08.04.2015 Views

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020

STRATEGI DAN CADANGAN PEMBANGUNAN

b. Mengekalkan Kawasan Zon Industri Bebas Hulu Kelang

Kawasan peridustrian ini adalah antara kawasan industri bebas cukai yang paling lama beroperasi di

Lembah Klang. Sebahagian besar hasil keluaran industri di kawasan ini adalah untuk eksport.

c. Memenuhi Dan Perluasan Kawasan Industri Pandan Indah

Ruang-ruang kosong (tanah industri yang belum dibangunkan untuk tujuan industri) dalam kawasan

industri Pandan Indah yang boleh dibangunkan untuk aktiviti pembuatan melalui kaedah ‘infill

development’.

Seluas 15.71 hektar telah dikenalpasti sebagai kawasan tambahan untuk industri di Pandan Indah.

Ianya merupakan pengezonan semula guna tanah kediaman kepada industri. Aktiviti utama adalah

industri ringan dan sederhana yang selari dengan garispanduan JAS Malaysia.

d. Menempatkan Semula Aktiviti Bengkel Ke Kawasan Industri

Semua aktiviti bengkel servis, baikpulih kenderaan, kerja pertukangan dan kimpalan besi/logam yang

beroperasi di kawasan perniagaan, kediaman dan persendirian akan ditempatkan semula ke kawasan

industri yang bersesuaian seperti kawasan industri Pandan Indah.

e. Menempatkan Semula Premis Industri Dari Lokasi Yang Tidak Sesuai

Sasaran adalah untuk memastikan semua aktiviti industri dijalankan di kawasan yang dikhususkan. Oleh

yang demikian, keutamaan dalam tempoh lima tahun pertama perancangan adalah

penguatkuasaan pemindahan ke kawasan industri yang disediakan. Cadangan ini turut melibatkan

pengusaha yang telah mendapat kebenaran operasi di bawah proses pemutihan aktiviti industri.

f. Tukarguna Premis Perniagaan Terbiar Kepada Kegunaan Bengkel

Strategi ini merujuk kepada kawasan Taman Komersil Pandan Indah yang mana kebanyakan aktiviti di

premis-premis berkenaan adalah bengkel kereta dan kerja besi/logam/kimpalan.

iv.

Strategi Pembangunan Pelancongan

Matlamat pembangunan pelancongan adalah untuk menarik kedatangan lebih ramai pengunjung ke

tempat-tempat rekreasi dan riadah sedia ada. Strategi pembangunan pelancongan berlandaskan

elemen-elemen berikut (rujuk Rajah 3.14) :-

a. Zoo Negara Sebagai Zoo Bertaraf Dunia

Pengurusan Zoo Negara meneruskan usaha untuk menjadikan Zoo Negara Malaysia sebagai antara

zoo bertaraf dunia melalui program dan aktiviti berterusan. Zoo Negara akan menjadi antara pakej

pelancongan utama pelancongan ke Malaysia amnya dan Lembah Klang khususnya.

b. Taman Rimba Ampang Sebagai Kawasan Tarikan

MPAJ dengan kerjasama Jabatan Hutan Negeri Selangor akan menyediakan kemudahan tambahan

untuk menarik kedatangan pengunjung. Taman Rimba Ampang juga berfungsi sebagai pintu masuk ke

Taman Negeri Selangor.

c. Penambahbaikkan Kemudahan Rekreasi Dan Riadah Sedia Ada

Menjadikan Laman Budaya Ampang, Ampang Waterfront dan Taman Tasik Pandan Perdana sebagai

kawasan pelancongan rekreasi dan riadah masa hadapan. Aktiviti dan program secara berkala dan

berterusan dijalankan bagi menarik kedatangan pengunjung.

d. Bukit Tabur Sebagai Kawasan Tumpuan Pencinta Alam Dan Pelancongan Kembara

Bukit Tabur merupakan kawasan yang sesuai untuk menjadi tumpuan pencinta alam dan pelancongan

kembara. Bukit ini yang dikenali sebagai Permatang Kuartza akan dijadikan kawasan tarikan

pengunjung/pelancong tempatan dan luar negara. Kemudahan sokongan yang dicadangkan adalah

penginapan kos rendah di Taman Melawati.

3-27

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!