02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

10.5.2.2 Kawalan Sebelum Pelepasan Barang Import Daripada Kawalan Kastam

Semakan Audit terhadap laporan prestasi mesin pengimbas mendapati perkara

seperti berikut:

i. Sebanyak 3 daripada 19 mesin pengimbas telah dilupuskan kerana

usang/rosak. Daripada 16 mesin yang digunakan hanya 6 daripadanya berimej

jelas.

ii.

Penggunaan mesin pengimbas berimej yang jelas dapat mengesan barangan

yang tidak diikrarkan/salah ikrar dalam Borang K1. Sebagai contoh, imbasan

yang jelas di Pelabuhan Barat, Selangor menunjukkan barangan disyaki tidak

diikrarkan dalam Borang K.

i. Berdasarkan laporan daripada Unit Mesin Pengimbas, jumlah hasil yang dapat

dikutip melalui Unit Mesin Pengimbas di seluruh negara ialah RM13.06 juta

pada tahun 2010 dan RM5.33 juta pada tahun 2011. Bagaimanapun, analisis

Audit mendapati prestasi Unit Mesin Pengimbas adalah tidak memuaskan

untuk 4 stesen di mana tiada kes berjaya dikesan untuk mengutip hasil

tambahan. Untuk tahun 2010 dan 2011, tiada hasil dikutip oleh 3 stesen iaitu

Stesen Bukit Kayu Hitam, Kedah; Pelabuhan Bagan Dalam, Pulau Pinang; dan

Pelabuhan Kuantan, Pahang. Manakala Unit Mesin Pengimbas Padang Besar,

Perlis yang telah mula menggunakan mesin pengimbas daripada Bahagian

Penguatkuasaan, Pelabuhan Barat, Selangor pada tahun 2011 juga tidak dapat

mengesan hasil tambahan pada tahun 2011.

vii. Penempatan mesin pengimbas juga tidak mengambil kira faktor kutipan hasil

sesebuah stesen. Di Pulau Pinang, mesin pengimbas yang berimej jelas telah

diletakkan di Pelabuhan Bagan Dalam, manakala Pelabuhan Kontena

Butterworth Utara masih menggunakan mesin pengimbas lama yang tidak

dapat menghasilkan imej yang jelas serta kerap rosak. Jika dibandingkan, lebih

banyak barangan berduti diimport melalui Pelabuhan Kontena Butterworth

Utara daripada Pelabuhan Bagan Dalam. Bagi tempoh tahun 2009 hingga

2011, sejumlah RM407.80 juta telah dikutip di Pelabuhan Kontena Butterworth

Utara berbanding RM57.34 juta sahaja melalui Pelabuhan Bagan Dalam.

Berdasarkan maklum balas, mesin pengimbas yang imejnya kurang jelas adalah

kerana faktor teknologi, usia dan jangka hayat yang mana melibatkan anggaran kos

RM0.5 juta bagi mengganti sumber kuasa dan kos pelupusan ialah RM1.2 juta.

Mesin pengimbas di 3 stesen iaitu Bukit Kayu Hitam, Kedah; Pelabuhan Kuantan;

dan Padang Besar, Perlis adalah merupakan jenis portable yang mana fungsinya

bagi tujuan penguatkuasaan. Di Pelabuhan Bagan Dalam, Pulau Pinang

sebahagian besar adalah melibatkan pergerakan kontena bagi tujuan transshipment

dan kontena kosong. Lokasi kurang strategik adalah kerana masalah ruang di pintu

keluar pelabuhan. Kos untuk memindahkan mesin di antara NBCT dan BWTC

dianggarkan berjumlah RM2.0 juta. Cadangan pemindahan ini tidak diambil

memandangkan mesin di NBCT akan dilupuskan dan diganti dengan mesin

JKDM memang menyedari bahawa terdapat antara mesinmesin

pengimbas di Jabatan yang telah lama dari segi usia

mesin. JKDM memiliki lima belas (15) unit mesin pengimbas

kargo/kontena yang sedang beroperasi. Daripada lima belas (15)

unit mesin pengimbas kargo yang digunakan oleh Jabatan

Kastam, hanya satu (1) unit yang berusia dua (2) tahun. Mesinmesin

lain adalah berusia antara tujuh (7) hingga sebelas (11)

tahun.

Bagaimanapun, perolehan mesin pengimbas baru adalah

bergantung kepada peruntukan diluluskan oleh Kementerian

Kewangan. Jabatan telah memohon peruntukan untuk tujuan

perolehan mesin pengimbas yang baru. Sebagai contoh, untuk

tahun 2012 ini, Jabatan akan menyiapkan pemasangan 4 unit

mesin pengimbas kargo di BSI Johor Bahru dan 4 unit mesin

pengimbas bagasi serta 2 unit mesin pengimbas badan di Jeti

Harbour City Pelabuhan Kelang, berdasarkan kelulusan

peruntukan oleh Kementerian Kewangan.

JKDM telah menyiapkan kajian keperluan mesin pengimbas baru

sama ada untuk tujuan penggantian mesin pengimbas kargo

yang telah usang atau penambahan bilangan mesin pengimbas

di lokasi baru, untuk dilaksanakan dalam tempoh 2012 hingga

2015. Kertas kajian telah dikemukakan kepada Kementerian

Kewangan pada 1 Ogos 2012 untuk tujuan permohonan

peruntukan.

Cadangan penggantian mesin pengimbas di lokasi-lokasi yang

diaudit seperti di NBCT, Bukit Kayu Hitam, Padang Besar dan

Kuantan adalah termasuk dalam kertas kajian tersebut.

87 87

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!