Ladang Sejahtera (Getah) di Pulau Banggi, dapat

mencapai matlamatnya dari segi memberi peluang pekerjaan kepada peserta

Projek Agropolitan. Bagaimanapun, projek ini kurang berdaya maju di mana kos

penyenggaraan yang tinggi diperlukan untuk memastikan ladang mengeluarkan

hasil bagi memastikan pengagihan dividen kepada peserta dapat dibuat seperti

yang dirancang.

18.5.2.2.b

Projek Ternakan Ikan Dalam Sangkar, Projek Agropolitan Pulau Banggi

Semakan Audit terhadap prestasi projek ini mendapati perkara berikut:

i. Projek ini dilaksanakan oleh anak syarikat FELCRA Berhad iaitu FELCRA

Agro Industry Sdn. Bhd. (FAISB) pada bulan Julai 2009 dengan nilai kontrak

berjumlah RM7.49 juta.

ii.

Sejumlah RM3.96 juta telah dibelanjakan pada tahun 2009 bagi tujuan

pembinaan sangkar ikan, pejabat, pusat asuhan ikan dan rumah pekerja serta

perolehan peralatan seperti pam air dan set jana kuasa. Bagaimanapun,

KKLW telah mengarahkan supaya projek ini dihentikan kerana peratusan anak

ikan kerapu harimau yang hidup setakat bulan Ogos 2010 adalah sangat

rendah iaitu hanya 6,160 (8.2%) daripada 75,119 ekor yang dimasukkan ke

Kedudukan terkini bagi outcome 21 peserta projek bagi sangkar

ikan ialah seperti berikut:

Bulan Pendapatan

(RM)

Purata

Individu

(RM)

April 6,189.00 295.00

Mei 8,126.00 387.00

Jun 8,620.00 410.00

Pendapatan

131

131

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!