02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

melaksanakan sepenuhnya pengauditan syarikat yang dirancang. Pencapaian

berbanding sasaran hanya pada kadar 50.1% pada tahun 2008, 77.3% pada

tahun 2010 dan 74.1% pada tahun 2011.

v. Prestasi Cawangan Pasca Import dalam mengesan dan mengeluarkan bil

tuntutan (Bill of Demand - BOD) adalah baik di mana BOD bernilai RM78.45

juta telah dikeluarkan kepada syarikat/pengimport terlibat untuk tempoh tahun

2009 hingga 2011. Pada tahun 2009, nilai BOD hanya berjumlah RM13.28 juta

dan ia telah meningkat kepada RM33.47 juta (152%) pada tahun 2010.

Bagaimanapun, nilai BOD telah berkurangan kepada RM31.70 juta (-5.3%)

pada tahun 2011.

vi. Walaupun prestasi pengeluaran BOD adalah baik, namun prestasi kutipan balik

baki kekurangan duti/cukai adalah kurang memuaskan di mana kutipan balik

untuk tempoh tahun 2009 hingga 2011 hanya berjumlah RM31.08 juta (39.6%)

sahaja. Ini bermakna bagi tempoh tersebut, baki yang belum dikutip balik

adalah berjumlah RM47.37 juta. Sehubungan itu, JKDM sedang berusaha

untuk mengutip balik baki kekurangan duti/cukai tersebut.

vii. Seksyen 100A Akta Kastam 1967 menetapkan pihak pengimport harus

menyimpan dokumen yang berkaitan barangan yang diimport sehingga 6

tahun. Namun Seksyen 17 Akta yang sama menetapkan tuntutan kekurangan

bayaran duti hanya boleh dituntut dalam tempoh 3 tahun dari tarikh duti kastam

kena dibayar. Kekangan masa tersebut telah mengehadkan aktiviti pengauditan

pasca import untuk menuntut kekurangan cukai yang dikesan melebihi tempoh

tersebut.

viii. Pemantauan oleh Ibu Pejabat JKDM terhadap aktiviti Pasca Import di negeri

adalah berdasarkan laporan pengauditan bulanan dan tahunan yang diterima

secara manual. Walaupun modul Pasca Import dalam SMK telah dibangunkan,

namun ia tidak digunakan sebagai medium pelaporan. Ini menyebabkan

maklumat pengauditan terhadap syarikat tidak dapat dikongsi antara negeri.

Berdasarkan maklum balas, pengauditan pasca import adalah berasaskan

penarafan risiko terhadap syarikat. Oleh itu, bukan semua syarikat pengimport perlu

diaudit. Cawangan Pasca Import Negeri Melaka telah diwujudkan pada tahun 2002

tetapi perjawatan Pegawai Audit mula diisi pada tahun 2012. Di Wilayah

Persekutuan Labuan, Cawangan Pasca Import digabungkan dengan Cawangan

Auditan Syarikat di bawah Bahagian Pematuhan. Pengauditan tidak dapat

dilaksanakan sepenuhnya kerana pegawai diarahkan untuk melaksanakan

pengauditan di bawah operasi khas oleh Ibu Pejabat dan kompleksiti sesuatu kes

menyebabkan Pegawai Audit memerlukan lebih banyak masa untuk menyelesaikan

pengauditan. Bagi mengutip BOD tindakan berterusan sedang diambil seperti

tindakan mahkamah, gesaan, senarai hitam dan bayaran secara ansuran. JKDM

akan mengemukakan pandangan Audit kepada pihak Perbendaharaan bagi

tuntutan melebihi tempoh 3 tahun bagi tujuan keputusan dasar.

90

90

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!