02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

memerlukan kepakaran teknikal dan juga kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pada pendapat Audit, kekangan peruntukan dalam penyenggaraan kuarters jabatan

telah mengakibatkan proses operasi dan penyenggaraan aset seperti mana yang

ditetapkan dalam Manual Pengurusan Aset Menyeluruh Kerajaan tidak dapat

dilaksanakan dengan sepenuhnya.

11.5.2.6.b

Kutipan Sewa Kuarters Jabatan

Semakan Audit mendapati seramai 44 penghuni di Pulau Pinang, Kedah dan

Kelantan tidak menjelaskan sewa kuarters jabatan berjumlah RM103,710.

Tunggakan sewa tersebut telah melebihi 3 bulan disebabkan kurang tindakan

penguatkuasaan untuk mengutip balik tunggakan sewa kuarters jabatan.

Berdasarkan maklum balas JKDM, JKDM Pulau Pinang telah mengambil tindakan

memungut semula sewa tertunggak dan baki sewa yang belum dipungut sehingga

Januari 2012 adalah RM13,652. Tunggakan sewa sebanyak RM1,320 telah

dijelaskan oleh penyewa pada Oktober 2011 di JKDM Kedah. JKDM Kelantan telah

mengambil tindakan memungut semula sewa tertunggak dan baki sewa tertunggak

adalah RM3,320.

Sehingga 31 Ogos 2012, semua baki sewa tertunggak di

kuarters-kuarters berkenaan telah dijelaskan kecuali tunggakan

sewa di JKDM Pulau Pinang yang masih berbaki RM8,000.00

Tindakan memungut baki tunggakan ini masih diteruskan oleh

Pejabat Pengarah Kastam Pulau Pinang.

Pada pendapat Audit, JKDM Pulau Pinang dan Kelantan perlu terus berusaha

mengutip balik tunggak hasil sewa yang belum dikutip balik.

11.5.2.7.b

Pemantauan Oleh Jawatankuasa Perumahan

Semakan Audit di 5 negeri yang dilawati mendapati hanya Jawatankuasa

Perumahan Negeri Selangor dan Sabah sahaja yang bermesyuarat 9 kali untuk

tempoh tahun 2009 hingga 2011. Manakala Jawatankuasa Perumahan negeri lain

hanya bermesyuarat antara 2 hingga 6 kali untuk tempoh yang sama. Keadaan ini

berlaku kerana Cawangan Logistik, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber

Manusia di Ibu Pejabat JKDM kurang memantau dan tidak memastikan kesemua

Jawatankuasa Perumahan peringkat negeri bermesyuarat mengikut kekerapan

yang ditetapkan serta melaporkan perkara yang dibincangkan.

Berdasarkan maklum balas JKDM, JKDM Ibu Pejabat akan memantau prestasi

mesyuarat oleh Jawatankuasa Perumahan peringkat negeri melalui laporan yang

dikemukakan ke Ibu Pejabat.

JKDM Ibu Pejabat telah mengambil tindakan meningkatkan

pemantauan pengurusan perumahan di negeri-negeri di mana

surat arahan mengenai pengurusan perumahan telah

dikeluarkan kepada semua Pengarah Kastam Negeri rujukan

KE.HG(125)655/12Klt.2(11) bertarikh 15 Mei 2012.

Sehingga 31 Ogos 2012, sebanyak 17 Mesyuarat Jawatankuasa

Perumahan telah diadakan di mana semua negeri telah

mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali.

Pada pendapat Audit, Ibu Pejabat JKDM kurang memantau prestasi pengurusan

kuarters jabatan oleh Jawatankuasa Perumahan peringkat negeri.

95

95

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!