02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN KEWANGAN

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDRM)

Perenggan 11 : Pengurusan Kuarters

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

11.5.1.2.d

Kuarters Jabatan Yang Tidak Diduduki

11.5.1.2.e.ii

11.5.1.2.e.iii

Setakat bulan Disember 2011, daripada 2,000 kuarters jabatan yang tidak diduduki

di seluruh negara, semakan audit terhadap 975 kuarters jabatan di 31 lokasi yang

dipilih sebagai sampel mendapati 79 unit kuarters (8.1%) tidak diduduki melebihi 10

tahun; 58 unit kuarters (5.9%) untuk tempoh 6 hingga 10 tahun; 569 unit kuarters

(58.4%) untuk tempoh 1 hingga 5 tahun; dan 103 unit kuarters (10.6%) untuk

tempoh kurang daripada satu tahun. Manakala maklumat tempoh kuarters jabatan

tidak diduduki tidak diperolehi untuk baki 166 unit kuarters.

Berdasarkan maklum balas JKDM, pengisian kuarters adalah bergantung kepada

permohonan dan minat pegawai untuk menduduki kuarters.

Unit 13-6 Blok AKG, Perumahan Kastam Bukit Gelugor, Pulau Pinang digunakan

untuk menempatkan satu tangki air. Penempatan tangki air ini telah mengakibatkan

berlaku keretakan lantai dan masalah tangki air yang bocor di unit tersebut telah

mengakibatkan kebocoran air di siling Unit 12-6, Blok AKG yang seterusnya

menyebabkan Unit 12-6 tidak diduduki.

Berdasarkan maklum balas JKDM, pihak perunding projek telah dipanggil pada

6 April 2012 untuk membincang status pembaikan kecatatan dan telah mencapai

persetujuan untuk melantik pihak ketiga untuk melaksanakan kerja pembaikan.

Anggaran pembaikan sejumlah RM800,000 telah dipohon kepada pihak

Kementerian Kewangan rujukan surat KE.HW(84)655/12-135/Klt.13(13).

Sebanyak 60 unit kuarters di 2 blok (ABID 2 dan ABID 3), Kompleks Perumahan

Kastam Sepanggar, Kota Kinabalu tidak diduduki untuk tempoh satu tahun, iaitu

sejak kedua-dua blok tersebut diisytiharkan tidak selamat diduduki oleh pihak JKR

Malaysia pada bulan Oktober 2010 kerana struktur bangunannya rosak.

92

92

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan peringkat

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Bil. 2/2012 pada

12 Julai 2012 yang telah dihadiri oleh semua Pengarah Kastam

Negeri (PKN) telah antaranya memutuskan supaya semua

pengarah negeri:

a. meningkatkan pengurusan dan pemantauan ke atas

Kuarters Jabatan di negeri masing-masing

b. meneruskan usaha untuk mengisi kekosongan dengan

menawarkan kuarters kepada pegawai-pegawai lantikan

baru seramai 200 orang.

c. meneruskan usaha menawarkan kuarters kepada lain-lain

agensi/Jabatan

Tindakan memperbaiki tangki air dan kerosakan di unit

berkenaan (unit no. 13.6) telah dilaksanakan oleh Pejabat

Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang pada bulan Mac 2012.

Kementerian Kewangan melalui suratnya ruj.

KK/BPB/S(29.00)671/1-10(SJ)JD.3(24) bertarikh 5 Julai 2012

telah meluluskan pelaksanaan Projek Perumahan Kastam

Sepanggar di bawah Pakej Rangsangan Khas melalui Inisiatif

Pembiayaan Swasta II (PFI II).

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!