02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

yang masih di peringkat awal pengeluaran hasil.

Pada pendapat Audit, Kementerian perlu merancang dengan lebih teliti bagi

menyiapkan TKPM yang masih belum dibangunkan sepenuhnya. Selain itu, pihak

Kementerian hendaklah menilai semula mekanisme yang sedia ada untuk

memastikan objektif meningkatkan pendapatan peserta kepada RM3,000 dapat

dicapai sepenuhnya.

17.5.2.1.b

Pewartaan Tanah Belum Dimuktamadkan

17.5.2.1.c

17.5.2.2.a

Pewartaan tanah di TKPM Sg. Kelambu, Kuala Langat, Selangor ditolak oleh

Pejabat Daerah Tanah Kuala Langat pada 20 November 2011 walaupun kebenaran

untuk memasuki kawasan tersebut telah diperolehi dalam Majlis Mesyuarat

Kerajaan Negeri Selangor pada 18 September 2002. Mengikut maklum balas

Kementerian, pewartaan tanah ditolak kerana terdapat sebahagian dari kawasan

TKPM ini termasuk dalam Rizab Hutan Simpan Kuala Langat Selatan. Sehubungan

itu, Jabatan Pertanian telah menghantar dokumen berkaitan TKPM ini kepada

Pentadbir Tanah Kuala Langat pada 20 Januari 2012 untuk tindakan mengeluarkan

kawasan seluas 80 hektar dari Rizab Hutan untuk dijadikan TKPM.

Pada 11 Julai 1997 Pejabat Daerah Tanah Kuala Selangor memaklumkan bahawa

tindakan pewartaan sedang diambil dan kebenaran telah diberi untuk memulakan

kerja-kerja asas projek TKPM Bistari Jaya, Kuala Selangor, Selangor.

Bagaimanapun, pada 10 Ogos 2010 Pejabat Daerah Tanah Kuala Selangor

memaklumkan pewartaan tidak dapat diteruskan kerana tanah tersebut telah diberi

hak milik kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) iaitu anak syarikat

kerajaan Negeri Selangor. Mengikut maklum balas Kementerian, Jabatan Pertanian

Negeri Selangor telah memohon kepada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor

(MTES) untuk mengecualikan kawasan TKPM seluas 141.6 hektar supaya diberi

hak kepada KDEB pada 21 Februari 2012 tetapi ditolak oleh MTES. Pada

3 April 2012, Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah bermesyuarat dengan

Kumpulan Hartanah Selangor Berhad iaitu anak syarikat KDEB untuk mewujudkan

mekanisme menjadikan tapak berkenaan sebagai TKPM mengikut kaedah

pelaksanaan TKPM Hulu Yam, Hulu Selangor, Selangor.

Status Dan Hak Milik Tanah Yang Belum Dimuktamadkan

Tanah TKPM Hulu Yam, Hulu Selangor, Selangor merupakan hak milik Permodalan

Negeri Selangor Berhad iaitu anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor.

Bagaimanapun tanah ini masih dikategorikan sebagai kegunaan untuk membina

bangunan walaupun kawasan tersebut telah dibangunkan untuk penanaman.

Mengikut maklum balas Kementerian, Majlis Daerah Hulu Selangor telah

menetapkan kawasan TKPM ini sebagai kawasan pertanian dalam Pelan Struktur

Pembangunan Daerah Hulu Selangor. Selain itu, satu mesyuarat diadakan pada

14 Jun 2012 bagi mengenal pasti tindakan susulan untuk mengekalkan tanah

123

123

Jabatan Pertanian Negeri Selangor (JPNS) telah

mengemukakan permohonan kepada Pentadbir Tanah Kuala

Langat pada 20 Januari 2012 dan telah membuat tindakan

susulan pada 19 April 2012 melalui Mesyuarat Jawatankuasa

Tindakan Daerah Kuala Langat. Mesyuarat tersebut

memaklumkan bahawa status terkini adalah masih dalam

tindakan PTG Negeri Selangor.

Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah mengadakan

Mesyuarat antara Jabatan Pertanian Negeri Selangor (JPNS)

dengan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) pada

3 April 2012 dan telah bersetuju bahawa untuk menyediakan

cadangan projek dan draf perjanjian antara KHSB dan peserta

projek sebagaimana yang dilaksanakan di TKPM Hulu Yam. Draf

perjanjian tersebut telah dikemukakan kepada KHSB pada pada

15 Mei 2012.

Kertas kerja untuk mengekalkan status TKPM Hulu Yam sedang

disediakan dan dijangka diserahkan kepada PNSB pada

Oktober 2012.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!