02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

15.5.3.2 Perjanjian Di Antara Kementerian Dengan Pemborong Tidak Dimeterai

Garis Panduan Mengenai Pelaksanaan Pengedaran Program Beras Subsidi Oleh

Pemborong antaranya menetapkan suatu perjanjian akan ditandatangani antara

Kerajaan dengan pemborong di bawah Akta Kontrak Kerajaan 1949. Ia adalah bagi

memastikan pemborong mematuhi segala klausa perjanjian yang ditetapkan bagi

menjamin kepentingan Kerajaan. Semakan Audit mendapati tiada perjanjian

ditandatangani antara Kementerian dengan pemborong bagi Fasa I dan II.

Bagaimanapun, hanya Surat Setuju Terima pelantikan sebagai pengedar beras

subsidi dikeluarkan kepada pemborong bagi Fasa I. Surat Setuju Terima tersebut

didapati tidak menyatakan dengan jelas klausa tindakan yang boleh dikenakan

sekiranya pemborong melakukan kesalahan.

Berdasarkan maklum balas, Kementerian memutuskan perjanjian di bawah Fasa II

antara Kerajaan dengan BERNAS adalah memadai. Ini adalah kerana hanya

BERNAS yang dilantik sebagai pembekal sumber beras subsidi dan

mengemukakan tuntutan subsidi kepada Kerajaan. Bagaimanapun, sebagai

langkah penambahbaikan, Surat Aku Janji berkaitan peranan dan tanggungjawab

pemborong telah diedarkan kepada semua pemborong pada 28 Mac 2012 di

Semenanjung Malaysia dan pada 5 April 2012 di Sabah dan Sarawak.

Kelewatan menandatangani perjanjian berlaku di peringkat awal

program. Kelewatan tidak lagi berlaku pada tahun 2010 dan

2011 kecuali bagi perjanjian pengilang Sabah dan Sarawak

kerana kelewatan mendapat persetujuan bersama mengenai

klausa-klausa perjanjian.

Perjanjian pelaksanaan Program Beras Subsidi ST15% akan

dibuat bagi tempoh 2 tahun dan bukannya dibuat setiap tahun

bagi mengurangkan karenah pentadbiran.

Perjanjian bagi tahun 2013 -2014 sedang disediakan untuk

semakan dan kelulusan Bahagian Undang-undang Kementerian

dan dilaksanakan mulai Januari 2013.

Dalam memperkemaskan perjanjian, YB. Menteri turut

mencadangkan supaya perjanjian baru turut memuatkan klausa

yang menyatakan perjanjian lama masih lagi terpakai sehingga

perjanjian baru dimeterai.

Pada pendapat Audit, Kementerian hendaklah memastikan perjanjian disediakan

dan ditandatangani dalam tempoh yang ditetapkan bagi menjamin kepentingan

Kerajaan.

15.5.5.2 Mengampit Beras Di Tempat Lain

a. Mengikut Akta Kawalan Padi Dan Beras 1994 dan Peraturan Kawalan Padi

Dan Beras, lesen hendaklah dipamerkan di suatu tempat yang mudah dilihat

di alamat yang dinyatakan dalam lesen itu. Selain itu, mesin kampit dan stok

beras hendaklah disimpan mengikut alamat yang tertera di lesen borong.

Lawatan Audit ke sebuah premis pemborong di Kamunting, Taiping, Perak

mendapati lesen yang dikeluarkan pada 14 Januari 2010 tidak dipamerkan di

bangunan tersebut. Selain itu, buku akaun harian stok beras subsidi

diselenggarakan di tempat lain kerana ketiadaan kemudahan asas pejabat.

Adalah didapati juga papan tanda nama syarikat tidak dipamerkan di pintu

masuk atau luar bangunan. Pihak Audit tidak dapat memastikan kesahihan

operasi pengampitan dijalankan di bangunan tersebut kerana semasa

lawatan didapati tiada punca kuasa elektrik di dalam bangunan tersebut dan

mesin untuk mengampit diikat dengan tali.

Kementerian mendapati semua teguran telah diambil tindakan

seperti perubahan stor telah dibuat, Akaun Stok Harian telah

dikemas kini oleh semua pemborong, pembinaan benteng dan

pagar pemisah telah disiapkan.

b. Lawatan Audit ke sebuah lagi premis pemborong di Kuala Kurau, Perak

mendapati stor beras subsidi juga digunakan sebagai tempat penyimpanan

makanan kering seperti bihun dan gula serta ia juga dijadikan sebagai tempat

urus niaga jual beli beras subsidi. Pemeriksaan Audit selanjutnya mendapati

112

112

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!