02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI (MOA)

Jabatan Perikanan Malaysia

Perenggan 16 : Pengurusan Pembangunan Industri Rumpai Laut

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

16.5.2.1 Pelantikan Syarikat Peneraju Oleh UMS

UMS telah melantik 11 syarikat peneraju bagi projek pengkulturan rumpai laut

secara mini estet. Antara tanggungjawab syarikat peneraju ini adalah menyertai dan

melaksanakan segala aktiviti berkaitan pembangunan industri rumpai laut

sehinggalah menjual hasil rumpai laut kering. Hasil ini diperolehi daripada projek ini

kepada pusat pengumpulan yang ditetapkan dan pada harga yang dipersetujui oleh

UMS. Semakan Audit mendapati, syarikat peneraju tidak dapat mengusahakan

pengkulturan rumpai laut kerana pihak UMS masih belum membangunkan mini

estet.

Berdasarkan maklum balas Kementerian, 3 mekanisme baru telah dirancang dan

mula dilaksanakan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek mini estet.

Pada pendapat Audit, pihak UMS sepatutnya merancang mekanisme yang sesuai

pada peringkat awal lagi untuk memastikan objektif projek dapat dicapai tanpa

kelewatan. Kesan daripada kelewatan pembangunan projek mini estet ini akan

menjejaskan penetapan sasaran pada masa akan datang serta pencapaian objektif.

Di samping itu, mekanisme baru yang telah dirancang hendaklah disempurnakan

dengan segera.

i. 3 Syarikat yang telah dilantik untuk membekalkan pelbagai

keperluan projek ialah :

a) Sebangkat Reef Eco-Plant

b) Green Leaf Synergy Sdn Bhd

c) VC United Sdn Bhd

Status Semasa :

2 syarikat peneraju telah menerima 500 tali pengikat (EFT)

masing-masing dan bekalan lain akan diteruskan setiap bulan

kepada semua syarikat peneraju. Tali sauh bagi 200 tali pengikat

(EFT) telah dipasang kepada satu syarikat peneraju. Meja

pengikat masih dalam pembinaan. Status kemajuan bekalan

adalah antara 5 – 10%.

ii. Membantu syarikat peneraju memperolehi sumber

pembiayaan melalui Agrobank.

Status Semasa:

Syarikat – syarikat sedang dalam proses perundingan dengan

pihak bank.

iii. Syarikat-syarikat peneraju dibenarkan mencadangkan

kontraktor yang berkelayakan untuk membina kompleks

pelantar pendaratan dan pengeringan berdasarkan kepada

spesifikasi UMS bersama dengan Jurutera Perunding yang

dilantik, Aktif FA Consult Sdn. Bhd.

115

115

Status Semasa :

Pada minggu kedua bulan Ogos 2012 (6-11 Ogos 2012), pihak

Jurutera Perunding telah mengeluarkan surat pelawaan kepada

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!