02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

14.5.2.1 Prestasi Kewangan Projek

Sebaik sahaja Parlimen meluluskan Bajet Tahunan, Perbendaharaan akan

mengeluarkan pekeliling yang antara lainnya menghendaki Pegawai Pengawal

mengeluarkan waran agihan peruntukan/waran peruntukan kecil (sub-warrant)

kepada agensi pelaksana di bawah bidang kuasa masing-masing secepat mungkin.

Bagi memastikan Kerajaan dapat menguruskan keperluan aliran wang tunai negara

dengan cekap dan berkesan, Pegawai Pengawal hendaklah memastikan unjuran

anggaran keperluan aliran tunai agensi masing-masing adalah tepat dan dikemas

kini setiap suku tahun.

14.5.2.2 Semakan Audit terhadap laporan perbelanjaan program di peringkat Kementerian

mendapati bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011, kesemua peruntukan telah

disalurkan sepenuhnya kepada agensi yang terlibat.

14.5.2.3 Berdasarkan laporan perbelanjaan di peringkat Kementerian, prestasi kewangan

bagi PKPP dan Projek Pertanian MPPP menunjukkan pengagihan perbelanjaan

telah mencapai 100%. Bagaimanapun, semakan Audit mendapati peruntukan yang

telah disalurkan kepada agensi pelaksana masih belum dibelanjakan sepenuhnya.

Bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011, sejumlah RM32.09 juta telah diperuntukkan

untuk PKPP dan Projek Pertanian MPPP bagi 4 negeri iaitu Johor, Kedah, Sabah

dan Selangor yang diselia oleh LPP dan MADA. Daripada peruntukan tersebut,

sejumlah RM11.39 juta (35.5%) masih belum dibelanjakan oleh agensi pelaksana.

Kementerian sentiasa mematuhi arahan Kementerian Kewangan

untuk melaporkan unjuran anggaran keperluan tunai jabatan dan

agensi yang dikemaskini pada setiap suku tahun yang diperakui

oleh Pegawai Pengawal.

Peruntukan program ini disalurkan kepada agensi pelaksana

yang bertindak sebagai urus setia untuk disalurkan kepada

MPPP sejak 2010. Agensi-agensi yang terlibat adalah LPP,

FAMA, TEKUN, KADA dan MADA.

Sehingga 30 Julai 2012, Prestasi perbelanjaan projek PKPP dan

MPPP melibatkan 3 buah negeri di bawah LPP iaitu Selangor,

Johor dan Sabah telah mencatatkan kenaikan iaitu sebanyak

82% telah dibelanjakan atau RM23.3 juta berbanding jumlah

peruntukan keseluruhan berjumlah RM28.4 juta. Baki

peruntukan yang belum dibelanjakan ialah RM5.09 juta atau

17%.

Dalam usaha meningkatkan pretasi perbelanjaan MPPP

beberapa langkah telah diambil oleh kementerian seperti berikut:

i. Peringatan YB. Menteri kepada Pengerusi MPPP menerusi

surat dan lisan semasa Perjumpaan YB. Menteri Bersama

Pengerusi MPPP. Dalam hubungan ini, YB. Menteri telah

mengingatkan supaya Pengerusi MPPP meningkatkan

kekerapan mesyuarat berdasarkan terma rujukan yang

ditetapkan yang seterusnya meningkatkan kelulusan projek

dan prestasi perbelanjaan; dan

ii. Memperkenalkan sistem penarafan bintang terhadap MPPP

mulai tahun 2012 berdasarkan prestasi perbelanjaan dan

kekerapan mesyuarat. Penarafan bintang ini akan

mempengaruhi jumlah peruntukan MPPP masing-masing

pada masa akan datang.

105

105

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!