02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN KEWANGAN

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDRM)

Perenggan 13 : Pengurusan Barang Rampasan Dan Lucut Hak

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

13.5.2.1.b

Siasatan Terhadap Kes Barang Rampasan

Setakat akhir bulan Disember 2011, sebanyak 806 buah kenderaan rampasan

masih disimpan di Stor Penguatkuasaan di 5 negeri yang dilawati. Daripada jumlah

tersebut, sebanyak 212 buah kenderaan (26.3%) adalah kenderaan rampasan yang

melebihi 5 tahun dan sebanyak 85 buah kenderaan tersebut (10.5%) adalah

berstatus “masih dalam siasatan”. Stor Penguatkuasaan Kuantan, Pahang

mempunyai kenderaan rampasan dalam simpanan melebihi 5 tahun tetapi masih

dalam siasatan yang paling tinggi, iaitu sebanyak 51 buah kenderaan (53.1%)

daripada 96 buah kenderaan yang disimpan setakat bulan Disember 2011.

Berdasarkan maklum balas JKDM, sejumlah 23 kenderaan rampasan telah

dilupuskan pada 12 April 2012 melalui tender bersepadu jabatan Bil. 1/2012

melibatkan 2 kenderaan di Stor Penguatkuasaan Pahang, 14 di Perak dan 7 di

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selain itu, 7 kenderaan di Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur telah dilupuskan secara lusuh (scrap).

Pada pendapat Audit, proses siasatan yang melibatkan barang rampasan adalah

kurang cekap apabila sebanyak 70.1% kertas siasatan tidak dapat diselesaikan

dalam tempoh yang ditetapkan. Selain itu, terdapat sebanyak 10.5% kenderaan

rampasan masih dalam siasatan walaupun telah dirampas melebihi 5 tahun yang

lepas. Proses siasatan yang kurang cekap khususnya terhadap kenderaan

rampasan boleh mengakibatkan pulangan hasil yang rendah semasa

pelupusan/jualan dijalankan disebabkan susut nilai kenderaan.

Tender bersepadu kenderaan rampasan bil 1/2012 telah dibuat

pada 12 April 2012. Hasil keseluruhan yang diperolehi daripada

tender tersebut berjumlah RM 2.66 juta. Pecahan mengikut

negeri adalah seperti berikut :

Negeri

Hasil (RM)

Pahang 14,430

Perak 254,783

WPKL 755,100

Lain-lain negeri 1,636,156

Jumlah 2,660,469

Tender bil 2/2012 diadakan pada 7 – 8 Ogos 2012 yang

melibatkan 74 kenderaan lucut hak bernilai RM 2.18 juta.

13.5.2.3.b

Kebersihan Stor Penguatkuasaan

Semakan Audit di Stor Penguatkuasaan Ipoh, Perak mendapati kawasan

penyimpanan kenderaan rampasan ditumbuhi rumput dan terbiar manakala

minuman keras yang dirampas tidak disusun dengan baik dan berselerak.

101

101

Stor Penguatkuasaan yang dimaksudkan telah dibersihkan dan

pemantauan secara berkala telah dilakukan bagi memastikan

kebersihan stor penguatkuasaan terjaga. Jadual pembersihan

bulanan bagi 2012 telahpun disediakan dan jadual pembersihan

dipatuhi.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!