02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Pegawai Pengawal meluluskan pembelian harta modal di bawah perbelanjaan

mengurus tanpa mengambil kira kaedah perolehan, sama ada melalui pembelian

terus, sebut harga, tender, kontrak pusat atau sistem panel. Oleh itu wajarlah

Kementerian Kewangan melakukan penyiasatan lanjut ke arah mengenakan

tindakan disiplin terhadap pegawai yang bertanggungjawab.

12.5.3.3 Perancangan Perolehan Peralatan

Selewat-lewatnya pada awal tahun 2006, JKDM perlu menyediakan satu rancangan

perolehan yang teliti apabila Kerajaan meluluskan peruntukan perolehan alat bantu

kerja berjumlah RM17.5 juta di bawah RMKe-9 (2006-2010). Selain itu, JKDM juga

perlu menghantar jadual anggaran serta jangka masa keperluan alat proprietary

untuk setiap tahun kepada CMCA. Bagaimanapun, rancangan perolehan atau

jadual anggaran tidak dikemukakan kepada CMCA. Mengikut maklum balas, JKDM

terlepas pandang untuk mengemukakan jadual keperluan peralatan kepada pihak

CMCA.

Bagi pembelian tahun 2012, Mesyuarat Perancangan Pembelian

Aset telah diadakan pada 21 Jun 2012 dan jadual keperluan

peralatan telah dikemukakan kepada pihak CMCA pada 27 Julai

2012 melalui surat bernombor rujukan KE.HD (68) 418/09 Klt. 24

(25).

Pada pendapat Audit, jadual anggaran keperluan perolehan peralatan perlu

disediakan dan dikemukakan kepada pihak CMCA.

12.5.4.1.d

Pelaksanaan Perolehan

Pihak Audit tidak dapat mengesahkan sama ada 10 unit Lamp Pal Light telah

dibekalkan atau tidak kerana pemeriksaan fizikal di Rantau Panjang, Kelantan

mendapati peralatan yang diterima dan didaftarkan adalah Lamp Light Turboflare

SOS dan sama seperti yang terdapat di Cawangan Pencegahan dan Rampasan,

Ibu Pejabat. Selain itu, Stesen Teluk Intan, Perak telah mengesahkan peralatan

yang diterima adalah Lamp Light Turboflare SOS bukan Lamp Pal Light seperti

dalam surat agihan. Pemeriksaan selanjutnya mendapati Cawangan Pencegahan

dan Rampasan, Ibu Pejabat masih mempunyai 10 unit Lamp Light Turboflare SOS

yang belum diagihkan sedangkan hanya 5 unit dibeli. Sekiranya hanya Lamp Light

Turboflare SOS dibekalkan, ini bermakna JKDM telah terlebih bayar RM20,000 bagi

perolehan 10 unit Lamp Pal Light. Lamp Light Turboflare SOS yang masing-masing

diterima dan didaftarkan di Rantau Panjang, Kelantan dan Cawangan Pencegahan

dan Rampasan, Ibu Pejabat .

Perolehan aset-aset yang dibuat oleh JKDM melalui CMCA

dilaksanakan berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang

terdapat di dalam katalog yang dikeluarkan oleh CMCA. Namun

begitu sekiranya harga CMCA lebih mahal, jabatan akan

mendapatkan bekalan dari pembekal lain yang lebih murah.

Jabatan tidak lagi mempunyai masalah bagi perolehan dari

CMCA kerana sistem katalog yang lebih terperinci telah

dibangunkan oleh CMCA.

Berdasarkan maklum balas, JKDM bersetuju hanya Lamp Light Turboflare SOS

yang dibekalkan dan telah membuat pembayaran berdasarkan invois syarikat dan

harga yang ditetapkan dalam kontrak.

Mengikut maklum balas CMCA, kelemahan memang wujud dalam Senarai Harga

yang ditetapkan dalam kontrak PERB/PK/4/2005. Bagaimanapun mulai tahun 2010,

iaitu melalui kontrak baru (PERB/PK/7/2010), CMCA telah menambah baik sistem

katalog dengan menyatakan butiran peralatan dengan lebih terperinci serta

membangunkan sistem katalog melalui Internet. Dengan sistem katalog dalam

Internet, pengguna di Kementerian/Jabatan akan diberi nama pengguna (user

97

97

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!