02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Kementerian dan Jabatan juga hendaklah mengambil tindakan untuk memastikan

Kerajaan mendapat value for money terhadap perbelanjaan yang telah dibuat.

17.6.1 Kementerian hendaklah mengkaji pencapaian setiap TKPM dari segi output dan

outcome secara berkala dan berterusan.

Jabatan Pertanian sentiasa memantau pencapaian output dan

outcome secara berkala dan berterusan dan melaporkan kepada

Kementerian dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan

Projek TKPM setiap tiga bulan.

17.6.2 Memantau prestasi pengeluaran dengan lebih berkesan. Pemantauan secara berkala yang menekankan output dan

outcome, penarafan bintang dan pencapaian KPI telah

dimulakan di semua TKPM. Surat peringatan juga diberi kepada

peserta yang tidak menunjukkan prestasi yang baik bagi

meningkatkan pengeluaran hasil dan mengusahakan

sepenuhnya tanah yang ditawarkan.

17.6.3 Kementerian dan Kerajaan Negeri perlu mengambil tindakan segera untuk

memuktamadkan status dan hak milik tanah bagi memastikan peserta dapat

menjalankan aktiviti penanaman dengan lancar.

17.6.4 Perjanjian pelaksanaan di antara peserta dan Kerajaan perlu ditandatangani

dengan lengkap dan Kementerian hendaklah memantau pematuhan terma dan

syarat perjanjian oleh peserta.

17.6.5 Kementerian perlu memastikan syarikat yang dilantik sebagai Anchor Company

menandatangani perjanjian dengan Kerajaan dan melaksanakan terma dan syarat

yang ditandatangani supaya objektif TKPM dicapai secara berkesan.

17.6.6 Kementerian perlu memastikan projek yang dilaksanakan adalah selaras dengan

pelan bisnes serta memantau pelaksanaannya supaya prestasi peserta adalah

selaras dengan sasaran dan objektif pelaksanaan TKPM.

17.6.7 Kementerian hendaklah merancang dan mengambil kira keperluan peserta sebelum

membina/membeli sesuatu infrastruktur/aset.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memohon

supaya tanah-tanah TKPM direzabkan atau diwartakan melalui

Mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri,

Mesyuarat YB Menteri dengan Exco-Exco Pertanian dan

Mesyuarat Bersama Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri

dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Perjanjian pelaksanaan antara peserta dan Kerajaan telah

disediakan dan ditandatangani sebelum peserta memulakan

projek. Pihak Kerajaan sentiasa memantau pematuhan terma

dan syarat-syarat perjanjian.

Perjanjian antara Kerajaan dengan syarikat yang dilantik sebagai

Anchor Company akan disediakan dan pemantauan akan

dijalankan secara berterusan bagi memastikan syarikat

melaksanakan terma dan syarat yang ditandatangani.

Pemantauan secara berkala terhadap pelaksanaan dan aktiviti

peserta dijalankan bagi selaras dengan pelan bisnes dan

sekaligus bagi mencapai KPI yang telah dimulakan di semua

TKPM.

Jabatan sentiasa memastikan perolehan dan pembinaan

infrastruktur adalah mengikut skop perbelanjaan dan keperluan

projek/peserta dengan mengadakan mesyuarat akhir tahun

sebelum projek bermula serta mesyuarat setiap dua bulan bagi

pemantauan kemajuan perbelanjaan.

129

129

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!