08.04.2015 Views

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020

GARIS PANDUAN PERANCANGAN

• Memudahkan industri makanan dalam mendapatkan sijil kesihatan bagi tujuan pengeksportan

produk mereka;

• Pra syarat dalam mendapatkan pensijilan HACCP;

• Meningkatkan pasaran dan keyakinan pengguna terhadap produk melalui penggunaan logo

GMP pada label produk makanan; dan

• Memudahkan mendapat insentif atau bantuan kewangan.

Skim Pensijilan GMP yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan memerlukan kerjasama agensi seperti

SMIDEC, MARA, Kementerian Pertanian, FAMA, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan

Kepenggunaan xxx(KPDNKK)untuk memberi bantuan berupa insentif, dana khas dan sebagainya kepada

enterprise mikro bagi meningkatkan taraf keselamatan, kualiti produk dan khasiat nutrien yang terkandung

selaras dengan keperluan seperti Jadual 9.44.

Jadual 9.56 : Purata Saranan Pengambilan Nutrien Mengikut Kumpulan Umur

UMUR

NUTRIEN

4 – 9 TAHUN 10 - 18 TAHUN 19 – 65 TAHUN

Tenaga (kkal)* 1500 2350 2130

Karbohidrat (g)* 206 323 293

Protein (g)* 28 56 57

Lemak (g)* 42 65 59

Gula (g)* ≤225 ≤353 ≤320

Garam (g)** - - ≤6

* (Recommended Nutrient Intake (RNI) Malaysia, 2005)

** (WHO (1982) Technical Report Series 678, WHO, Geneva)

Sumber : Kementerian Kesihatan

B. Garis Panduan Makanan, Minuman Halal

Garis panduan ini bertujuan dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak berkuasa pengeluar sijil halal

bagi menentukan kehalalan sesuatu produk. Panduan ini juga bertujuan memberi kefahaman dan

penjelasan kepada pengusaha dan orang awam sama ada Islam atau bukan Islam mengenai aspek halal

mengikut hukum syarak yang merangkumi penyediaan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan,

pengendalian dan pengangkutan bagi makanan, minuman dan barang gunaan orang Islam.

9.10.2 Sumber Bahan Makanan Dan Minuman

Sumber utama makanan dan minuman manusia adalah dari haiwan, tumbuh-tumbuhan, bahan

semulajadi, bahan kimia dan mikro-organisma yang mana ada di antaranya yang dihalalkan dan ada

yang diharamkan. Haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:-

• Haiwan darat

• Haiwan air

A. Haiwan Darat

Semua haiwan darat halal dimakan kecuali:-

i. Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak;

ii.

iii.

iv.

Babi;

Anjing;

Haiwan yang mempunyai taring atau gading yang digunakan untuk membunuh iaitu haiwanhaiwan

buas seperti harimau, beruang, gajah, badak sumbu, kucing dan seumpamanya;

v. Burung yang mempunyai kuku pencakar, paruh tajam, makan menyambar (burung pemangsa)

seperti burung helang, burung hantu dan seumpamanya;

vi. Haiwan-haiwan yang disyariatkan oleh Islam untuk dibunuh seperti tikus, kala jengking, burung

gagak, lipan, ular dan seumpamanya;

vii.

Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya seperti semut, lebah, burung belatuk, burung

hud-hud dan labah-labah;

9-122

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!