02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

pengimbas baru. Penyenggaraan mesin pengimbas dibuat secara berjadual bagi

mengelakkan kerosakan.

Pada pendapat Audit, JKDM perlu memastikan semua mesin pengimbas boleh

berfungsi dengan sempurna dan mempertimbangkan perolehan mesin pengimbas

untuk stesen Kastam yang dikenal pasti sebagai stesen Kastam yang mempunyai

pengimportan barangan kritikal.

10.5.2.3.a

Verifikasi Borang K1

Semakan Audit terhadap proses verifikasi oleh pegawai Kastam mendapati perkara

seperti berikut:

i. Aktiviti verifikasi Borang K1 ada dilaksanakan di semua negeri kecuali Pulau

Pinang, Terengganu dan KLIA.

ii.

Berdasarkan laporan tahunan dari Cawangan Verifikasi Dan Profiling Ibu

Pejabat, sebanyak 8,096 kuiri telah dikeluarkan hasil daripada semakan

5.36 juta borang pengikraran dan seterusnya berjaya mengesan kekurangan

duti/cukai berjumlah RM51.09 juta untuk tempoh tahun 2009 hingga 2011.

Bagaimanapun, hanya RM11.54 juta (22.6%) berjaya dipungut dan JKDM

masih berusaha untuk mengutip balik baki kekurangan duti/cukai berjumlah

RM39.55 juta.

Mulai tahun 2000, JKDM telah melaksanakan Perjanjian Penilaian di bawah WTO di

mana penilaian ke atas dagangan import adalah berdasarkan prinsip transaction

value yang dilaksanakan oleh Pasca Import. Mulai tahun 2002 aktiviti verifikasi

borang kastam telah dimansuhkan. JKDM Negeri telah menubuhkan Unit Verifikasi

dan Profiling untuk menjalankan tugas di bawah Custom Verification Initiative.

Penubuhan Unit Verifikasi di Pulau Pinang, Terengganu dan KLIA akan

dilaksanakan berdasarkan kepada peruntukan waran perjawatan.

JKDM sentiasa mengambil tindakan bagi membendung ketirisan

hasil dengan menubuhkan Unit Customs Verification Initiative

(CVI) di mana Unit ini akan bertindak berdasarkan penilaian

risiko kepada pengikraran borang kastam dalam Sistem

Maklumat Kastam (SMK) dengan membuat selectivity sebelum

diproses dan diluluskan oleh pegawai penaksir. Pegawai

penaksir di stesen perlu bertindak mengikut tagging yang telah

dibuat oleh CVI.

Cawangan Pasca Import telah ditubuhkan bagi menjalankan

auditan ke atas pengimport-pengimport. Bagi negeri yang dikuiri

iaitu Pulau Pinang verifikasi borang kastam adalah dikendalikan

oleh CVI negeri. Bagi KLIA, verifikasi borang kastam dibuat oleh

Bahagian Perkhidmatan Teknik. Verifikasi borang di Terengganu

dibuat oleh Bahagian Kastam sendiri kerana bilangan borang

sedikit dan tidak berisiko.

Pada pendapat Audit, Cawangan Verifikasi Dan Profiling memainkan peranan

penting untuk memastikan kutipan hasil dipungut dengan tepat dan betul. Oleh itu,

aktiviti verifikasi seharusnya dilaksanakan di semua stesen Kastam dengan

mewujudkan struktur organisasi yang jelas bagi menunjukkan fungsi dan

tanggungjawabnya. Cawangan Verifikasi Dan Profiling perlu meningkatkan prestasi

kutipan balik kekurangan duti/cukai yang dikesan.

10.5.2.3.b

Proses Pengimbangan Manifes Import

Semakan Audit terhadap proses pengimbangan manifes import mendapati perkara

seperti berikut:

i. Stesen Kastam Pelabuhan Kemaman dan Pangkalan Bekalan Kemaman

Terengganu serta Pelabuhan Kuantan, Pahang tidak melaksanakan tugas

88

88

Stesen LTA Subang telah mengambil tindakan dengan

menempatkan 3 orang Pegawai kastam untuk membuat

imbangan manifes (sebelum -1 orang). Pemantauan dibuat oleh

Penolong Pengarah Kastam supaya imbangan manifes dibuat

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!