02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Berdasarkan maklum balas JKDM, tindakan pembersihan telah diambil dengan

memotong rumput di kawasan stor dan menyusun minuman keras di dalam kotak

dan diletakkan atas palet.

Pada pendapat Audit, kebersihan Stor Penguatkuasaan adalah memuaskan di

mana hanya 1 daripada 9 Stor Penguatkuasaan yang dilawati tidak dijaga dengan

baik.

13.5.2.4.a

Penyimpanan Barang Rampasan

Di Stor Penguatkuasaan Kangar, Perlis sebanyak 80 tong etanol yang dirampas

bersama kenderaan yang membawanya pada 3 Ogos 2010 masih berada dalam

kenderaan tersebut dan dibiarkan sahaja di kawasan yang terbuka serta terdedah

kepada cuaca dan kepanasan matahari. Ini merupakan kes pertama yang

seumpamanya dikendalikan oleh stor tersebut. Memandangkan etanol merupakan

bahan mudah bakar, keadaan ini boleh mengundang bahaya dan mengancam

keselamatan orang ramai.

Tawaran sebut harga bagi ethanol telah dikeluarkan pada

27 Julai 2012. Penilaian telah dibuat pada 28 Ogos 2012 dan

nilai tawaran RM 9,333.66.

Kerja menaiktaraf dinding stor Penguatkuasaan Bentong,

Pahang telah disiapkan pada 25 Jun 2012.

13.5.2.4.b

Berdasarkan Perintah Tetap Pencegahan, satu kawasan untuk menempatkan

kenderaan rampasan antara lainnya hendaklah di atas tapak yang keras dan dibuat

petak-petak yang bersusun; berbumbung; dan dipagari kelilingnya. Sekiranya

kawasan penyimpanan kenderaan rampasan tidak mempunyai ruangan yang

mencukupi, Pengarah Kastam Negeri boleh menggunakan budi bicaranya

menentukan tempat dan kaedah penyimpanan yang sesuai. Semakan Audit

mendapati kenderaan rampasan di Stor Penguatkuasaan yang dilawati disimpan di

kawasan yang berbumbung serta teratur. Bagaimanapun, disebabkan ruang yang

terhad barang rampasan terpaksa disimpan di kawasan yang tidak sesuai. Keadaan

tersebut telah menjejaskan kualiti luaran kenderaan seperti cat lusuh, berkarat dan

cermin pecah.

Berdasarkan maklum balas JKDM, tindakan pembetulan telah diambil oleh Stor

Penguatkuasaan Kangar, Perlis dengan memindahkan barang rampasan sensitif

kepada perubahan suhu ke tempat penyimpanan yang lebih selamat. Selain itu,

Stor Penguatkuasaan Bentong, Pahang telah dinaik taraf dengan memasang

dinding di sekeliling stor.

Pada pendapat Audit, penyimpanan barang rampasan di Stor Penguatkuasaan

JKDM adalah tidak teratur terutamanya barang rampasan yang berharga dan

menarik serta sensitif kepada perubahan suhu. Selain itu, keadaan stor yang tidak

sesuai boleh mengakibatkan susut nilai, risiko berlaku kehilangan dan mengundang

bahaya.

102

102

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!