02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

secara menyeluruh keberkesanan program ini. Mengikut maklum balas

Kementerian, rekod dan maklumat projek seperti bilangan projek di setiap kawasan

Parlimen, bilangan penerima bantuan, skop dan status pelaksanaan projek

disimpan dan diselenggara oleh agensi pelaksana. Maklumat tersebut ada

dipanjangkan kepada Kementerian melalui minit mesyuarat bagi tujuan

pemantauan.

14.5.6.2 Selain itu, Bahagian Pemantauan dan Penilaian Projek Kementerian

bertanggungjawab untuk memantau semua program yang dilaksanakan oleh

Kementerian. Bagaimanapun, semakan Audit mendapati Bahagian tersebut hanya

menjalankan pemantauan terhadap minit mesyuarat MPPP dan bukannya terhadap

output/outcome projek tersebut.

Kementerian telah mewujudkan terma rujukan dan jadual

lawatan penilaian outcome projek pertanian MPPP dan akan

mula dilaksanakan pada 10 September 2012 sehingga

28 Disember 2012.

Lawatan penilaian akan dilaksanakan secara kaedah

persampelan sebanyak 30 peratus (67 kawasan Parlimen

daripada 222 kawasan Parlimen)

Kementerian juga akan memantau dan menilai prestasi

pelaksanaan projek pertanian MPPP menerusi pangkalan data

projek yang dibangunkan.

14.5.6.3 Pihak Audit juga dimaklumkan bahawa pemantauan pelaksanaan projek tidak dapat

dijalankan oleh agensi pelaksana terutamanya selepas bantuan diberi kepada

penerima bantuan kerana kekangan dari segi kewangan. Ini disebabkan tiada

perbelanjaan mengurus diperuntukkan kepada agensi pelaksana bagi menguruskan

program ini.

Pada pendapat Audit, pihak Kementerian perlu menyelenggara rekod dan maklumat

secara menyeluruh bagi program ini untuk memastikan pelaksanaan projek ini

selaras dengan objektif yang telah ditetapkan. Bagi tujuan pemantauan, Bahagian

yang bertanggungjawab perlu mendapatkan maklumat yang berkaitan daripada

agensi pelaksana secara menyeluruh bagi memastikan pelaksanaan program ini

sentiasa menepati objektif yang ditetapkan. Selain itu, pemantauan hendaklah

dijalankan untuk memastikan penerima bantuan menggunakan peralatan yang telah

diberikan dan pengagihan semula dibuat sekiranya peralatan tersebut tidak

digunakan sepenuhnya oleh penerima bantuan.

Program ini adalah lebih kepada bentuk bantuan kepada rakyat

dan ini melibatkan banyak program yang kecil-kecilan.

Memandangkan kekurangan peruntukan mengurus maka

pemantauan secara menyeluruh tidak dapat dilaksanakan.

Kementerian telah memohon peruntukan tambahan kepada

Kementerian Kewangan tetapi tidak diluluskan.

110

110

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!