08.04.2015 Views

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020

STRATEGI DAN CADANGAN PEMBANGUNAN

3.3.3.2 Strategi Pembangunan

i. Strategi Pengangkutan Dan Pengurusan Lalu Lintas

Strategi pembangunan pengangkutan di dalam kawasan MPAJ telah mengenalpasti rangkaian sistem

pengangkutan dan perhubungan yang perlu disediakan untuk memastikan tahap kemudahsampaian

yang baik. Cadangan rangkaian jalan raya baru dan yang perlu dinaiktaraf akan dapat meningkatkan

kemudahsampaian dan keselesaan pengguna kenderaan persendirian dan pengangkutan awam.

Sistem pengangkutan awam itu sendiri perlu memenuhi ciri-ciri ‘universal access’ terutama bagi

golongan OKU.

Isu dan masalah sistem pengangkutan awam dapat diatasi melalui sambungan sistem rangkaian rel

berdasarkan cadangan Pelan Kuala Lumpur 2020 ke kawasan MPAJ. Ini akan meningkatkan kawasan

tadahan kepada pengguna sistem pengangkutan awam berasaskan rel dan menggalakkan

penggunaan sistem pengangkutan awam.

Untuk memudahkan pengguna kenderaan bertukar mod pengangkutan kemudahan terminal ‘parkand-ride’

dicadangkan. Penyediaan perkhidmatan bas pengantara akan memudahkan pengguna

mendapatkan sistem pengangkutan rel.

ii.

Cadangan Pengangkutan

Lima (5) aspek yang dikenalpasti untuk melaksanakan strategi pembangunan seperti berikut:-

a. Aksesibiliti Antara Wilayah

Dicadangkan satu rangkaian jalan utama strategik untuk penyuraian kenderaan yang menggunakan

MRR2. Salah satu komponen rangkaian tersebut adalah Lebuh Raya Lingkaran Tengah Kuala Lumpur –

Seksyen Timur (KLORR) yang dibina di bahagian timur MPAJ. Laluan cadangan sepanjang 39.5 KM ini

melibatkan dua (2) persimpangan bertingkat iaitu di Persimpangan Bertingkat Ampang dan

Persimpangan Bertingkat Ukay Perdana dalam kawasan MPAJ. Cadangan KLORR ini akan menaiktaraf

jalan masuk sedia ada ke Ukay Perdana dan jalan hubungan Kampung Pasir di MRR2 bagi

melancarkan pergerakan trafik di kawasan setempat. Jajaran KLORR ini telah mengambilkira kesan

alam sekitar Permatang Kuartza dari segi :-

i. Kesan terhadap aliran sungai dan kawasan tadahan air Empangan Klang Gates;

ii. Perlindungan kepada spesis-spesis flora dan fauna dalam kajian terperinci EIA;

iii. Perlindungan kepada spesis-spesis pokok yang dilindungi;

iv. Cadangan ‘Animal Crossing’ di lokasi-lokasi yang bersesuaian;

v. Meminimakan penempatan penduduk di sepanjang jajaran KLORR;

vi. Kerja tanah yang minimum dengan pembinaan terowong bawah tanah berdekatan Permatang

Kuartza; dan

vii. Penyediaan ‘Noise Barrier’ sekiranya melalui kawasan kediaman.

Selain daripada sistem jalan raya, sistem pengangkutan awam juga perlu dipertingkatkan.

Dicadangkan laluan bas dari Pandan Indah ke Terminal Putra, Gombak bagi melancar dan

mempercepatkan perjalanan pengangkutan awam.

b. Hierarki Dan Fungsi Jalan Raya

Hierarki dan fungsi jalan raya ditetapkan supaya lebih jelas (rujuk Rajah 3.15). Ini bertujuan untuk

memberi keutamaan dalam pembaikan, penyelenggaraan jalan dan penyediaan perabot jalan dan

kemudahan-kemudahan seperti bahu dan lorong jalan, laluan pejalan kaki dan jenis-jenis jalan.

c. Cadangan Jalan Dan Persimpangan

Beberapa rangkaian jalan dan persimpangan baru dicadangkan di dalam kawasan MPAJ. Selain itu,

beberapa batang jalan di dalam kawasan kajian perlu dinaiktaraf dan dilebarkan seperti Jalan Hulu

Langat, Jalan Pandan Utama dan Jalan Pandan Indah. Cadangan ini bertujuan untuk meningkatkan

keupayaan jalan dan keselamatan pengguna (rujuk Rajah 3.16).

3-31

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!