23.05.2015 Views

garis panduan mengenai pengemukaan maklumat produk ... - PIDM

garis panduan mengenai pengemukaan maklumat produk ... - PIDM

garis panduan mengenai pengemukaan maklumat produk ... - PIDM

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

GARIS PANDUAN MENGENAI

PENGEMUKAAN MAKLUMAT PRODUK

DEPOSIT

TARIKH DIKELUARKAN: 18 Ogos 2010

1 | M uka Surat

ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN 1: PENGENALAN 1

1.1 LATAR BELAKANG 1

1.2 PERTANYAAN 2

BAHAGIAN 2: KRITERIA KEBOLEHINSURANSAN 2

2.1 KRITERIA KEBOLEHINSURANSAN 2

2.2 DEPOSIT YANG DIKECUALIKAN 3

BAHAGIAN 3: PENGESAHAN PRODUK DEPOSIT 4

BAHAGIAN 4: BORANG DPR 4

4.1 PENGEMUKAAN BORANG DPR 4

4.2 INSTRUMEN BOLEH NIAGA DEPOSIT 5

4.3 PERJANJIAN BELI BALIK DAN PERJANJIAN JUAL DAN BELI BALIK (“REPOS”) 5

4.4 PELABURAN BERKAITAN DERIVATIF 6

4.5 PRODUK DEPOSIT JENIS GABUNGAN 6

4.6 PANDUAN MELENGKAPKAN BORANG DPR 7

4.7 PENGEMUKAAN BORANG DPR YANG LENGKAP 7

4.8 STATUS KEBOLEHINSURANSAN PRODUK DEPOSIT 8

4.9 PENGEMUKAAN SELEPAS 30 SEPTEMBER 2010 8

4.10 PENGEMUKAAN PENGISYTIHARAN 8

4.11 PELAKSANAAN SISTEM PENDAFTARAN PRODUK DAN PENGELUARAN KOD PRODUK DEPOSIT 8

LAMPIRAN A 1

2 | M uka Surat

BAHAGIAN 1: PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG

1.1.1 Sebagaimana yang ahli institusi PIDM sedia maklum, Jaminan Deposit Kerajaan dijadualkan

tamat tempoh pada 31 Disember 2010. Selepas itu, skop perlindungan produk deposit yang

diinsuranskan akan berpandukan kepada peruntukan Akta Perbadanan Insurans Deposit

Malaysia 2005 (“Akta”).

1.1.2 Deposit dan instrumen tertentu yang kini dijamin di bawah Jaminan Deposit Kerajaan juga

boleh atau tidak boleh diinsuranskan oleh PIDM pada atau selepas 1 Januari 2011, menurut

kaedah deposit atau instrumen tersebut dinilai di bawah kriteria kebolehinsuransan PIDM.

1.1.3 Sebagai persediaan bagi berakhirnya Jaminan Deposit Kerajaan dan bagi membolehkan

institusi anggota (“ahli”) mematuhi peruntukan dalam draf Peraturan‐Peraturan Perbadanan

Insurans Deposit Malaysia (Keperluan Maklumat Mengenai Insurans Deposit) 2010 1

(“Peraturan Maklumat”), PIDM akan memulakan proses untuk mengesahkan semua produk

deposit ahli‐ahli, untuk menentukan sama ada produk tersebut boleh diinsuranskan atau

tidak. Ahli‐ahli akan dimaklumkan secara berasingan apabila Peruntukan Maklumat sedia

untuk dilaksanakan.

1.1.4 Garis Panduan Mengenai Pengemukaan Maklumat Produk Deposit (“Garis Panduan”)

tersebut diguna pakai bagi kedua‐dua ahli institusi anggota Islam dan konvensional.

1.1.5 Rangkuman proses yang dipertimbangkan di bawah Garis Panduan tersebut dinyatakan

dalam gambarajah di bawah:

1 Dijadualkan berkuat kuasa pada 1 Januari 2011

1 | M uka Surat

Produk Deposit

Ahli

Produk deposit yang telah

disahkan oleh PIDM

(lihat

perenggan 3.1 Garis

Panduan ini

Produk deposit yang belum lagi

disahkan oleh

PIDM, iaitu: (a) produk

deposit yang kini ditawarkan oleh ahli‐

ahli; dan (b) produk deposit

yang akan

dilancarkan oleh ahli‐ahli.

Tiada tindakan

diperlukan di

bawah Garis

Panduan ini

Ahli‐ahli akan

mengemukakan

Borang e‐DPR

pada 2011 dan

Kod Produk

Deposit akan

dikeluarkan

kepada ahli

sebelum

pertengahan

2011

Ahli‐ahli

mengemukakan

Borang DPR dan

dokumen

maklumat

produk di

bawah Garis

Panduan ini

tidak lewat dari

30 September

2010

PIDM akan memaklumkan

ahli‐ahli mengenai status

kebolehinsuransan

produk‐produk ini

sebelum 31 Oktober 2010

PIDM akan mengeluarkan

Kod Produk Deposit

kepada ahli‐ahli sebelum

pertengahan 2011

1.2

PERTANYAAN

Pertanyaan mengenai Garis Panduann tersebut boleh diajukan kepada legal@pidm.gov.my

BAHAGIAN 2: KRITERIA KEBOLEHINSURANSAN

2.1

2.1.1

2.1.2

KRITERIA KEBOLEHINSURANSAN

Suatu produk deposit boleh diinsuranskan oleh PIDM sekiranya ia memenuhi

kriteria

kebolehinsuransan. Kriteria kebolehinsuransann tersebut dinyatakan dalam Garis Panduan

Kebolehinsuransan Deposit 2 (“Garis

Panduan Kebolehinsur

ransan”), yang akan dikeluarkan

pada Oktober 2010.

Kriteria kebolehinsuransan tersebut adalah seperti yang berikut:

(a)

wang yang diterima oleh ahli merupakan deposit Islam atau deposit konvensional,

yang

mana berkenaan, sebagaimana yang ditakrifkan di bawah subseksyen 2(1)

Akta;

2 Bagi “Kertas Rundingan Mengenai Cadangan Garis Panduan Mengenai

Kriteria bagi Menentukan Deposit

yang Diinsuranskan” (yang dikeluarkan pada Jun 2007) dan “Respons Terhadap Kertas

Rundingan Mengenai

Cadangan Garis Panduan Mengenai Kriteria bagi Menentukan Deposit yang Diinsuranskan”, sila layari laman

web PIDM

di www.pidm.gov.my

2 | Muk

a Surat

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

(g)

(h)

wang yang diterima oleh ahli dalam urus niaga biasa aktiviti penerimaan depositnya.

Kriteria ini tidak termasuk, sebagai contoh, wang yang diterima daripada Bank

Negara Malaysia dan wang yang diterima oleh ahli secara khusus bagi tujuan

pembayaran transaksi (cth. pembayaran melalui GIRO atau cek kembara yang

dikeluarkan);

pembayaran balik amaun prinsipal dibuat dalam bentuk wang dan bukan dalam nilai

wang;

liabiliti ahli yang berkaitan dengan wang yang diterimanya merupakan liabiliti

deposit atau dianggap sebagai “deposit yang diterima” dalam rekod ahli tersebut.

Wang yang diberikan kepada ahli sebagai sekuriti bagi kemudahan kredit

konvensional atau kemudahan pembiayaan Islam adalah termasuk dalam kriteria ini

sekiranya wang tersebut dianggap sebagai “deposit yang diterima” bagi tujuan

pelaporan FISS kepada Bank Negara Malaysia;

individu yang layak kepada pembayaran balik oleh ahli yang dikenal pasti melalui

kontrak yang dibuat antara ahli dan pendeposit;

hanya bagi suatu produk Islam, wang yang didepositkan akan digunakan oleh ahli

bagi satu atau lebih tujuan perniagaan perbankan seperti yang ditentukan oleh Bank

Negara Malaysia dalam Rangka Kerja Kadar Pulangan, iaitu, peruntukan kewangan,

pelaburan dalam sekuriti, peletakan dana antara bank, atau perniagaan lain yang

ditentukan oleh Bank Negara Malaysia yang mematuhi Syariah;

hanya bagi suatu produk konvensional, ahli bertanggungjawab untuk membayar

balik amaun prinsipal dengan penuh. Obligasi ini mungkin dinyatakan dalam kontrak

antara ahli dan pendeposit, atau melalui prinsip undang‐undang yang ditubuhkan,

sebagai contoh, dalam kes akaun simpanan atau semasa; dan

suatu pelaburan yang berkaitan dengan derivatif atau produk berstruktur 3 mungkin

layak bagi insurans deposit dengan syarat ia memenuhi kriteria di atas. Walaupun

potongan boleh dibuat daripada amaun prinsipal ketika pengeluaran awal,

penebusan atau penamatan suatu pelaburan oleh pelabur atau ahli, sebelum tarikh

matang pelaburan tersebut, tidak bermaksud, dengan sendirinya kriteria tersebut

tidak boleh dipenuhi.

2.2 DEPOSIT YANG DIKECUALIKAN

2.2.1 Akta juga menyatakan bahawa produk deposit tertentu adalah dikecualikan daripada

insurans deposit.

3 Termasuk mana‐mana produk pelaburan yang ditakrifkan sebagai “sekuriti” di bawah Akta Suruhanjaya

Sekuriti 1993 dan yang memperoleh nilainya dengan merujuk kepada harga atau nilai rujukan pendasar (cth.

mana‐mana sekuriti, mata wang, komoditi, indeks atau aset atau rujukan lain, atau gabungan aset atau

rujukan tersebut).

3 | M uka Surat

BAHAGIAN 3: PENGESAHAN PRODUK DEPOSIT

3.1 PRODUK DEPOSIT YANG TELAH DISAHKAN OLEH PIDM SEBAGAI BOLEH DIINSURANSKAN

3.1.1 Sebelum pelaksanaan Jaminan Deposit Kerajaan, terdapat ahli yang telah membuat

pengemukaan dan PIDM telah mengesahkan produk deposit mereka yang tertentu sebagai

boleh diinsuranskan (“Produk Deposit Sedia Ada Yang Boleh Diinsuranskan”).

3.1.2 Ahli tidak perlu melakukan apa‐apa di bawah Garis Panduan ini berkenaan dengan Produk

Deposit Sedia Ada Yang Boleh Diinsuranskan.

3.2 PRODUK DEPOSIT LAIN

3.2.1 Kami sedang memulakan proses mengesahkan produk deposit ahli‐ahli untuk mengesahkan

status kebolehinsuransan mereka. Produk deposit yang akan disahkan oleh PIDM adalah: (a)

ketika ini ditawarkan oleh ahli; dan (b) akan dilancarkan oleh ahli.

3.2.2 Tarikh tutup pengemukaan maklumat mengenai produk deposit yang dirujuk dalam

Bahagian 3.2.1 adalah pada 30 September 2010. PIDM akan memaklumkan ahli‐ahli

mengenai status kebolehinsuransan produk tersebut sebelum 31 Oktober 2010. Walaupun

demikian, ahli‐ahli adalah dikehendaki mengemukakan kepada PIDM, maklumat

mengenai produk deposit baharu yang akan dilancarkan selepas 30 September 2010.

3.2.4 Dilampirkan bersama‐sama Garis Panduan ialah sekeping cakera padat (CD) yang

mengandungi sesalinan (softcopy) borang pendaftaran produk deposit (“Borang DPR”) dalam

dokumen MS Word, masing‐masing bagi produk deposit Islam dan produk deposit

konvensional. Kandungan borang DPR Islam dan konvensional disediakan dalam Lampiran A

Garis Panduan ini.

BAHAGIAN 4: BORANG DPR

4.1 PENGEMUKAAN BORANG DPR

4.1.1 Borang DPR Islam dan konvensional mengandungi soalan‐soalan untuk dilengkapkan dan

diisi oleh ahli‐ahli. Ahli‐ahli dikehendaki menggunakan Borang DPR Islam bagi deposit Islam

dan Borang DPR konvensional bagi deposit konvensional. Tertakluk kepada peruntukan

tertentu bagi instrumen boleh niaga deposit, perjanjian beli balik, pelaburan berkaitan

derivatif dan jenis gabungan produk deposit di bawah, ahli‐ahli dikehendaki melengkapkan

satu Borang DPR bagi setiap produk deposit yang ditawarkan.

4 | M uka Surat

4.2 INSTRUMEN BOLEH NIAGA DEPOSIT

4.2.1 Instrumen boleh niaga deposit konvensional (“NIDs”) dan instrumen boleh niaga Islam

(“INI”) adalah tidak diinsuranskan oleh PIDM.

4.2.2 Bagi NID konvensional, Borang DPR hendaklah dikemukakan mengikut jenis NID. Ahli‐ahli

dikehendaki mengemukakan satu Borang DPR, secara kolektif dan hanya sekali sahaja, bagi

setiap jenis NID, iaitu tetap, kupon sifar atau kadar terapung atau gabungan mana‐mana tiga

jenis NID tersebut. Ahli‐ahli juga dikekehendaki mengemukakan satu (1) set maklumat

produk deposit yang utama atau umum 4 yang diguna pakai bagi jenis NID tersebut.

Contoh: Satu ahli telah mengeluarkan sebilangan NID kupon sifar. Satu Borang DPR

hendaklah dikemukakan bagi NID kupon sifar yang dikeluarkan secara kolektif dan hanya

sekali. Maklumat produk deposit utama atau umum hendaklah dikemukakan. Ahli tidak

dikehendaki mengemukakan Borang DPR yang baharu bagi pelancaran atau penerbitan

baharu NID kupon sifar.

4.2.3 Bagi INI, Borang DPR hendaklah dikemukakan menurut kontrak Syariah atau kontrak yang

diguna pakai bagi INI tersebut. Ahli‐ahli dikehendaki mengemukakan satu Borang DPR,

secara kolektif dan hanya sekali, bagi setiap kumpulan INI yang mengguna pakai kontrak

yang sama atau kontrak Syariah yang sama. Ahli‐ahli dikehendaki mengemukakan satu (1)

set maklumat produk deposit utama atau umum yang diguna pakai bagi jenis INI tersebut.

Contoh: Satu ahli telah mengeluarkan sebilangan INI menurut kontrak Syariah Mudharabah.

Satu Borang DPR hendaklah dikemukakan bagi jenis INI ini secara kolektif dan hanya sekali.

Maklumat produk deposit utama atau umum hendaklah dikemukakan. Ahli tidak

dikehendaki mengemukakan Borang DPR yang baharu bagi pelancaran atau penerbitan

baharu INI yang berdasarkan kontrak Syariah Mudharabah.

4.3 PERJANJIAN BELI BALIK DAN PERJANJIAN JUAL DAN BELI BALIK (“REPO”)

4.3.1 Perjanjian belik balik konvensional (“repo konvensional”) dan Perjanjian Jual dan Beli Balik

(“repo Islam”) adalah tidak diinsuranskan oleh PIDM.

4.3.2 Bagi repo konvensional, ahli‐ahli dikehendaki mengemukakan satu Borang DPR, secara

kolektif dan hanya sekali, bagi semua jenis repo konvensional. Ahli‐ahli juga dikehendaki

mengemukakan satu (1) set maklumat utama atau umum mengenai produk deposit bagi

repo konvensional tersebut.

4.3.3 Bagi repo Islam, ahli‐ahli juga dikehendaki mengemukakan satu Borang DPR, secara kolektif

dan hanya sekali, bagi semua jenis repo Islam. Ahli‐ahli juga dikehendaki mengemukakan

satu (1) set maklumat utama atau umum produk deposit yang diguna pakai bagi repo Islam

tersebut.

4 Brosur produk, Lembaran Terma, Terma dan Syarat Kontrak, Borang Permohonan Deposit, Sampel Resit

Peletakan Deposit dan/atau deskripsi produk.

5 | M uka Surat

4.4 PELABURAN BERKAITAN DERIVATIF

4.4.1 Secara umumnya, pelaburan konvensional yang berkaitan dengan derivatif atau produk

berstruktur (“ILD”) adalah boleh diinsuranskan sekiranya prinsipal produk ini adalah 100%

dijamin jika dipegang sehingga matang dengan syarat mereka memenuhi kriteria

kebolehinsuransan yang lain.

4.4.2 Bagi ILD konvensional yang prinsipalnya tidak dijamin, Borang DPR hendaklah dikemukakan

mengikut rujukan pendasar atau gabungan rujukan pendasar. Oleh itu, ahli‐ahli dikehendaki

mengemukakan satu Borang DPR, secara kolektif dan hanya sekali bagi setiap kumpulan ILD

yang memperoleh nilai mereka melalui rujukan kepada jenis rujukan pendasar yang sama

atau gabungan rujukan pendasar yang sama. Ahli‐ahli tidak dikehendaki mengemukakan

Borang DPR yang baharu bagi pelancaran kumpulan ILD tersebut pada masa hadapan. Ahliahli

dikehendaki mengemukakan satu (1) set maklumat utama atau umum produk deposit

yang diguna pakai bagi jenis ILD tersebut.

Contoh: Sekiranya satu ahli telah mengeluarkan sebilangan ILD konvensional yang

prinsipalnya tidak dijamin yang memperoleh nilai mereka melalui rujukan kepada harga

komoditi, maka, satu Borang DPR hendaklah dikemukakan bagi kumpulan ILD ini. Ahli

tersebut tidak perlu mengemukakan Borang DPR yang baharu bagi pelancaran ILD pada

masa hadapan yang memperoleh nilai melalui rujukan kepada harga komoditi. Sekiranya

rujukan pendasar ILD konvensional yang prinsipalnya tidak dijamin tersebut ialah satu

gabungan komoditi dan rujukan lain, ahli tersebut mesti mengemukakan Borang DPR yang

berasingan bagi kumpulan ILD sedemikian.

4.4.3 Secara umumnya, ILD konvensional yang prinsipalnya 100% dijamin boleh diinsuranskan,

dengan syarat ILD ini memenuhi kriteria kebolehinsuransan. Oleh itu, PIDM akan menilai ILD

ini terhadap kriteria kebolehinsuransan bagi menentukan status kebolehinsuransan masingmasing.

Ahli‐ahli dikehendaki mengemukakan satu Borang DPR bagi setiap ILD konvensional

yang prinsipalnya dijamin. Ahli‐ahli dikehendaki mengemukakan maklumat produk deposit

bagi ILD tersebut.

4.4.4 Ahli‐ahli dikehendaki mengemukakan satu Borang DPR bagi setiap ILD Islam. Ahli‐ahli

dikehendaki mengemukakan maklumat produk deposit bagi ILD tersebut.

4.5 PRODUK DEPOSIT JENIS GABUNGAN

4.5.1 Ini merujuk kepada produk deposit hasil gabungan dua atau lebih produk deposit (“ produk

deposit komponen”) tetapi “dipakejkan” bersama dan dipasarkan di bawah satu jenama

atau nama. Dalam situasi sedemikian, ahli hendaklah mengemukakan satu Borang DPR bagi

setiap produk deposit komponen.

Contoh 1: Satu ahli menawarkan satu akaun simpanan mata wang asing dan satu akaun

deposit tetap mata wang asing. Akaun‐akaun tersebut dipasarkan di bawah satu jenama.

Ahli tersebut dikehendaki mengemukakan satu Borang DPR setiap satu bagi akaun simpanan

6 | M uka Surat

mata wang

asing dan akaun deposit tetap mata wang

asing, bersama‐sama

dengan

maklumat produk deposit berkaitan bagi kedua‐dukemudahan buku cek bagi akaun simpanannya. Satu

akaun.

Contoh 2: Satu ahli menawarkan

Borang DPR

hendaklah dikemukakan

bagi akaun

simpanan tersebut. Ini adalah bukan akaun

jenis gabungan.

4.6

PANDUAN MELENGKAPKAN

BORANG DPR

4.6.1

Lampiran A mengandungi arahan

Borang DPR.

dan panduan bagi membantu ahli‐ahli melengkapkan

4.7

4.7.1.

PENGEMUKAAN BORANG DPR YANG DILENGKAPKAN

Ahli‐ahli dikehendaki mengemukakan sesalinann (softcopy) Borang DPR

yang dilengkapkan

(dalam MS Word) bersama‐sama dengan salinan maklumat produk deposit menurut cara

yang berikut:

(a)

(b)

(c)

(d)

ahli‐ahlmemasukkan, di dalam fail tersebut, salinan Borang DPR yang

telah dilengkapkan

dan maklumat produk deposit. Fail berasingan hendaklah diwujudkan bagi produk

hendaklah mewujudkan satu fail bagi setiap produk deposit dan

deposit yang berasingan. Sila gunakan kebiasaan ini dalam penamaan fail: nama

ahli‐namialah nama ahli, Super ialah nama produk dan jenis deposit ialah deposit tetap (fd)].

produk deposit‐jenis deposit, sebagai contoh, abc‐super‐fd [di mana ABC

Gunakan perkataan yang pendek, jika boleh;

Borang DPR dan maklumat produk deposit hendaklah disimpan menurut jenis

dokumen mereka, iaitu, dpr bagi Borang DPR; bre bagi Brosur Produk;

ts bagi

Lembaran Terma; appn bagi Borang Permohonan; rect bagi Sampel Resit Peletakan

Deposit;

illus bagi Deskripsi Produk atau Ilustrasi; dan formula bagi Formula

Pengiraan Faedah;

Borang DPR hendaklah disimpan dalam bentuk dokumen MS Word. Maklumat

produk deposit dan lampiran lain hendaklah disimpan dalam mana‐mana format fail

berikut: (a) xls; (b) xlsx; (c) doc; (d) docx;

(e) ppt; (e) pptx; (f) pdf

(searchable); (g) txt;

atau

(h) rtf. Sekiranya format fail tersebut tiada, sila

simpan dokumen dalam

bentuk

mana‐mana yang berikut: (a) jpeg; (b) jpg; (c) bmp; (d) tiff; (e) gif; (f) png; atau (g)

pdf (not searchable); dan

fail bagi semua produk deposit yang dikemukakan

hendaklah disimpan dalam satu

cakera padat (CD) dan dihantar kepada PIDM sebelum 30 September 2010. Lihat

ilustrasi di bawah:

abc‐super‐fd [Namaa fail produk deposit]

.......... dpr.doc [Nama fail bagi Borang DPR]

.......... bre.txt [Namaa fail bagi Brosur]

.......... ts.doc [Namaa fail bagi Lembaran Terma]

.......... appn.pdf [Nama fail bagi Borang Permohonan]

.......... rect.ppt [Nama fail bagi Sampel Resit Peletakan Deposit]

.......... illus.txt [Nama fail bagi Deskripsi Produk atau Ilustrasi]

........... formula.txt [Nama fail bagi Formula Pengiraan Faedah]

7 | Muk

a Surat

4.8 STATUS KEBOLEHINSURANSAN PRODUK DEPOSIT

4.8.1 PIDM akan memaklumkan ahli‐ahli, tidak lewat dari 31 Oktober 2010, mengenai status

kebolehinsuransan produk deposit yang dikemukakan.

4.9 PENGEMUKAAN SELEPAS 30 SEPTEMBER 2010

4.9.1 Walaupun terdapat tarikh akhir yang dirujuk dalam Bahagian 3.2.1, ahli‐ahli adalah

dikehendaki mengemukakan kepada PIDM, maklumat produk deposit mengenai produk

deposit yang baharu yang akan dilancarkan, selepas 30 September 2010 bagi membolehkan

PIDM menilai status kebolehinsuransannya.

4.9.2 Maklumat produk deposit yang dirujuk dalam Bahagian 4.9.1 dan Borang DPR yang telah

dilengkapkan hendaklah dihantar kepada PIDM selewat‐lewatnya 14 hari bekerja sebelum

tarikh pelancaran dijangkakan. Ahli‐ahli boleh mengemukakan kepada PIDM versi draf

maklumat produk deposit dahulu sebelum versi terakhir. Walau bagaimanapun, tiada apaapa

pindaan boleh dibuat kepada draf maklumat produk deposit tersebut selepas

pengemukaannya, yang akan memberi kesan atau mengubah mana‐mana jawapan yang

diberikan bagi soalan‐soalan yang ditandakan dengan asterisk (*) di dalam Borang DPR di

Lampiran A, yang mana perubahan tersebut boleh memberi kesan kepada kod produk

deposit atau status kebolehinsuransan produk deposit. Sekiranya versi draf maklumat

produk deposit diberikan kepada PIDM, ahli adalah dikehendaki mengemukakan dokumen

akhir dengan segera selepas pelancaran produk deposit tersebut. Ahli‐ahli juga dikehendaki

memaklumkan kepada PIDM sekiranya produk deposit tidak dilancarkan.

4.10 PENGEMUKAAN PENGISYTIHARAN

4.10.1 Setelah memaklumkan ahli‐ahli mengenai status kebolehinsuransan produk deposit atau

sejurus selepas itu, PIDM akan meminta ahli‐ahli untuk menandatangani pengisytiharan

berkaitan. Individu yang menandatangani Pengisytiharan tersebut mestilah seorang pegawai

kanan dalam Pengurusan atau seseorang yang diberi tanggungjawab ke atas sesebuah

jabatan dalam organisasi ahli, dan boleh berurusan dengan PIDM dalam perbincangan dan

memberikan penjelasan mengenai produk deposit.

4.11 PELAKSANAAN SISTEM PENDAFTARAN PRODUK DAN PENGELUARAN KOD PRODUK DEPOSIT

4.11.1 Apabila Sistem Pendaftaran Produk dilaksanakan oleh PIDM pada 2011, PIDM akan

menghendaki ahli‐ahli supaya mengemukakan borang DPR elektronik (“Borang e‐DPR) bagi

Produk Deposit Boleh Diinsuranskan Yang Sedia Ada dan semua produk deposit baharu yang

akan dilancarkan oleh ahli‐ahli pada ketika itu. Kandungan Borang e‐DPR adalah sama

dengan Borang DPR. Ahli‐ahli akan dimaklumkan mengenainya.

4.1.12 Kod produk deposit bagi semua produk deposit akan dikeluarkan kepada ahli‐ahli pada

pertengahan 2011.

8 | M uka Surat

LAMPIRAN A

(Arahan dan Panduan Mengisi Borang DPR)

A. MAKLUMAT INSTITUSI ANGGOTA

SOALAN

BUTIRAN LANJUT

1. ∗ Nama dan Kod FISS Isikan nama Bank dan Kod FISS.

2. Nama Untuk Dihubungi Isikan nama pegawai yang melengkapkan borang ini (“Pegawai”).

3. Jawatan Isikan jawatan Pegawai tersebut.

4. Jabatan Isikan jabatan Pegawai tersebut bertugas.

5. Nama Jalan 1 Soalan 5 – 9: Isikan alamat Pegawai tersebut bertugas.

6. Nama Jalan 2

7. Bandar

8. Poskod

9. Negeri

10. No. Telefon Isikan nombor telefon Pegawai dan nombor talian am.

11. No. Faks Isikan nombor faks Pegawai.

12. Alamat Emel Isikan alamat e‐mel Pegawai. Kami tidak akan menerima e‐mel postmaster

atau alamat e‐mel kegunaan umum, cth. enquiry@bank.com.

13. Rujukan Institusi Anggota Ini merupakan nombor rujukan yang boleh dimasukkan oleh Bank yang

mana PIDM boleh menggunakan rujukan ini sekiranya terdapat keperluan

untuk berurusan dengan perkara ini.

14. Jenis Perniagaan Institusi

Anggota

Perbankan Konvensional

Perbankan Islam

Kedua‐duanya

Ini merujuk kepada jenis urusan perbankan yang dikendalikan oleh Bank.

Sekiranya Bank mengendalikan kedua‐dua perbankan konvensional dan

Islam (window), Bank hendaklah memilih “Kedua‐duanya”.

B. MAKLUMAT PRODUK DEPOSIT

SOALAN

BUTIRAN LANJUT

15. Nama Produk Isikan nama Produk.

16. Tarikh Dilancarkan • Sekiranya Produk telah pun dilancarkan, dan tarikh tidak diketahui,

nyatakan”Telah Dilancarkan; Tiada Tarikh Pelancaran”.

• Sekiranya Produk akan dilancarkan dan tarikh pelancaran tidak

diketahui, berikan jawapan dalam terma umum, cth, suku tahun

pertama 2011.

• Jika satu Borang DPR dikemukakan bagi produk deposit yang telah

dilancarkan secara kolektif (cth: NID dan Repo), nyatakan

“Pengemukaan Kolektif – Pelbagai Tarikh Pelancaran”.

∗ Lihat perenggan 4.9.2 Garis Panduan. Sekiranya versi draf dikemukakan, maka, tiada apa‐apa perubahan

kepada jawapan ini

1 | M uka surat

17. Sila nyatakan dokumen yang

dilampirkan:

Brosur Produk

Kertas Terma

Terma & Syarat Kontrak

Borang Permohonan Deposit

Sampel Resit Peletakan Deposit

Deskripsi Produk atau Ilustrasi Produk

Lain‐lain (sila nyatakan)

Pilih dokumen‐dokumen yang telah anda lampirkan. Sekiranya satu

perjanjian utama diguna pakai bagi pelbagai produk deposit, ahli‐ahli

hendaklah melampirkan perjanjian utama tersebut bagi setiap produk

deposit dan menyatakan bahagian di dalam perjanjian utama tersebut

yang berkaitan dengan produk deposit.

18. ∗ Apakah jenis mata wang

deposit?

19. ∗ Sila pilih salah SATU daripada

jenis deposit:

Hanya Ringgit

Hanya Mata Wang Asing

Ringgit dan Mata Wang Asing

Pilih jenis mata wang produk deposit.

Deposit Permintaan

Deposit Simpanan

Deposit Tetap

Pelaburan Khusus

Pelaburan Am

Murabahah Komoditi

Deposit Jangka Pendek

Deposit Pembawa

Instrumen Boleh Niaga Deposit / Instrumen Boleh Niaga Islam

Perjanjian Beli Balik

Deposit Pasaran Kewangan

Pelaburan Berkaitan Derivatif Ditawarkan / Produk Berstruktur

Deposit Lain Yang Diterima (sila nyatakan)

• Pilih jenis deposit.

• “Deposit Pasaran Kewangan” yang dirujuk di atas bermaksud deposit

di dalam akaun tertentu yang dibuka atau diselenggara dengan satu

ahli yang merupakan institusi antara bank yang diluluskan (yang

diluluskan oleh Bank Negara Malaysia) secara jelas bagi tujuan

peletakan dana dalam pasaran kewangan antara bank (termasuk,

yang berkaitan, Pasaran Kewangan Antara bank Islam).

∗ Lihat perenggan 4.9.2 Garis Panduan. Sekiranya versi draf dikemukakan, maka, tiada apa‐apa perubahan

kepada jawapan ini

2 | M uka surat

C. MAKLUMAT BERKENAAN PELABURAN BERKAITAN DERIVATIF/PRODUK BERSTRUKTUR

SOALAN

20. ∗ Sila nyatakan kategori

aset/rujukan pendasar atau

gabungan rujukan pendasar

21. Sudahkah anda mendapat

kelulusan yang diperlukan

daripada Suruhanjaya

Sekuriti dan Bank Negara

Malaysia berkenaan dengan

terbitan, tawaran, pelawaan

atau dalam menyediakan

ILD ini?

22. * Sekiranya pembayaran balik

bayaran prinsipal bukan

melalui wang, sila nyatakan

kaedah bayaran prinsipal itu

dibayar balik

BUTIRAN LANJUT

Sila nyatakan jenis rujukan pendasar atau gabungan rujukan pendasar (cth.

sekuriti, indeks, mata wang, komoditi atau aset atau rujukan lain).

Ya

Tidak

Jika Ya, lampirkan salinan kelulusan.

Lengkapkan jika berkaitan.

D. SYARAT KHUSUS

SOALAN

23. Adakah terdapat apa‐apa

syarat khusus bagi produk ini?

BUTIRAN LANJUT

Ya

Tidak

Sekiranya jawapan anda kepada soalan 23 adalah Ya, sila jawab soalan 24

Sekiranya terdapat syarat khusus untuk dipenuhi oleh seseorang pelanggan

untuk layak membuka akaun produk deposit ini, pilih “Ya” dan berikan

maklumat dalam Soalan 24.

24. Pilih syarat khusus yang

digunakan dan nyatakan

dengan lebih lanjut

Umur

Tahap Pendapatan

Pekerjaan

Tujuan Akaun

Lain‐lain (sila nyatakan)

Cth. Sekiranya hanya orang dewasa berumur melebihi 55 tahun yang layak

untuk membuka akaun ini, pilih “Umur” dan nyatakan hanya orang dewasa

berumur 55 tahun ke atas yang layak membuka akaun ini.

∗ Lihat perenggan 4.9.2 Garis Panduan. Sekiranya versi draf dikemukakan, maka, tiada apa‐apa perubahan

kepada jawapan ini

3 | M uka surat

E. MAKLUMAT PRODUK DEPOSIT

1. BORANG DPR ISLAM

SOALAN

BUTIRAN LANJUT

25. ∗ Adakah ini deposit Islam? Ya

Tidak

(Sekiranya jawapan anda kepada soalan 25 adalah Ya, sila jawab soalan 26)

Ini ialah Borang DPR Islam, dan sekiranya produk deposit ialah deposit Islam,

pilih “Ya”. Bagi produk deposit konvensional, gunakan Borang DPR

Konvensional.

Walaupun suatu ILD Islam dirujuk sebagai suatu “pelaburan”, ia akan layak

sebagai deposit Islam sekiranya ia memenuhi takrifan deposit Islam yang

dirujuk di bawah.

26. Sila nyatakan klausa dalam

dokumen yang menyokong

jawapan anda

• Deposit Islam ialah “jumlah wang atau nilai wang yang diterima atau

dibayar oleh mana‐mana individu, yang mana penerimaan dan

pembayaran balik akan menurut terma‐terma mana‐mana perjanjian

yang sejajar dengan Syariah”.

• Sekiranya tiada klausa tertentu dalam mana‐mana dokumen yang

dilampirkan untuk menyokong jawapan “Ya” anda kepada Soalan 26,

sample respons yang boleh diberi: Tiada klausa tertentu dalam manamana

dokumen yang dilampirkan. Wang yang diterima atau dibayar

mengikut terma‐terma yang mana penerimaan dan pembayaran balik

adalah menurut terma mana‐mana perjanjian yang sejajar dengan

Syariah.

Tandakan semua kontrak Syariah yang berkaitan dan nyatakan amaun dan peratusan pecahan di bawah

27. Bagaimanakah pecahan

tersebut diperuntukkan?

Mengikut Amaun

Mengikut Peratusan

Sekiranya terdapat dua atau lebih kontrak Syariah yang berkaitan bagi

produk deposit, nyatakan jika pecahan diperuntukkan mengikut amaun atau

peratusan.

28. * Sila nyatakan semua yang

diguna pakai dan yang

menentukan amaun /

peratusan dan nyatakan

kedudukan keutamaan

kontrak

Wadiah

Qard

Murabahah

Wakalah

Musyarakah

Mudharabah

Lain‐lain

Sekiranya terdapat lebih daripada dua (2) kontrak Syariah, pilih kontrak

Syariah yang berkaitan. Sekiranya pecahan diperuntukkan mengikut amaun,

nyatakan amaun dan jika mengikut peratusan, nyatakan peratusan. Juga

nyatakan kedudukan keutamaan kontrak Syariah tersebut. Sekiranya tiada

pecahan, sila nyatakan “Tiada pecahan berkaitan”.

Cth. Sekiranya kontrak Syariah Wadiah dan Mudharabah diguna pakai, pilih

∗ Lihat perenggan 4.9.2 Garis Panduan. Sekiranya versi draf dikemukakan, maka, tiada apa‐apa perubahan

kepada jawapan ini

4 | M uka surat

SOALAN

29. Adakah keuntungan boleh

dibayar ke atas deposit?

30. Sila lampirkan formula bagi

pengiraan keuntungan, kadar

rujukan bagi pengiraan

keuntungan, tempoh

pengkompaunan dan/atau

tarikh yang ditentukan semula

(mana yang berkenaan)

31. ∗ Adakah wang yang

didepositkan digunakan

dalam Rangka Kerja Kadar

Pulangan Bank Negara

Malaysia, iaitu peruntukan

kewangan, pelaburan dalam

sekuriti, peletakan dana

antara bank, atau perniagaan

lain yang ditetapkan oleh

Bank Negara Malaysia yang

mematuhi Syariah?

32. Adakah kelulusan tertentu

diperlukan daripada Bank

Negara Malaysia atau Majlis

Penasihat Syariah?

33. Sila lampirkan sesalinan

kelulusan tertentu yang

diperlukan daripada Bank

Negara Malaysia atau Majlis

Penasihat Syariah

BUTIRAN LANJUT

kedua‐dua Wadiah dan Mudharabah. Sekiranya pecahan dibahagikan

mengikut amaun, nyatakan amaun yang diperuntukkan masing‐masing bagi

Wadiah dan Mudharabah. Juga nyatakan kontrak Syariah mana yang

diberikan kedudukan pertama dan yang mana kedudukan yang kedua.

Ya

Tidak

(Sekiranya jawapan anda kepada soalan 29 adalah Ya, sila jawab soalan 30)

Ya, formula dilampirkan

Nyatakan formula bagi pengiraan keuntungan, kadar rujukan bagi pengiraan

keuntungan, tempoh pengkompaunan dan/atau tarikh yang ditetapkan

semula (yang mana berkaitan) dalam satu dokumen dan lampirkan di sini.

Ya

Tidak

Ya

Tidak

(Sekiranya jawapan anda kepada soalan 32 adalah Ya, sila jawab soalan 33)

Soalan ini adalah hanya bagi produk deposit bukan ILD yang belum

dilancarkan.

Ya, kelulusan dilampirkan

∗ Lihat perenggan 4.9.2 Garis Panduan. Sekiranya versi draf dikemukakan, maka, tiada apa‐apa perubahan

kepada jawapan ini

5 | M uka surat

2. BORANG DPR KONVENSIONAL:

SOALAN

25. * Adakah ini deposit

konvensional (iaitu, bukan

Islam)?

BUTIRAN LANJUT

Ya

Tidak

(Sekiranya jawapan anda kepada soalan 25 adalah Ya, sila jawab soalan 26)

Ini ialah Borang DPR Konvensional, dan sekiranya produk deposit ialah

deposit konvensional, pilih “Ya”. Bagi produk deposit Islam, gunakan Borang

DPR Islam.

Walaupun suatu ILD konvensional dirujuk sebagai suatu “pelaburan”, ia akan

layak sebagai deposit Konvensional sekiranya ia memenuhi takrifan deposit

yang dirujuk di bawah.

26. Sila nyatakan klausa dalam

dokumen yang menyokong

jawapan anda

27. ∗ Adakah Institusi Anggota

bertanggungjawab untuk

membayar balik amaun

prinsipal secara penuh?

28. Sila nyatakan klausa dalam

dokumen yang menyokong

jawapan anda

29. Adakah faedah boleh dibayar

ke atas deposit?

30. Sila lampirkan formula bagi

pengiraan faedah, kadar

rujukan bagi pengiraan

faedah, tempoh

pengkompaunan dan/atau

Suatu deposit ialah “jumlah wang yang diterima atau dibayar mengikut

terma yang mana ia akan dibayar balik atau boleh dibayar balik, dengan

atau tanpa faedah atau premium, atau dengan apa‐apa pembayaran dalam

bentuk wang, samada atas permintaan atau pada suatu masa tertentu atau

dalam situasi yang dipersetujui oleh atau bagi pihak individu yang membuat

pembayaran dan individu yang menerimanya”.

• Sekiranya tiada klausa tertentu dalam mana‐mana dokumen yang

dilampirkan untuk menyokong jawapan “Ya” anda bagi Soalan 26, satu

sampel respons yang boleh diberikan: Tiada klausa tertentu dalam

mana‐mana dokumen yang dilampirkan. Wang yang diterima daripada

pelanggan atas terma bahawa ia akan dibayar balik atau boleh dibayar

balik, @ dengan/tanpa faedah atau premium atau pada suatu masa

tertentu atau dalam situasi yang dipersetujui oleh atau bagi pihak ahli

dan pelanggan ( @ potong yang mana tidak berkenaan)

Ya

Tidak

(Sekiranya jawapan anda kepada soalan 27 adalah Ya, sila jawab soalan 28)

• Obligasi untuk membayar balik secara penuh mungkin dinyatakan di

dalam kontrak antara ahli dan pendeposit, atau diwujudkan melalui

prinsip undang‐undang.

• Bagi ILD, kenyataan bahawa potongan boleh dibuat daripada amaun

prinsipal ketika pengeluaran awal, penebusan atau penamatan suatu

pelaburan oleh pelabur, sebelum tarikh matang pelaburan tersebut

adalah tidak bermaksud, dengan sendirinya, kriteria tersebut tidak boleh

dipenuhi.

Ya

Tidak

(Sekiranya jawapan anda kepada soalan 29 adalah Ya, sila jawab soalan 30)

Ya, formula dilampirkan

Nyatakan formula bagi pengiraan faedah, kadar rujukan bagi pengiraan

faedah, tempoh pengkompaunan dan/atau tarikh yang ditetapkan semula

(mana yang berkenaan) dalam satu dokumen dan lampirkan ia di sini.

∗ Lihat perenggan 4.9.2 Garis Panduan. Sekiranya versi draf dikemukakan, maka, tiada apa‐apa perubahan

kepada jawapan ini

6 | M uka surat

SOALAN

tarikh yang ditetapkan semula

(mana yang berkenaan)

BUTIRAN LANJUT

3. BORANG DPR ISLAM DAN BORANG DPR KONVENSIONAL

34. *

(31 5 )

35. *

(32)

36. *

(33)

37. *

(34)

38. *

(35)

39.*

(36)

SOALAN

Adakah ini deposit boleh

dibayar balik di luar Malaysia?

Adakah ini deposit dalam

mata wang asing?

Adakah ini deposit pasaran

kewangan?

Adakah ini deposit pembawa?

Adakah ini suatu instrumen

boleh niaga deposit?

Adakah ini suatu deposit

susulan daripada perjanjian

beli balik?

BUTIRAN LANJUT

Ya

Tidak

Pengeluaran wang melalui ATM di luar Malaysia tidak menjadikan deposit

tersebut sebagai boleh dibayar balik di luar Malaysia.

Sepenuhnya dalam mata wang asing

Sebahagiannya dalam Ringgit dan sebahagian dalam mata wang asing

Tidak (hanya MYR)

Ya

Tidak

“Deposit Pasaran Kewangan” bermaksud suatu deposit di dalam suatu

akaun tertentu yang dibuka atau diselenggara dengan ahli yang merupakan

institusi antara bank yang diluluskan (diluluskan oleh Bank Negara

Malaysia) yang secara jelas bagi tujuan peletakan dana dalam pasaran

kewangan antara bank (termasuk, yang mana berkenaan, Pasaran

Kewangan Antara bank Islam).

Ya

Tidak

Ya

Tidak

Ya

Tidak

5 Nombor di dalam kurung bulat (parenthesis) berkaitan dengan Borang DPR Konvensional

7 | M uka surat

F. LIABILITI DEPOSIT

40. ∗

(37 6 )

41.

(38)

42.*

(39)

43.

(40)

SOALAN

Adakah deposit diterima

seperti dalam urusan biasa

penerimaan deposit Institusi

Anggota?

Sila nyatakan klausa dalam

dokumen yang menyokong

jawapan anda

Adakah deposit boleh dibayar

balik dengan wang?

Sila nyatakan klausa dalam

dokumen yang menyokong

jawapan anda

MAKLUMAT LANJUT

Ya

Tidak

(Sekiranya jawapan anda kepada soalan 40 adalah Ya, sila jawab soalan 41)

Ini akan mengecualikan, sebagai contoh, wang yang diterima daripada

Bank Negara Malaysia dan wang yang diterima oleh ahli secara khususnya

bagi tujuan transaksi pembayaran (cth. pembayaran melalui GIRO atau cek

pengembara yang dikeluarkan).

Sekiranya tiadak klausa tertentu di dalam mana‐mana dokumen yang

dilampirkan untuk menyokong jawapan “YA” anda bagi Soalan 40,

nyatakan bahawa tiada klausa tertentu di dalam mana‐mana dokumen

yang dilampirkan dan deposit tersebut diterima seperti dalam urusan biasa

penerimaan deposit oleh ahli.

Ya

Tidak

(Sekiranya jawapan anda kepada soalan 42 adalah Ya, sila jawab soalan 43)

Ini termasuk pembayaran secara tunai, atau pembayaran cek atau

dikreditkan ke dalam akaun deposit dengan ahli. Jawapannya ialah “TIDAK”

sekiranya deposit boleh dibayar dalam nilai wang, sebagai contoh, melalui

penghantaran suatu komoditi.

Sekiranya tiada klausa tertentu dalam mana‐mana dokumen yang

dilampirkan, jelaskan sekiranya deposit tersebut boleh dibayar balik dalam

bentuk wang.

44.*

(41)

45.

(42)

Adakah liabiliti Institusi

Anggota satu liabiliti deposit

atau deposit yang diterima?

Sila nyatakan klausa dalam

dokumen yang menyokong

jawapan anda

Ya

Tidak

(Sekiranya jawapan anda kepada soalan 44 adalah Ya, sila jawab soalan 45)

• Ini adalah berdasarkan pelaporan ahli kepada Bank Negara Malaysia di

bawah Garis Panduan bagi Pengemukaan Laporan FISS.

• Wang yang diberikan kepada ahli sebagai sekuriti bagi kemudahan

kredit konvensional atau suatu kemudahan pembiayaan Islam adalah

dianggap sebagai suatu liabiliti deposit atau deposit yang diterima

sekiranya wang tersebut dianggap sebagai “deposit yang diterima”

bagi tujuan pelaporan FISS kepada Bank Negara Malaysia.

Sekiranya tiada klausa tertentu dalam mana‐mana dokumen yang

dilampirkan bagi menyokong jawapan “Ya” anda kepada Soalan 44,

nyatakan bahawa Kod FISS yang ada atau yang akan dikemukakan kepada

Bank Negara Malaysia di bawah Garis Panduan bagi Pengemukaan Laporan

FISS.

∗ Lihat perenggan 4.9.2 Garis Panduan. Sekiranya versi draf dikemukakan, maka, tiada apa‐apa perubahan

kepada jawapan ini

6 Nombor di dalam kurung bulat (parenthesis) berkaitan dengan Borang DRP Konvensional

8 | M uka surat

46.*

(43)

47.

(44)

Adakah individu tersebut

layak kepada pembayaran

balik yang boleh dikenal pasti

daripada kontrak bersama

pendeposit?

Sila nyatakan klausa dalam

dokumen yang menyokong

jawapan anda

Ya

Tidak

(Sekiranya jawapan anda kepada soalan 46 adalah Ya, sila jawab soalan 44)

Dokumen ini mengandungi borang permohonan yang perlu diisi oleh

pendeposit.

RUANG SELEBIHNYA MUKA SURAT INI DIBIARKAN KOSONG

9 | M uka surat

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!