04.05.2015 Views

SISTEM PEMANTAUAN AKTIVITI PELAJAR ASRAMA ...

SISTEM PEMANTAUAN AKTIVITI PELAJAR ASRAMA ...

SISTEM PEMANTAUAN AKTIVITI PELAJAR ASRAMA ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

SISTEM PEMANTAUAN AKTIVITI PELAJAR ASRAMA BERASASKAN

BIOMETRIK

MOHD ZULHILMI BIN TAMYIZ

Laporan projek ini dikemukan sebagai

memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JULAI,2009

”Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ……………………………………………………….

Nama Penulis : MOHD ZULHILMI BIN TAMYIZ

Tarikh : 13 JULAI 2009

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)”

Tandatangan : ………………………………………..

Nama Penyelia : DR SHUKOR BIN ABD RAZAK

Tarikh : 13 JULAI 2009

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengampun”

Pertama sekali jutaan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat ilahi kerana

dengan izinnya Projek Sarjana Muda II telah berjaya disiapkan dengan baik dan

jayanya. Rasa syukur yang tidak terhingga juga kepada kedua ibu bapa yang telah

banyak memberi semangat agar gigih dalam melakukan dan menyiapkan segala

tugasan yang diberikan.

Penghargaan yang ikhlas dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada

Dr Shukor Abd Razak selaku penyelia kerana banyak membantu dalam melahirkan

dan memberi idea yang bernas. Nasihat, sokongan dan tunjuk ajar yang diberikan

dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda II ini sangat dihargai.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pensyarah-pensyarah

di jabatan rangkaian dan komputer sistem kerana banyak memberi panduan dan

nasihat yang berguna kepada tidak kira samada di dalam kelas atau diwaktu luar

pembelajaran. Terima kasih juga turut dilahirkan kepada rakan-rakan seperjuangan

seperti Nur Nadirah binti Muhamad Ishak, Mohd Nabil bin Mohd Abd Hadi,

Muhamad Faizal bin Sidek dan Mohamad Haider bin Abu Yazid yang banyak

memberi bantuan dan sokongan moral sepanjang pelaksanaan projek ini.

Akhir kata, ribuan ucapan terima kasih ditujukan khas untuk yang berjasa

kepada diri ini. Hanya Tuhan sahaja dapat membalas jasa mereka. Sekian terima

kasih.

ABSTRAK

Pelajar adalah satu aset negara yang perlu dijaga agar dapat membantu

pembangunan negara pada masa hadapan. Pelajar yang cemerlang, gemilang dan

terbilang adalah pelajar yang mempunyai sikap dan tahap disiplin yang tinggi.

Sehubungan itu, titik tolak dalam pembentukkan sahsiah diri pelajar yang utama

bermula di sekolah. Masalah disiplin timbul apabila pelajar mula berjinak-jinak

dalam melakukan kesalahan kecil di sekolah seperti ponteng kelas. Seterusnya

apabila sudah biasa, pelajar lebih mudah melakukan kesalahan yang lebih berat.

Sistem Pemantauan Aktiviti Pelajar Asrama Berasaskan Biometrik adalah sebuah

sistem yang menggunakan data atau input cap jari pelajar sebagai satu maklumat

penting dan menjadikan pengenalan diri dapat membantu dalam mencegah pelajar

daripada berjinak-jinak dalam aktiviti yang tidak berfaedah. Aktiviti pelajar akan

direkodkan dan ibubapa dapat mengikuti perkembangan anak mereka dalam laman

web yang disediakan. Menggunakan kaedah cap jari, proses pemadanan cap jari

dilakukan dengan menggunakan algoritma GrFinger 4.2 manakala perkakasan bagi

pengimbas cap jari adalah menggunakan U.are.U 4000. Metodologi pemprototaipan

untuk pembangunan sistem yang dipilih adalah demi memberikan kebaikan dan

kelebihan yang optimum semasa proses pembangunan tersebut. Menggunakan

bahasa pengaturcaraan ASP.NET dan VB.NET, sistem ini dapat memudahkan pihak

pengurusan sekolah dan asrama dalam meningkatkan keupayaan bagi memperbaiki

kaedah lama.

ABSTRACT

Student is the most precious things for the country that need proper care so that in the

future, they can help for country development. Excellent, glorious and outstanding

student is a person who has good attitude and discipline. In the beginning to form

attitude for student is from the school itself. Discipline’s problems begin when they

try to do a small problem like play truant. But then, when they normaly do small

problems they are no hesitation to do big problems. Hostel student activity manager

system base on biometric is a system that use finger print for student and use as

important data to prevent them from doing bad activity. Student’s activity will be

recorded and parents can follow their children’s development in web page that will

be provide to them. Using finger print method, matching process will be use

GrFinger 4.2 algorithm while for finger print scanner is U.are.U 4000. Prototype

metodologi for system development has been choose will give advantages during

process development. Using ASP.NET and VB.NET programming langguage, the

system will make easier for school and hostel management in order to upgrade the

capabilities from old method.

KANDUNGAN

BAB PERKARA

HALAMAN

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI LAMPIRAN

SENARAI SINGKATAN

SENARAI ISTILAH

iv

v

vi

vii

xii

xiii

xiv

xv

xvi

I. PENGENALAN PROJEK

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Matlamat Projek 3

1.4 Objektif Projek 3

1.5 Skop Projek 3

1.6 Justifikasi 4

1.7 Rumusan 4

II.

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 5

2.2 Sejarah Penubuhan Sekolah Menengah Teknik Kuala

Lumpur (SMTKL) 6

2.2.1 Sistem Catatan Aktiviti Pelajar 8

2.3 Biometrik 8

2.3.1 Definasi Biometrik 9

2.3.2 Jenis-jenis Kaedah Biometrik 9

2.3.3 Pengesahan dan Pemadanan Cap Jari 9

2.3.4 Pemprosesan Imej 10

2.3.5 Mengenalpasti ciri-ciri untuk Proses Pemadanan 12

2.3.6 Carian Pemadanan Cap Jari 12

2.3.7 Penegasan (Robust) Kepada Imej yang Berkualiti 13

2.3.8 Peletakan Jari Pada Pengimbas Bagi Tujuan Penegasan 13

2.3.9 Penegasan Kepada Orientasi Jari Pada Pengimbas 14

2.4 Algoritma Pemadanan Cap Jari 15

2.4.1 GrFinger 4.2 15

2.5 Justifikasi Pemilihan Teknik 17

2.6 Sistem Pengurusan Tanpa Biometrik 18

2.7 Kajian Kes 19

2.7.1 Kajian Kes 1 19

2.7.2 Kajian Kes 2 20

2.8 Laman Web 20

2.8.1 Aplikasi berasaskan web 21

2.8.2 Sejarah Aplikasi Berasaskan Web 21

2.9 ASP.NET 22

2.9.1 Prestasi 23

2.9.2 Kelebihan ASP.NET 24

2.9.2.1 Pengawal ASP.NET 24

2.9.2.2 Komponen-komponen ASP.NET 24

2.9.2.3 Kesesuaian 25

2.10 Rumusan 25

III.

METODOLOGI

3.1 Pendahuluan 26

3.2 Metodologi Yang Digunakan 27

3.3 Justifikasi Pemilihan Metodologi 28

3.3.1 Fleksibiliti 28

3.3.2 Kos Pembangunan Sistem 29

3.3.3 Kesesuaian Sistem 29

3.3.4 Jangka Masa Pembangunan Projek 29

3.4 Metodologi Pembangunan Sistem 30

3.5 Fasa Perancangan Sistem 30

3.6 Fasa Analisis Sistem 30

3.6.1 Analisis Keperluan Sistem 31

3.6.1.1 Justifikasi Perisian 31

3.6.1.2 Justifikasi Perkakasan 33

3.7 Fasa Rekabentuk Sistem 33

3.8 Fasa Implementasi Sistem 34

3.9 Fasa Penyelenggaraan dan Dokumentasi 35

3.10 Perancangan Kerja 35

3.11 Rumusan 36

IV.

REKABENTUK DAN IMPLEMENTASI

4.1 Pengenalan 37

4.2 Pemodelan Kes Guna 38

4.3 Rajah Jujukan 39

4.4 Rekabentuk Antaramuka 39

4.4.1 Antaramuka Utama 40

4.4.2 Antaramuka Pendaftaran Pelajar 41

4.4.3 Antaramuka Memasukkan Imej Cap Jari 42

4.5 Rekabentuk Pangkalan Data 43

4.5.1 Jadual Admin 43

4.5.2 Jadual Enroll 44

4.5.3 Jadual Guru 45

4.5.4 Jadual Warden 45

4.5.5 Jadual Asrama 46

4.5.6 Jadual Kehadiran Pelajar 47

4.5.7 Jadual Ibu Bapa 47

4.6 Rumusan 48

V. IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN

5.1 Pengenalan 49

5.2 Persekitaran Pembangunan 50

5.3 Implentasi Sistem 50

5.3.1 Fungsi Log Masuk 51

5.3.2 Fungsi Sambungan Pangkalan Data 52

5.3.3 Fungsi Papar Senarai Data 52

5.3.4 Fungsi Daftar 53

5.3.5 Fungsi Ekstrak Imej Cap Jari 54

5.3.6 Fungsi Kenalpasti 55

5.3.7 Fungsi Enroll 56

5.4 Pengujian 57

5.5 Rumusan 57

VI.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

6.1 Pengenalan 58

6.2 Perbincangan 58

6.3 Masalah dan Kelemahan Sistem 59

6.4 Cadangan Pembaikan dan Peningkatan 59

RUJUKAN 60

Lampiran A-D 61-83

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

HALAMAN

TAJUK

2.1 Sejarah Ringkas Aplikasi Berasaskan Web 22

2.2 Penerangan ringkas ASP.NET 23

3.1 Spesifikasi Perkakasan 33

4.1 Jadual admin 43

4.2 Jadual Enroll 44

4.3 Jadual Guru 45

4.4 Jadual Warden 46

4.5 Jadual Penyimpanan Maklumat Keluar Masuk Pelajar 46

4.6 Jadual Penyimpanan Rekod Kehadiran Pelajar 47

4.7 Jadual Penyimpanan Rekod Ibu bapa 48

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

HALAMAN

TAJUK

2.1 Pemprosesan imej 11

2.2 Mengenalpasti Ciri-ciri serta Nama Bagi Setiap Bahagian 12

2.3 Imej Cap Jari yang Dikenalpasti 13

2.4 Penegasan Kepada Imej yang berkualiti 14

2.5 Contoh Aplikasi yang Berasaskan Web 21

4.1 Gambarajah Antaramuka Utama Sistem 40

4.2 Antaramuka Pendaftaran Pelajar 41

4.3 Gambarajah Antaramuka Memasukkan Imej Cap Jari 42

5.1 Keratan Kod Bagi Fungsi Log Masuk 51

5.2 Keratan Kod Bagi Fungsi Sambungan Pangkalan Data 52

5.3 Keratan Kod Bagi Fungsi Papar Senarai Data 53

5.4 Keratan Kod Bagi Fungsi Daftar 54

5.5 Keratan Kod Bagi Fungsi Ekstrak Imej Cap Jari 55

5.6 Keratan Kod Bagi Fungsi Kenalpasti 56

5.7 Keratan Kod Bagi Fungsi Enroll 57

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

PENERANGAN

HALAMAN

A Carta Gantt Projek Sarjana Muda I 62

Carta Gantt Projek Sarjana Muda II 63

B Alat Pengimbas Cap Jari 64

C Senarai Kes Guna Dalam Sistem 66

D Gambarajah Berjujukan Dalam Sistem 69

E Manual Penggunaan Sistem 72

SENARAI SINGKATAN

HD

OOP

PSM

RAM

UML

WWW

Hard Disk

Object Oriented Programming

Projek Sarjana Muda

Random Access Memory

Unified Modelling Language

World Wide Web

SENARAI ISTILAH

BAHASA MELAYU

BAHASA INGGERIS

Bahasa Permodelan Disatu

Pengaturcaraan Berorientasikan Objek

Rajah Aktiviti

Rajah Jujukan

Rajah Kelas

Rajah Kes Guna

Unified Modelling Language

Object Oriented Programming

Activity Diagram

Sequence Diagram

Class Diagram

Use Case

BAB 1

PENGENALAN PROJEK

1.1 Pengenalan

Kebanyakkan sekolah di Malaysia telah pun mempunyai sistem pemantauan

aktiviti pelajar mereka tersendiri. Walaubagaimanapun, kebanyakan sekolah hanya

menggunakan sistem yang boleh dikategorikan sebagai ketinggalan zaman. Ini

kerana sistem yang diguna-pakai adalah dengan menggunakan kaedah manual iaitu

merekodkannya di dalam buku catatan. Seiring kemajuan dan perkembangan pesat

teknologi maklumat, sistem pemantauan aktiviti pelajar yang sedia ada perlu dikaji

keberkesanannya.

Sistem yang dipraktikkan di sekolah-sekolah adalah bertujuan untuk

memantau aktiviti pelajar sepanjang masa persekolahan. Hal yang demikian

bertujuan untuk memastikan para pelajar mengikuti kelas atau aktiviti yang telah

diaturkan atau dijadualkan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memastikan tahap

keselamatan para pelajar dipertingkatkan. Sebagai contoh sekiranya pelajar keluar

dari kawasan sekolah tanpa kebenaran atau tidak berada di kawasan yang sepatutnya

seperti di kelas, data daripada cap jari tidak diperoleh dan sistem akan mengesan

yang pelajar tersebut tidak berada di kawasan yang sekolah. Sistem tersebut bukan

hanya semata-mata digunakan untuk dalam bidang akademik sahaja, bahkan turut

digunakan untuk merekodkan displin para pelajar. Bagi penggunaan kaedah lama,

segala aktiviti para pelajar yang direkodkan adalah dengan menggunakan tenaga

manusia. Sekiranya komputer digunakan, ianya hanya terhad kepada aktiviti

penyimpanan rekod sahaja. Tanpa satu sistem pemantauan aktiviti pelajar yang baik,

sesebuah sekolah akan mengalami masalah dan sekaligus akan membebankan para

guru.

1.2 Latarbelakang Masalah

Berdasarkan kepada sistem pemantauan aktiviti pelajar yang biasa, sistem

tersebut tidak lagi praktikal pada masa kini. Ini kerana pemantauan aktiviti pelajar

adalah secara manual dan sukar bagi para guru memastikan pelajar berada pada kelas

atau di kawasan sekolah. Banyak masalah akan timbul sekiranya sistem yang lama

tidak dinaik taraf kepada satu sistem yang lebih berkesan dan cekap. Antara masalah

yang timbul adalah apabila berlaku kesilapan teknikal oleh staf atau guru yang

dipertanggungjawabkan untuk merekod aktiviti pelajar. Ada juga berlaku situasi

yang mana pelajar yang bukan sepatutnya, melaporkan kehadiran rakan mereka

walhal rakan pelajar tersebut tidak berada di kawasan yang sepatutnya. Ini sekaligus

akan merebak gejala ponteng.

Selain itu, sekolah berasrama dipilih kerana sekolah berasrama perlu diberi

perhatian yang lebih. Ini kerana para pelajarnya adalah tinggal berjauhan dengan ibu

bapa mereka. Ibu bapa hanya dapat mengetahui perkembangan anak mereka apabila

mereka datang melawat dan waktu cuti sekolah tetapi belum pasti apa yang

disampaikan adalah benar.

Satu langkah yang dikenal pasti boleh membantu mengurangkan masalah

yang timbul adalah dengan menaik taraf daripada sistem yang lama kepada satu

sistem yang baru. Sehubungan itu, satu sistem yang lebih baik dan berkesan perlu

dibangunkan demi mengurangkan masalah dan memberi kebaikan kepada semua

pihak. Sistem ini berteraskan web dan penggunaan visual basic. Ia bertujuan

sebagai mengumpul data, menjadi pengantara pada sistem dan perkakasan, dan

memberi kemudahan kepada ibu bapa untuk memantau atau mengetahui aktiviti yang

dilakukan oleh anak mereka. Penggunaan visual basic adalah lebih kepada

pengantara pada perkakasan.

1.3 Matlamat Projek

Matlamat projek ini adalah untuk membangunkan satu sistem pemantauan

aktiviti pelajar berasaskan biometrik yang berkesan dan cekap dalam membantu serta

memudahkan pengurusan bagi sesebuah sekolah berasrama.

1.4 Objektif Projek

Objektif projek ini adalah untuk :

i. Melakukan kajian terhadap sistem sedia ada berasaskan biometrik.

ii. Merekabentuk dan membangunkan sistem pemantauan aktiviti pelajar

bagi sekolah berasrama.

iii. Melakukan pengujian terhadap sistem pemantauan aktiviti pelajar

yang dibangunkan.

1.5 Skop Projek

Skop projek ini adalah :

i. Sistem ini menyokong persekitaran windows dan menggunakan

bahasa pengaturcaraan visual basic dan serta pangkalan data.

ii. Sistem ini meliputi para guru, pihak pengurusan asrama, ibubapa dan

pelajar.

iii. Penggunaan biometrik menggunakan cap jari semasa pelajar

menghadiri sesuatu aktiviti

1.6 Justifikasi

Sistem pemantauan aktiviti pelajar ini akan memberi banyak kemudahan dan

manfaat untuk banyak pihak. Tidak hanya terhad kepada pihak pengurusan sekolah

dan asrama, malah manfaatnya dapat diperoleh pada ibubapa dan juga pelajar itu

sendiri. Sistem yang dibangunkan dapat membantu pengurusan sekolah

mengurangkan masalah yang timbul menggunakan kaedah lama. Bagi memberi dan

menjamin data yang tepat, kaedah biometrik digunakan dalam sistem tersebut.

Kesilapan teknikal dan pelbagai masalah lain seperti kehilangan buku rekod dapat

diatasi. Ibubapa yang tidak berkesempatan untuk selalu melawat anak mereka boleh

mendapatkan maklumat tentang aktiviti yang dilakukan anak mereka iaitu dengan

cara dengan melayari web yang disediakan. Dengan cara ini, kerisauan ibubapa

dapat dikurangkan kerana mereka mengetahui keadaan anak mereka di sekolah. Apa

yang lebih utama ialah dengan menggunakan sistem ini, secara tidak langsung akan

dapat mendisiplinkan pelajar dan mengurangkan salah laku disiplin pelajar.

Sekiranya pelajar tidak hadir dalam sesuatu aktiviti pihak pengurusan akan segera

mengetahui sekiranya pelajar tidak berada di tempat yang sepatutnya.

1.7 Rumusan

Sistem ini akan memberi banyak kelebihan kepada pelajar, pihak pengurusan

asrama, guru dan juga ibubapa. Penggunaan teknologi diharap dapat memantapkan

lagi sistem yang dibangunkan. Segala permasalahan yang timbul dalam sistem

terdahulu diharap dapat diselesaikan menerusi sistem ini. Masalah mengenai sistem

terdahulu serta kajian mengenainya akan dibincangkan di bab seterusnya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!