02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

14.5.4.1 Pelaksanaan Projek Di Luar Skop

Perbelanjaan berjumlah RM11,340 di Kawasan Parlimen Klang, Selangor adalah

tidak berteraskan pertanian tetapi bidang jahitan iaitu pembekalan mesin jahit,

mesin jahit tepi dan seterika kepada 2 orang penerima bantuan. Mengikut maklum

balas Kementerian, projek ini telah mendapat kelulusan khas sebelum

dilaksanakan.

a. Peruntukan berjumlah RM30,000 untuk Kawasan Parlimen Ranau, Sabah

digunakan untuk projek pertanian komoditi iaitu pembekalan klon bibit getah

kepada 35 orang petani. Kementerian memaklumkan bahawa mesyuarat

MPPP meluluskan projek ini kerana tanaman utama di kawasan tersebut

adalah pokok getah. Bagaimanapun, kelulusan khas untuk projek selain

daripada berteraskan pertanian daripada Kementerian masih belum diperoleh.

b. Beberapa projek jabatan/agensi lain yang telah dijalankan tidak sewajarnya

menggunakan peruntukan Projek Pertanian MPPP kerana jabatan/agensi

berkenaan mempunyai peruntukan sendiri bagi menjalankan projek tersebut.

Semakan Audit mendapati projek pembungkusan dan pelabelan usahawan

bimbingan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berjumlah

RM20,000 di Kawasan Parlimen Pagoh, Johor dilaksanakan dengan

menggunakan peruntukan MPPP. Projek ini sepatutnya menggunakan

peruntukan daripada FAMA kerana ia merupakan projek yang diuruskan

sendiri oleh FAMA. Mengikut maklum balas Kementerian, memandangkan

usahawan iaitu penerima peruntukan di kawasan tersebut memerlukan

khidmat nasihat mengenai pembungkusan dan pelabelan, MPPP Pagoh telah

memutuskan supaya pihak FAMA memberikan khidmat tersebut kepada

peserta dengan menggunakan peruntukan MPPP Parlimen Pagoh melalui

projek ini.

Perbelanjaan berjumlah RM11,340 di Parlimen Klang, Selangor

bagi tujuan pembekalan mesin jahit, mesin jahit tepi dan seterika

kepada dua orang penerima bantuan telah mendapat kelulusan

khas daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

melalui rujukan KP/CK/527/34 Jld 2(42) bertarikh

18 Oktober 2010. Penerima yang terlibat ialah isteri kepada

nelayan pantai yang bertujuan meningkatkan taraf hidup melalui

peningkatan pendapatan.

Kementerian akur akan teguran audit ini dan telah meminta

supaya Pengerusi MPPP Ranau memohon kelulusan khas

kepada YB. Menteri dengan mengemukakan justifikasi yang

kukuh untuk pertimbangan selanjutnya.

Di bawah peruntukan MPPP, setiap jabatan/agensi diberikan

peluang mengemukakan permohonan bagi memberi manfaat

kepada golongan sasar iaitu seramai 10 orang peserta di

peringkat Parlimen melibatkan skop yang dibenarkan. Isu

peruntukan sebanyak RM20,000 yang diuruskan FAMA

merupakan peruntukan yang telah diluluskan oleh Mesyuarat

MPPP bil 2/2010 bertarikh 24 Jun 2010 kerana ia di dalam skop

yang dibenarkan.

14.5.4.2 Bekalan Tidak Mengikut Keperluan Kumpulan Sasaran

Pelaksanaan projek perlu mengambil kira keperluan kumpulan sasaran bagi

memastikan projek yang dilaksanakan memberi faedah kepada penerima. Selain

itu, ia bertujuan mengelakkan berlakunya ketidaksesuaian penggunaan peralatan

tersebut. Semakan Audit mendapati 2 orang nelayan yang terlibat dalam aktiviti

perikanan laut dalam masing-masing telah menerima bantuan seunit bot berukuran

14 kaki dan seunit enjin sangkut 15 kuasa kuda dengan kos berjumlah RM14,000.

Bagaimanapun, pihak Audit tidak dapat mengesahkan penerimaan bekalan bot dan

enjin tersebut kerana menurut penerima peralatan berkenaan bot dan peralatan

tersebut telah ditukarkan dengan bot yang lebih besar dan enjin 40 kuasa kuda

memandangkan peralatan yang diberi tidak dapat digunakan bagi perikanan laut

dalam. Kementerian memaklumkan bahawa urus setia MPPP Klang, Selangor tiada

halangan untuk sebarang pertukaran peralatan yang dibuat oleh peserta dan

Sepertimana tatacara perolehan yang telah diedarkan, penerima

telah menandatangani surat setuju terima peralatan yang

dipohon melibatkan satu unit bot berukuran 14 kaki dan enjin

sangkut 15 kuasa kuda berjumlah RM14,000. Walau

bagaimanapun, penerima telah menukar peralatan yang diterima

kepada saiz dan kapasiti yang lebih besar dengan menggunakan

peruntukan sendiri berdasarkan kepada kesesuaian penerima

untuk menangkap ikan di laut dalam.

108

108

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!