08.04.2015 Views

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020

STRATEGI DAN CADANGAN PEMBANGUNAN

• Pengezonan Dan Penjanaan Semula

Kampung-kampung yang terlibat untuk cadangan pengezonan dan penjanaan semula adalah Kg.

Cheras Baru, Kg. Tasik Permai, Kg. Ampang Campuran, Kg. Baru Ampang Tambahan, Kg. Baru Ampang

(BP1), Kg. Kuala Ampang, Kg. Melayu Ampang, Kg. Pasir dan Kg. Klang Gates Baharu.

• ‘Urban Enhancement’

Sebuah kampung yang terlibat dengan ‘Urban Enhancement’ adalah Kg. Pandan Dalam yang perlu

memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang mengekalkan komposisi kaum sediada di

kawasan Kg. Pandan Dalam.

• Kajian Rancangan Kawasan Khas

Tiga (3) Kajian RKK dicadangkan iaitu :-

i. RKK Kampung Baru Ampang dan Kg. Baru Ampang Tambahan;

ii. RKK bagi kawasan sensitif alam sekitar (Tanah Tinggi) di kawasan Bukit Antarabangsa dan

Kemensah selaras dengan Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit dan

Tanah Tinggi Negeri Selangor 2010; dan

iii. RKK Kampung Pandan Dalam

• Program Landskap

Pengindahan dan peningkatan imej persekitaran kampung juga akan dijalankan melalui program

landskap yang melibatkan semua kampung di MPAJ. Penglibatan secara terus daripada penduduk

setempat terutama aspek penyelenggaraan kawasan landskap masing-masing difokuskan dalam

strategi ini.

• Peningkatan Kemudahan Masyarakat

Pendekatan yang diambil adalah dengan menaiktaraf balai raya/dewan/dewan serbaguna sedia

ada sebagai pusat komuniti atau pembangunan pusat komuniti baru. Setiap pusat komuniti akan

menyediakan kemudahan seperti Bilik Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK),

bilik mesyuarat, ruang pameran, dewan, pusat ICT/ pusat sumber, tadika/taska, kemudahan rekreasi

(gelanggang badminton, takraw, taman permainan kanak-kanak dan lain-lain), kafeteria, kemudahan

orang kurang upaya dan lain-lain.

• Peningkatan Prasarana

Secara umumnya, peningkatan prasarana di kampung-kampung dapat dipertingkatkan melalui

penjanaan, pengezonan dan pembangunan semula kawasan kampung terutama sistem perparitan

dan pembetungan (berpusat). Namun begitu, terdapat cadangan untuk mempertingkatkan sistem

perparitan dan pembetungan bagi Kg. Datok Mufti Shuib (Kg. Tengah).

Sebuah jambatan untuk kenderaan ringan juga dicadangkan dibina di Kg. Kuala Ampang bagi

mempertingkatkan kemudahsampaian penduduk setempat ke Zon Industri Bebas Hulu Kelang.

• Peluang Ekonomi

Dua (2) cadangan untuk mempertingkatkan peluang ekonomi penduduk kampung di MPAJ adalah

pembinaan pusat inkubator (Kg. Cheras Baru) dan inap desa (Kg. Kemensah). Pusat inkubator

dijangkakan mampu melatih usahawan-usahawan di kawasan MPAJ terutama usahawan Bumiputera

bagi latihan pengurusan, pembungkusan, pemasaran dan sebagainya. Pembangunan inap desa

dicadangkan di Kg. Kemensah kerana kedudukannya berdekatan dengan kawasan eko pelancongan

seperti kawasan air terjun, Bukit Tabur (Banjaran Rabung Gunung Kuartza) dan Taman Rimba Ampang.

3-40

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!