02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

tersebut sebagai TKPM dan dengan itu satu kertas cadangan untuk pertimbangan

Jawatankuasa Dasar Kementerian sedang disediakan.

17.5.2.2.b

17.5.2.3.a

17.5.2.3.b

Status tanah TKPM Gajah Mati, Kota Setar, Kedah masih belum dikenal pasti sama

ada dapat digunakan untuk pembangunan TKPM atau perlu berpindah ke kawasan

yang baru memandangkan Kerajaan Negeri akan mengambil balik tanah tersebut

bagi tujuan pembangunan Bandar Baru Tunku Puteri. Sehubungan itu, Majlis

Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Kedah telah meluluskan permohonan kawasan

Mukim Temin, Daerah Kubang Pasu, Kedah sebagai kawasan gantian pada

13 Julai 2005. Bagaimanapun pada tahun 2006 MMK telah meluluskan kawasan

tersebut kepada Menteri Besar Incorporated untuk dimajukan. Oleh itu, Jabatan

Pertanian tidak dapat meneruskan projek pembangunan TKPM di Mukim Temin,

Daerah Kubang Pasu. Pembangunan di TKPM Gajah Mati, Kota Setar, Kedah juga

tidak dapat diteruskan kerana Kerajaan Negeri masih belum memberi keputusan

muktamad terhadap status kawasan TKPM tersebut. Sehubungan itu, perjanjian

peserta TKPM Gajah Mati, Kota Setar, Kedah tidak dapat diperbaharui walaupun

perjanjian sedia ada telah tamat tempoh pada 29 Oktober 2009. Mengikut maklum

balas Kementerian, Jabatan Pertanian akan berhubung dengan Penasihat Undangundang

Negeri Kedah untuk mendapatkan pandangan status terkini TKPM Gajah

Mati.

Pembangunan Kawasan Tidak Mengikut Perancangan Asal

Lawatan Audit ke tapak projek TKPM Telong, Bachok, Kelantan mendapati

sebahagian tanahnya telah digunakan untuk pembinaan Kilang Kenaf Polimer

Komposit (KPC). Ini menyebabkan kawasan yang boleh diusahakan untuk

penanaman telah berkurangan. Mengikut maklum balas Kementerian, pada tahun

2009, Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh Pegawai

Kewangan Negeri Kelantan telah meluluskan kawasan seluas 4 hektar daripada

41.17 hektar keluasan kawasan TKPM sebagai tapak kilang KPC. Urusan

pembinaan kilang dan keperluan peruntukan diuruskan oleh Pentadbir Tanah

Jajahan Bachok dengan Pegawai Kewangan Negeri dan peruntukan untuk

membina kilang tersebut adalah daripada peruntukan Wilayah Ekonomi Koridor

Pantai Timur (ECER).

Kerja-kerja ukur, membina pagar, jalan masuk utama dan jalan ladang serta

pembinaan parit dengan kos berjumlah RM600,000 telah dilaksanakan di Mukim

Temin, Daerah Kubang Pasu, Kedah untuk dijadikan sebagai TKPM Bukit Tangga,

Kubang Pasu, Kedah. Bagaimanapun, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah

telah meluluskan kawasan tersebut kepada Menteri Besar Incorporated untuk

dimajukan menyebabkan perancangan untuk membangunkan TKPM Bukit Tangga,

Kubang Pasu, Kedah tidak dapat diteruskan.

Pada pendapat Audit, Kementerian bagi pihak Kerajaan Persekutuan bersama

Kerajaan Negeri perlu mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan status dan

124

124

Jabatan Pertanian Negeri Kedah (JPNK) telah mengemukakan

surat kepada Penasihat Undang-undang (PUU) Negeri Kedah

bertarikh 12 Julai 2012 untuk mengenalpasti status hak milik

tanah peserta projek. JPNK masih menunggu jawapan daripada

PUU Negeri Kedah .

Usaha-usaha mengenalpasti kawasan baru sedang

dilaksanakan di pihak Negeri. Tiga (3) kawasan telah

dikenalpasti iaitu di Kg. Perik, Mukim Hosba, dan Bukit Tangga.

Tetapi setelah kajian dibuat, didapati kawasan-kawasan tersebut

tidak sesuai untuk dijadikan kawasan pertanian.

Kawasan seluas 4 hektar untuk KPC telah dikeluarkan daripada

kawasan TKPM. Luas terkini adalah 37.17 hektar dan aktiviti

penanaman di TKPM berjalan seperti biasa.

Jabatan Pertanian Negeri Kedah terpaksa akur dengan

keputusan Kerajaan Negeri Kedah dan tidak bercadang

membuka kawasan baru.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!