02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

12.5.4.2.b.v

12.5.4.3.b

Pelabelan “Hak Kerajaan Malaysia” dan nombor siri pendaftaran aset tidak dibuat

secara menyeluruh.

Berdasarkan maklum balas, JKDM mengambil maklum teguran Audit dan akan

melakukan pelabelan secepat mungkin. Perolehan peralatan yang baru akan dibuat

pelabelan di peringkat Ibu Pejabat sebelum diagihkan ke negeri. JKDM telah

melantik Pegawai Penerima Aset di peringkat Ibu Pejabat dan negeri bagi

menangani masalah perolehan, pengagihan dan perekodan alat bantu kerja.

Pada pendapat Audit, pendaftaran dan pelabelan alat bantu kerja bagi aktiviti

penguatkuasaan adalah kurang memuaskan dan kelemahan ini boleh

menyebabkan kehilangan dan penyalahgunaan aset tanpa disedari oleh pihak

JKDM.

Penggunaan Peralatan

Berdasarkan temu bual dan pemeriksaan fizikal peralatan semasa lawatan Audit,

terdapat peralatan yang tidak digunakan secara optimum atau tidak digunakan

langsung. Ada juga peralatan yang masih berada di dalam bungkusan dan belum

dibuka. Pihak Audit dimaklumkan antara lainnya, peralatan tidak/kurang digunakan

adalah disebabkan oleh:

i. Walkie Talkie Garmin sudah digantikan dengan Government Integrated Radio

Network (GIRN) pada tahun 2009.

ii.

iii.

iv.

GPS Garmin sudah outdated.

Kabel yang dibekalkan bersama Video Camera Digital Sony tidak sesuai

untuk digunakan.

Berdasarkan laporan demonstrasi Lamp Light Turboflare SOS yang

dijalankan pada 26 Ogos 2007 di Cawangan Pencegahan Rantau Panjang,

Kelantan, peralatan ini adalah tidak sesuai untuk digunakan kerana

cahayanya malap dan berpendapat peralatan itu tidak diperlukan.

Bagaimanapun, perolehan terhadap 5 unit peralatan tersebut berjumlah

RM14,000 seunit telah dibuat oleh Ibu Pejabat pada 28 November 2007.

Berdasarkan maklum balas, JKDM bersetuju bahawa peralatan tidak digunakan

secara optimum kerana penggunaan peralatan adalah bergantung pada jenis

operasi seperti penyeludupan dadah, jenayah terancang dan risikan. Kesemua

peralatan yang telah dibekalkan ke negeri adalah berasaskan keperluan semasa

dalam melaksanakan aktiviti penguatkuasaan dan penggunaannya bergantung

kepada kekerapan pelaksanaan aktiviti dan jenis operasi. Kajian semula keperluan

penempatan peralatan akan dibuat oleh Ibu Pejabat dan arahan kepada negeri bagi

mengembalikan peralatan yang tidak digunakan telah dikeluarkan. Peralatan yang

tidak digunakan secara optimum di negeri akan diagihkan kepada negeri/bahagian

lain yang lebih memerlukan.

Proses pelabelan “Hak Kerajaan Malaysia” dan nombor siri

pendaftaran aset telah selesai pada bulan Julai 2012.

JKDM sentiasa berusaha untuk memastikan peralatan

digunakan secara optimum dan surat arahan pengembalian

aset-aset yang tidak digunakan di negeri berkenaan untuk

dikembalikan ke Ibu Pejabat bagi tujuan pengagihan semula

telah dikeluarkan pada 24 Julai 2012 bernombor rujukan KE.HD

(68) 418/09 Klt. 24 (23). Pada Ogos 2012 peralatan dari stesen

Rantau Panjang dan Kota Bharu telah diagihkan ke stesen

Wilayah Persekutuan.

99

99

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!