02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN KEWANGAN

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDRM)

Perenggan 12 : Pengurusan Perolehan Alat Bantu Kerja Bagi Aktiviti Penguatkuasaan

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

12.5.2.2.a

Perolehan Tanpa Peruntukan Yang Mencukupi

Pada 22 Disember 2010, Kementerian Kewangan telah meluluskan penyelarasan

akaun pendahuluan diri ini dan JKDM telah mengambil tindakan dengan

menyelaraskan akaun pendahuluan diri tersebut melalui Peruntukan Perbelanjaan

Mengurus tahun 2010. Sehubungan itu, Kementerian Kewangan juga telah

mengeluarkan arahan supaya JKDM membuat laporan polis terhadap pegawai

berkenaan. Bagaimanapun, tiada tindakan diambil terhadap pegawai terlibat kerana

beliau telah meletakkan jawatan dengan notis 24 jam pada 26 Februari 2008.

Berdasarkan maklum balas, JKDM telah membuat laporan polis terhadap pegawai

terbabit pada 24 Mei 2012 mengenai kes ini.

Satu Jawatankuasa terdiri daripada Perbendaharaan Malaysia,

Polis dan SPRM telah ditubuhkan pada bulan Julai 2012 dan

siasatan sedang dijalankan.

12.5.2.2.b

Perolehan Harta Modal Tanpa Kelulusan Pegawai Pengawal

Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2002, Pegawai Pengawal

dibenarkan meluluskan pembelian harta modal di bawah perbelanjaan mengurus

dengan satu peruntukan secara berasingan yang ditentukan semasa pemeriksaan

belanjawan tahunan disediakan di bawah dasar one-off. Memandangkan

peruntukan perbelanjaan pembangunan telah diluluskan dalam RMKe-9, perolehan

alat bantu kerja untuk aktiviti penguatkuasaan telah diluluskan oleh Ketua Pengarah

JKDM tanpa perlu merujuk kepada KSP, selaku Pegawai Pengawal.

Bagaimanapun, adalah didapati perolehan melalui peruntukan perbelanjaan

mengurus untuk 14 jenis peralatan bernilai RM9.94 juta telah dibuat pada tahun

2006 tanpa kelulusan KSP. Berdasarkan maklum balas, Cawangan Kewangan,

JKDM telah mempersetujui supaya pembelian menggunakan peruntukan mengurus

yang dibuat sama ada melalui kontrak pusat atau tidak, perlu mendapat keputusan

Pegawai Pengawal.

Pada masa ini semua perolehan aset di bawah ABM dibuat

setelah mendapat kelulusan pegawai pengawal dan Surat

arahan kepada Pengarah Kastam Negeri bernombor rujukan

KE.HD (68) 418/09 Klt. 24 (27) telah dikeluarkan pada

30 Julai 2012 supaya mematuhi arahan tersebut.

Pada pendapat Audit, kelemahan di atas merupakan Improper Payment yang boleh

membawa kepada hukuman surcaj mengikut Seksyen 18(B) Akta Tatacara

Kewangan 1957. Sehubungan itu, pihak Audit berpendapat pembelian harta modal

yang dibuat melalui kontrak pusat masih perlu mendapat kelulusan Pegawai

Pengawal kerana Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2002 menetapkan kuasa

96

96

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!