08.04.2015 Views

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020

STRATEGI DAN CADANGAN PEMBANGUNAN

3.3.5.2 Strategi Pembangunan

i. Struktur Organisasi

Semua urusan yang melibatkan hal permohonan yang dibuat dengan MPAJ ditetapkan oleh Akta

yang berkaitan supaya diurus oleh mereka yang berkelayakan profesional. Imej MPAJ akan terserlah

apabila isu yang dibangkitkan dalam semua urusan ditangani dengan segera dan berkesan. Tindakan

bagi mengukuhkan kedudukan organisasi dengan mewujudkan perjawatan dan pengambilan tenaga

kerja yang kompeten adalah diperlukan.

ii.

Kedudukan Kewangan

Lima (5) strategi dan dasar kewangan yang diperlukan adalah:-

a. Jumlah kutipan sebarang hasil cukai dan bukan cukai kecuali lesen dan permit disasarkan pada

kadar sekurang-kurangnya 90 peratus setiap tahun.

b. Kadar minimum 50 peratus jumlah semua tunggakan hasil diambil tindakan susulan segera.

c. Jumlah simpanan tunai (liquidity) sekurang-kurangnya boleh membiayai kadar setahun

perbelanjaan mengurus.

d. Semua pembangunan hartanah yang dikenakan cukai dipastikan tiada tunggakan sebelum ianya

diproses.

e. Kadar pulangan bagi projek pembangunan perniagaan yang diceburi bersama oleh MPAJ

berada pada tahap dua kali ganda kadar pelaburan jangka panjang kerajaan (contohnya

penggunaan kadar Bon Sekuriti Kerajaan Malaysia).

Antara langkah kewangan lain, MPAJ boleh menggunakan maklumat cadangan projek

pembangunan terutamanya untuk infrastruktur bagi mengenakan caj kepada pemaju untuk

menyediakan infrastruktur yang telah dirancang di dalam dan di persekitaran kawasan cadangan

pemajuan. Caj ini boleh dijadikan sebagai ‘sinking fund’ untuk pembangunan masa hadapan. Dengan

cara ini, penglibatan pihak swasta dalam memajukan kawasan MPAJ dipertingkatkan.

Permohonan kebenaran merancang dikenakan caj perkhidmatan bagi mengemaskini maklumat GIS

MPAJ selepas maklumat GIS pembangunan diserahkan kepadanya. Langkah ini dapat mengurangkan

beban MPAJ untuk mengawal pembangunan.

iii.

Kerjasama Antara PBT Bersempadan

Isu dan potensi perancangan antara kawasan MPAJ dan PBT bersempadan seperti DBKL, MPS, MPKj

dan Majlis Perbandaran Bentong perlu ditangani secara bersama dan bersepadu. Penubuhan

Jawatankuasa antara PBT bersempadan dicadang untuk memastikan perancangan dan kerjasama

yang lebih berkesan dapat dicapai. Isu dan potensi yang dikenalpasti antara kawasan MPAJ dan PBT

bersempadan mengikut aspek pembangunan termasuklah :-

a. Lalu lintas dan Pengangkutan

b. Kemudahan Masyarakat dan Rekreasi

c. Infrastruktur dan Utiliti

d. Pemeliharaan Alam Sekitar

e. Kediaman

f. Ekonomi

3.4 KONSEP PEMBANGUNAN

Konsep Pembangunan MPAJ mengandungi tiga teras pembangunan iaitu : Perbandaran Metropolitan

Domitori kepada Bandaraya Kuala Lumpur; Perbandaran Metropolitan Berorientasi Kluster Ekonomi; dan

Perbandaran Metropolitan Berasaskan Koridor Pengangkutan. Gabungan ketiga-tiga teras ini

membentuk strategi terbaik untuk membangunkan kawasan MPAJ dalam mencapai wawasan, prinsip

dan matlamat pembangunan yang telah digariskan (rujuk Rajah 3.21).

3-44

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!