02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Berdasarkan maklum balas Kementerian, pihak Yayasan UMS memperakukan stor

ini adalah milik pembekal di mana ia diguna untuk menyimpan barang-barang yang

telah dibuat tempahan oleh UMS dan stok peralatan yang diperolehi sebenarnya

disimpan di rumah teres 2 tingkat berkunci di Tawau, Sabah yang telah mula disewa

sejak bulan Ogos 2011.

Pada pendapat Audit, Yayasan UMS perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap

semua peralatan yang telah diperolehi sehingga ia diagihkan sepenuhnya. Selain

itu, Yayasan UMS hendaklah membuat perancangan teliti untuk membina atau

menyewa stor tetap yang lebih praktikal dan selamat sebelum memperoleh dan

menempatkan stok peralatan projek bagi mengurangkan risiko kecurian serta dapat

meningkatkan kawalan keselamatan.

16.5.4.1 Harga Jualan Rendah

Setiap pengusaha rumpai laut akan memasarkan hasil pengeluaran rumpai laut

dengan cara menjual hasil mereka kepada kilang di Sabah. Harga rumpai laut

kepada pengilang adalah RM2.50 sekilogram pada tahun 2009, meningkat kepada

RM3.00 sekilogram pada 2010 dan kekal sehingga kini. Melalui temu bual dengan

pegawai Jabatan Perikanan Negeri Sabah, terdapat sebilangan pengusaha menjual

hasil mereka kepada negara jiran dengan harga yang lebih tinggi. Ini boleh

menyebabkan kerugian kepada negara melalui pengaliran hasil rumpai laut ke

negara jiran seterusnya menjejaskan pencapaian outcome aktiviti ini.

Berdasarkan maklum balas Jabatan, kegiatan menjual hasil jualan ke negara jiran

merupakan satu tradisi kerana sebahagian besar pengkultur merupakan pendatang

dari Negara Filipina; industri rumpai laut beroperasi dalam keadaan monopsoni

(hanya 3 pengilang yang memanipulasi harga); penglibatan orang tengah dan

penguatkuasaan yang lemah.

Kejatuhan harga adalah disebabkan oleh mutu rumpai laut yang

rendah. Jabatan telah menyediakan Kod Amalan Kultur Rumpai

Laut yang telah siap diwartakan manakala Kod Amalan

Pengeringan Rumpai Laut masih dalam status Draf Kedua.

Jabatan telah mengembangkan kepada kumpulan

sasar/pengusaha dan telah mengadakan perundingan dengan

pembeli/pengilang.

Satu bengkel penerangan berkenaan amalan ini telah diadakan

pada 3 – 4 Julai 2012 yang telah melibatkan seramai 193 orang

termasuk 4 wakil dari kilang pemprosesan di Semporna.

16.5.4.2 Jaminan Kualiti Hasil Rumpai Laut

Pihak Audit juga mendapati hasil rumpai laut yang dijual terus kepada pihak kilang

tidak mempunyai jaminan kualiti di mana pengeluaran rumpai laut tidak melalui

standard umum. Ini adalah kerana belum ada suatu standard kualiti rumpai laut

yang bermutu tinggi yang ditetapkan dalam program ini.

Piawaian Kualiti Rumpai Laut Kering dijangka dapat

dimuktamadkan pada bulan November 2012.

Berdasarkan maklum balas Kementerian, standard kualiti rumpai laut kering adalah

dalam peringkat akhir penyediaan.

Pada pendapat Audit, Jabatan hendaklah mewujudkan satu kaedah pemasaran

yang boleh menjamin pendapatan penternak rumpai laut dan ekonomi negara.

121

121

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!