02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Kementerian telah mengeluarkan pekeliling dalaman mengenai perkara yang

berkaitan dengan perolehan bagi program ini dari semasa ke semasa. Semakan

Audit mendapati garis panduan dan skop pelaksanaan tersebut tidak

memperincikan proses pelaksanaan; kaedah perolehan projek; syarat dan justifikasi

pemilihan penerima bantuan serta kaedah pemantauan projek. Pihak Audit juga

tidak dapat memastikan tarikh garis panduan dan skop pelaksanaan tersebut mula

dilaksana dan dikuatkuasakan kerana kedua-duanya tidak mempunyai tarikh

dikeluarkan atau dikuatkuasakan.

projek ini adalah mengikut tatacara dan Peraturan Kewangan

Kerajaan berkuat kuasa semasa.

Kementerian akan mengedarkan semula garis panduan yang

terkini berdasarkan teguran audit ini kepada semua MPPP pada

awal Oktober 2012.

14.5.3.1 Bilangan Mesyuarat MPPP Yang Tidak Seragam Di Antara Kawasan Parlimen

Garis Panduan PKPP dan Skop Pelaksanaan Projek Pertanian MPPP tidak

menyatakan kaedah pemantauan yang perlu dijalankan bagi memastikan

pelaksanaan program dijalankan secara berterusan berdasarkan objektif yang telah

ditetapkan. Semakan Audit mendapati pemantauan dibuat melalui mesyuarat di

peringkat kawasan Parlimen oleh semua agensi pelaksana. Antara perkara yang

dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah kelulusan projek dan juga isu

berkaitan dengan sektor pertanian. Selain itu, didapati bilangan mesyuarat bagi

setiap kawasan Parlimen tidak seragam iaitu antara sekali hingga 6 kali dalam

tempoh setahun.

Mengikut maklum balas Kementerian, pihak urus setia MPPP telah menetapkan

setiap MPPP hendaklah bermesyuarat 4 kali setahun. Namun, perbezaan bilangan

mesyuarat antara MPPP adalah disebabkan oleh tarikh dan masa mesyuarat

ditentukan oleh Pengerusi MPPP sendiri. LPP telah mengeluarkan pekeliling untuk

pelaksanaan mesyuarat sebanyak 4 kali setahun dan juga surat peringatan kepada

Pengerusi MPPP yang mempunyai prestasi mesyuarat yang rendah.

Kementerian MPPP telah menetapkan setiap MPPP hendaklah

bermesyuarat 4 kali setahun. Namun, perbezaan bilangan

mesyuarat antara MPPP disebabkan ianya tidak dapat diadakan

mengikut bilangan yang telah ditetapkan oleh tarikh dan masa

mesyuarat ditentukan oleh Pengerusi MPPP sendiri.

Kementerian telah mengeluarkan surat untuk pelaksanaan

mesyuarat sebanyak 4 kali setahun dan juga mengeluarkan

surat peringatan kepada Pengerusi MPPP yang mempunyai

prestasi mesyuarat yang rendah.

14.5.3.2 Proses Kerja Yang Tidak Seragam Di Antara Agensi Pelaksana

Garis Panduan PKPP dan Skop Pelaksanaan Projek Pertanian MPPP tidak

memperincikan proses kerja pelaksanaan projek. Ini telah menyebabkan

ketidakseragaman dalam proses kerja di antara agensi pelaksana. Adalah didapati

agensi pelaksana menggunakan proses kerja masing-masing yang berbeza untuk

melaksanakan projek di kawasan Parlimen bawah seliaan masing-masing. Sebagai

contoh, setiap projek yang dilaksanakan oleh MADA perlu melalui Jawatankuasa

Pengesahan Pembekalan sebelum projek dilaksanakan dan Jawatankuasa

Pembayaran sebelum bayaran projek dilaksanakan. Kaedah perolehan yang

dilaksanakan ini dapat menggalakkan ketelusan dalam perolehan Kerajaan.

Bagaimanapun, Jawatankuasa ini tidak diwujudkan di bawah LPP.

Kementerian telah membenarkan setiap agensi pelaksana untuk

menggunakan Mekanisme pelaksanaan program ini adalah

mengikut kesesuaian agensi pelaksana memandangkan

bilangan kawasan parlimen yang diuruskan oleh setiap agensi

adalah berlainan. Ini bagi memastikan program ini dilaksanakan

seperti yang telah dirancang. Agensi pelaksana ialah LPP di

Semenanjung dan Sabah, FAMA di Sarawak, MADA di kawasan

MADA, KADA di kawasan KADA dan TEKUN Nasional di

kawasan bandar.

Pada pendapat Audit, garis panduan yang lengkap dengan mengambil kira proses

kerja secara terperinci perlu disediakan oleh Kementerian bagi memastikan setiap

agensi pelaksana melaksanakan program ini dengan berkesan dan seragam.

107

107

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!