02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

mesin untuk mengampit dan stok beras yang belum dikampit diletakkan di

kilang beras pemborong tersebut iaitu di Batu Kurau, Perak yang sepatutnya

disimpan mengikut alamat yang tertera di lesen borong.

Berdasarkan maklum balas, siasatan telah dibuat dan pelesen telah diberi teguran

dan amaran keras agar sebarang aktiviti pengampitan dan urusan jual beli beras

hendaklah dibuat di premis/stor yang dilesenkan di dalam lesen borong beras

pelesen dan tindakan pembatalan lesen borong beras akan dikenakan jika pelesen

ingkar. Ekoran dari itu, pelesen telah mengambil tindakan sewajarnya untuk

mematuhi teguran berkenaan.

Pada pendapat Audit, pihak Kementerian hendaklah memastikan setiap pemegang

lesen beras mematuhi peraturan yang telah ditetapkan seperti menyelenggara

Akaun Harian Stok dengan lengkap dan kemas kini serta mengampit dan

menyimpan stok beras mengikut alamat yang tertera dalam lesen borong.

15.5.6 Penjualan Beras Subsidi Di Pasaran Terbuka

Program Subsidi Beras dilaksanakan oleh Kerajaan, khas untuk rakyat miskin dan

berpendapatan rendah supaya dapat mengurangkan bebanan untuk memperolehi

beras yang murah di pasaran. Lawatan Audit ke beberapa peruncit dan pasar raya

mendapati beras ini dijual secara terbuka. Ini membolehkan semua golongan

pengguna termasuk warga asing dan pengusaha makanan memperoleh beras

tersebut tanpa kawalan dan seterusnya menikmati subsidi yang diberikan oleh

Kerajaan.

Berdasarkan maklum balas, Mesyuarat Penambahbaikan Pelaksanaan Pembekalan

Beras ST15 yang dipengerusikan oleh YB Menteri telah diadakan pada 18 April

2012 dan 8 Mei 2012. Pada prinsipnya cadangan penambahbaikan telah

dipersetujui dengan menukar mekanisme pelaksanaan program subsidi beras agar

objektif program tercapai sepenuhnya kepada golongan sasaran. Sebelum ini,

Kementerian telah meneliti beberapa kaedah pelaksanaan bagi mengatasi ketirisan

beras subsidi yang dijual di pasaran terbuka. Kaedah pelaksanaan telah

dicadangkan iaitu Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (SUBUR) melalui 2 opsyen

iaitu pemberian kupon kepada senarai penerima berdasarkan senarai e-Kasih (ICU,

JPM) dan penghantaran beras subsidi ke rumah penerima berdasarkan senarai

e-Kasih dan senarai yang disyorkan oleh Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen.

Bagaimanapun, Jemaah Menteri telah memutuskan pada 22 November 2009 untuk

menangguhkan pelaksanaan program SUBUR.

Pada pendapat Audit, pihak Kementerian perlu memastikan program subsidi beras

ini sampai kepada golongan sasaran.

113

113

Kementerian sedar berlaku ketirisan dalam pengedaran beras

subsidi ST15%. Beberapa perbincangan telah diadakan dan

terakhir pada 3 Julai 2012 yang dipengerusikan oleh

YB. Menteri.

Antara cadangan yang dikenalpasti bagi mengatasi ketirisan

beras subsidi ST15% adalah seperti:

i. beras subsidi ST15% tidak dijual di hypermarket tetapi

diedarkan melalui rangkaian peruncitan terpilih seperti

Pasar Tani, Kedai Rakyat 1 Malaysia, TUKAR, rangkaian

peruncitan FAMA dan FELDA, KOPERASI, PERNAMA dan

sebagainya.

ii.

iii.

beras subsidi ST15% dijadikan barang kawalan yang

hanya dijual di kedai terpilih sahaja.

memantapkan syarat-syarat pemberian kuota beras subsidi

ST15%.

iv. melaksanakan tender terbuka bagi pengampitan beras

subsidi ST15% mengikut zon/negeri.

v. kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat,

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan

Kepenggunaan (KPDNKK) serta Kementerian Dalam

Negeri.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!