02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI (MOA)

Perenggan 14 : Pengurusan Projek Pertanian Kawasan Parlimen

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

14.5.1.1 Prestasi Fizikal Projek

Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2005 mengenai Garis Panduan Penilaian Program

Pembangunan menetapkan supaya Kementerian/Jabatan melaksanakan penilaian

outcome program pembangunannya untuk memastikan hasil pulangan yang

maksimum daripada peruntukan yang dibelanjakan. Semakan Audit mendapati bagi

tempoh tahun 2009 hingga 2011, Kementerian tidak menjalankan penilaian

outcome bagi PKPP dan Projek Pertanian MPPP yang dilaksanakan oleh agensi

pelaksana yang berkenaan. Sehubungan itu, Kementerian tidak dapat mengenal

pasti sama ada PKPP dan Projek Pertanian MPPP telah mencapai matlamat seperti

yang ditetapkan. Pihak Kementerian hanya memantau dari segi bilangan mesyuarat

yang diadakan oleh MPPP dan bukannya outcome projek.

14.5.1.2 Lawatan Audit yang dijalankan ke kawasan Parlimen Klang, Kapar dan Hulu

Langat, Selangor; Alor Star, Pendang dan Kuala Kedah, Kedah; Ranau, Tuaran dan

Beaufort, Sabah; dan Pagoh, Simpang Renggam dan Gelang Patah, Johor

mendapati rekod prestasi fizikal projek tidak disatukan di peringkat Kementerian.

Senarai penerima bantuan dan prestasi projek hanya diselenggara di peringkat

agensi pelaksana sahaja.

Mengikut maklum balas Kementerian, penilaian outcome bagi PKPP dan MPPP

tidak dibuat oleh Kementerian kerana kebanyakan projek yang diluluskan adalah

bernilai kecil atau berskala kecil yang terdiri daripada projek-projek berbentuk

pemberian atau touch-point project (nilai di bawah RM10,000) yang bersifat one-off.

Kementerian telah menjadualkan lawatan penilaian outcome

projek pertanian di bawah Program MPPP bagi tahun 2012.

Lawatan penilaian akan dilaksanakan di 67 kawasan Parlimen

yang telah dikenal pasti di seluruh Negara bermula pada

10 September 2012 dan dijangka tamat pada 28 Disember 2012.

Sebagai panduan penilaian, satu terma rujukan penilaian projek

pertanian MPPP telah diwujudkan dengan mendapatkan khidmat

nasihat daripada pihak ICU, JPM.

Selain itu, Kementerian juga sedang membangunkan pangkalan

data projek-projek pertanian MPPP bagi memantau dan menilai

pelaksanaan projek. Pangkalan data yang dibangunkan

merangkumi rekod-rekod prestasi fizikal projek, bilangan projek,

bilangan penerima bantuan, nilai projek/ bantuan, skop dan

outcome projek.

Rekod prestasi fizikal projek akan disatukan di peringkat

Kementerian dan kelima-lima agensi pelaksana telah diarah

untuk mengemas kini rekod prestasi projek setiap bulan. Perkara

ini akan dimaklumkan kepada agensi pelaksana di dalam

mesyuarat Pemantauan MPPP Peringkat Kementerian yang

diadakan sebanyak 3 bulan sekali. Mesyuarat yang akan datang

adalah pada 18 September 2012. Pangkalan data projek-projek

pertanian MPPP yang dibangunkan akan menyelesaikan isu

rekod prestasi projek yang tidak disatukan di peringkat

Kementerian.

Pada pendapat Audit, penilaian outcome perlu dilaksanakan untuk Projek Pertanian

Kawasan Parlimen secara keseluruhan bagi memastikan objektifnya dapat dicapai

secara berkesan dan berterusan.

104

104

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!