02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Pada pendapat Audit, alat bantu kerja bagi aktiviti penguatkuasaan tidak digunakan

dengan cekap bagi mendapatkan value for money di atas apa yang telah

dibelanjakan.

12.5.4.4.b

Pemeriksaan Fizikal

Pengagihan peralatan oleh Cawangan Pencegahan Dan Rampasan, Ibu Pejabat

diiringi dengan surat pembekalan dan penerimaan sebagai bukti pengagihan telah

dibuat. Bagaimanapun, pihak Audit tidak dapat mengesahkan bilangan sebenar

peralatan yang telah diagihkan ke negeri kerana tidak semua rekod pengagihan

dan penerimaan dikemukakan. Semakan hanya dibuat berdasarkan surat

agihan/buku stok yang disimpan di Cawangan Pencegahan Dan Rampasan, Ibu

Pejabat dan rekod KEW.PA-2 dan KEW.PA-4 di negeri. Pihak Audit mendapati 21

unit peralatan bernilai RM109,700 tidak dapat dikesan semasa pemeriksaan Audit.

Berdasarkan maklum balas, JKDM telah menubuhkan pasukan untuk membuat

pemeriksaan ke semua negeri bagi menentukan kedudukan sebenar peralatan

pencegahan yang dibekalkan. Perintah Tetap Pencegahan berkaitan dengan

perolehan, pengagihan dan perekodan peralatan alat bantu kerja sedang

dibangunkan dan akan diedarkan dalam masa terdekat. Peralatan yang tidak

ditemui telah disahkan hilang dan laporan polis telah dibuat.

Satu Pasukan khas pemeriksaan aset telah ditubuhkan dan

telah memeriksa harta modal yang diagihkan kepada Bahagian

Penguatkuasaan negeri pada 4 Jun 2012.

Perintah Tetap Penguatkuasaan berkaitan dengan pengurusan

alat bantuan operasi Bahagian Penguatkuasaan (Aset) telahpun

disiapkan pada 30 Jun 2012.

Bagi aset-aset yang tidak ditemui didapati telah hilang dan

laporan polis telah dibuat pada 3 Jun 2012 dan JKDM telah

menyediakan laporan kehilangan aset tersebut.

Semua prosedur yang ditetapkan dalam Pekeliling

Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 dipatuhi dan sedang

dilaksanakan.

Pada pendapat Audit, kelemahan dalam perekodan dan kawalan fizikal telah

mengakibatkan kehilangan peralatan.

100

100

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!