02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH (KKLW)

Perenggan 18 : Projek Agropolitan Di Bawah Program Lonjakan Mega Luar Bandar

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

18.5.1.2.c

Prestasi Kewangan Projek

Prestasi perbelanjaan yang paling tidak memuaskan adalah Projek Agropolitan Sik

di mana sejumlah RM1.94 juta (9.5%) sahaja dibelanjakan daripada RM20.41 juta

yang disalurkan setakat akhir tahun 2011. Semakan Audit selanjutnya mendapati

saluran peruntukan kepada KEDA (agensi pelaksana projek) telah dilakukan

sebanyak 3 kali iaitu berjumlah RM1.85 juta, RM14.31 juta dan RM4.25 juta pada

bulan April 2010, April 2011 dan Ogos 2011 masing-masingnya.

Prestasi perbelanjaan keseluruhan setakat 31 Ogos 2012 adalah

berjumlah RM3.94 juta atau 19.30%.

Unjuran perbelanjaan bermula dari awal September 2012

sehingga Disember 2012 adalah sebanyak RM1.24 juta dan baki

selebihnya akan dibelanjakan berdasarkan kepada prestasi

semasa projek sehingga tamat tempoh pembangunan projek.

Prestasi perbelanjaan yang rendah disebabkan oleh kelewatan

pelaksanaan projek yang berpunca dari kelewatan memperoleh

kebenaran merancang dari pihak Majlis Daerah Sik dan JKR

Kuala Muda. Sehingga kini kelulusan masih belum diterima dari

agensi berkenaan.

18.5.1.2.d Antara projek kecil di bawah Projek Agropolitan Sik adalah projek penempatan 50

keluarga termiskin di Bendang Man dan projek pembinaan Pusat Agrobisnes dan

Agroindustri Sungai Namek. Lawatan Audit pada bulan Januari 2012 mendapati

kedua-dua projek yang bernilai RM15.61 juta masih belum dimulakan kerana tidak

memenuhi syarat kelulusan pelan rancangan yang ditetapkan oleh Majlis Daerah

Sik. Secara keseluruhannya, hanya RM0.73 juta (0.5%) daripada RM15.61 juta

yang disalurkan telah dibelanjakan setakat akhir tahun 2011.

Pada pendapat Audit, penyaluran peruntukan kepada agensi pelaksana Projek

Agropolitan adalah tidak teratur kerana peruntukan perbelanjaan pembangunan

telah disalurkan tanpa mengambil kira kemajuan projek. Ini adalah jelas dalam kes

penyaluran peruntukan kepada KEDA bagi tujuan pembangunan penempatan

50 keluarga termiskin di Bendang Man dan pembinaan Pusat Agrobisnes dan

Agroindustri Sungai Namek, Sik di mana hanya RM0.73 juta (0.5%) daripada

RM15.61 juta yang disalurkan telah dibelanjakan setakat akhir tahun 2011.

Prestasi perbelanjaan sehingga 31 Ogos 2012 adalah sebanyak

RM1.33 juta atau 8.5%.

Pihak KEDA telah melantik perunding bagi melaksanakan Road

Safety Audit (RSA) dan Traffic Impact Assessment (TIA) dan

kajian tersebut telah siap pada 23 Ogos 2012. Pihak konsultan

telah mengemukakan semula kajian tersebut ke Majlis Daerah

Sik dan JKR untuk kelulusan selanjutnya.

Proses perolehan dijangka dilaksanakan pada akhir September

setelah memperolehi kelulusan merancang tersebut.

Senarai nama 50 peserta telah dikemukakan oleh KEDA melalui

surat KEDA 417/310/69 Jld.6 (31) bertarikh 1 Ogos 2012.

130

130

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!