08.04.2015 Views

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020

STRATEGI DAN CADANGAN PEMBANGUNAN

ii.

Kediaman

Unjuran berasaskan pertumbuhan penduduk, mendapati kawasan MPAJ memerlukan tambahan unit

kediaman sebanyak 23,080 unit bagi tempoh dari tahun 2005 hingga 2020. Keperluan tersebut telah

mengambil kira kediaman di dalam pembinaan dan kediaman dalam perancangan. Dalam

cadangan telah mengkelaskan densiti kepada tiga (3) iaitu densiti rendah ≤ 8 unit/ekar, densiti

sederhana ≤ 25 unit/ekar dan densiti tinggi ≤ 60 unit/ekar.

Secara amnya, kawasan MPAJ memerlukan cadangan unit kediaman baru. Bagaimanapun hasil

daripada analisis mendapati tanah untuk dibangunkan semakin terhad dengan keluasan setiap lot

kurang daripada 1 ekar. Ini dapat dilihat melalui analisis terhadap tanah untuk dibangunkan yang

mendapati kebanyakan kawasan MPAJ adalah dalam kategori Kelas III dan Kelas IV dan

pembangunan di kawasan ini perlu disesuaikan dengan keadaan kontor/topografi sedia ada.

Manakala bagi kediaman sedia ada dan komited, dicadangkan untuk dikekalkan kepadatannya.

Cadangan kepadatan baru akan digunapakai sekiranya keadaan berikut berlaku :-

a. Tempoh kelulusan kebenaran merancang bagi pembangunan komited telah luput;

b. Pindaan ke atas pelan tatatur yang telah diluluskan; dan

c. Cadangan pembangunan baru di sesebuah tapak cadangan.

Bagi mengatasi masalah kekurangan tanah untuk pembangunan kediaman baru, alternatif lain

dicadangkan iaitu, bagi kawasan perkampungan yang sesuai seperti kampung dalam bandar adalah

dicadangkan dijana semula melalui pemodenan dan pengezonan semula guna tanah. Pendekatan

yang digunakan adalah melalui peningkatan densiti daripada kepadatan rendah ke sederhana. Di

antara kampung-kampung yang terlibat di dalam proses penjanaan semula (peningkatan densiti)

adalah:-

a. Kg. Cheras Baru;

b. Kg. Ampang Campuran;

c. Kg. Kuala Ampang; dan

d. Kg. Klang Gates Baharu.

Kajian terperinci juga dicadangkan iaitu dua (2) kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) yang

berkonsepkan pembangunan semula kampung dalam bandar.

Keluasan keseluruhan kampung yang terlibat untuk kajian RKK adalah seluas 519.00 hektar. Bagi setiap

cadangan kediaman ianya hanya melibatkan 50 peratus sahaja untuk dicadangkan pembangunan

semula kediaman. Dari segi densiti yang dicadangkan adalah densiti tinggi iaitu ≤ 60 unit/ekar. Dua

(2)buah kampung di kawasan MPAJ yang terlibat dalam cadangan RKK adalah seperti berikut :-

a. Kg. Pandan Dalam; dan

b. Kg. Baru Ampang dan Kg. Baru Ampang Tambahan

Ianya menggunakan konsep Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB) 1 dan ‘Transit Oriented

Development’ (TOD) 2 .

Lima (5) strategi pembangunan yang dicadangkan untuk memandu ke arah mencapai objektif

pembangunan masa hadapan seperti di bawah : -

a. Memperuntukan keluasan kawasan yang mencukupi untuk pembangunan kediaman bagi

menampung keperluan masa hadapan;

1 Satu kaedah pembangunan tanah di mana sekumpulan lot tanah yang berjiran disusun semula melalui kerjasama

dan persetujuan pemilik-pemilik tanah mengikut pelan dan susun atur terancang dengan penyediaan

kemudahan infrastruktur dan kemudahan masyarakat yang mencukupi. Sebagai balasan kepada sebahagian

tanah yang disumbangkan, pemilik tanah akan menerima pulangan dalam bentuk hartanah. Sebahagian lagi

tanah dijadikan sebagai tanah kewangan dan dijual di pasaran bagi menampung sebahagian kos projek.

2 Pembangunan kawasan kediaman dan perniagaan yang direkabentuk untuk memaksimumkan

kebolehsampaian melalui transit dan mod pengangkutan tidak bermotor, serta menggalakkan ‘transit ridership’

(Sumber : RSN Selangor)

3-3

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!