08.04.2015 Views

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020

GARIS PANDUAN PERANCANGAN

9.9 GARIS PANDUAN KEMUDAHAN REKREASI DAN LANDSKAP

9.9.1 Garis Panduan Khusus

A. Taman Rekreasi Pandan Indah

i. Rekabentuk Landskap

a. Mempunyai kepelbagian aktiviti aktif dan pasif bagi menarik ramai pengunjung menggunakan

taman ini;

b. Sirkulasi jalan dalaman sekurang-kurangnya mestilah 20 meter dan terdapat laluan pejalan kaki

yang menghubungkan komponen-komponen utama;

c. Penggunaan pokok-pokok spesis tempatan adalah digalakkan untuk menonjolkan identiti

landskap tropika; dan

d. Jarak penanaman pokok hendaklah bersesuaian bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan

dijalankan.

ii.

Komponen Rekabentuk

• Laman ilmu

• Alatan permainan kanak-kanak

• Kawasan rekreasi pasif

• Gelanggang

• Plaza

• Wakaf

• Kiosk

• Tempat letak kenderaan

• Tandas awam

B. Pembangunan Rekreasi Taman Persisiran Sungai Seputeh

i. Rekabentuk Landskap

a. Menerapkan ciri-ciri rekabentuk landskap yang sesuai untuk orang kelainan upaya agar dapat

menjalankan aktiviti riadah bersama keluarga;

b. Aspek keselamatan pengguna juga diambilkira terutamanya bagi golongan kurang upaya di

mana perabot landskap yang digunakan tidak mempunyai sudut yang tajam, tidak

menggunakan tanaman yang berduri dan sebagainya;

c. Rekabentuk taman ini perlu menitik beratkan elemen landskap yang mempunyai tekstur seperti

papan tanda ‘braille’, ‘feature wall’, ‘earth mound’, ‘toe wall with pebbles’ dan sebagainya; dan

d. Laluan pejalan kaki yang disediakan dilandskap dengan pokok-pokok renek pelbagai rupa dan

warna setinggi tidak lebih dari 500 mm untuk tidak mengganggu penglihatan dan laluan yang

disediakan hendaklah sentiasa mesra pengguna iaitu dengan menyediakan ramp yang tidak

terlalu cerun bagi kegunaan orang kurang upaya.

ii.

Komponen Rekabentuk

• Taman permainan kanak-kanak

• Plaza

• Gerai

• Bangku taman

• Laluan pejalan kaki

• Lampu

• ‘Bollard’

• Menara jam

Foto 9.26: Imej Papan

Tanda ‘Braille’

9-100

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!