08.04.2015 Views

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020

STRATEGI DAN CADANGAN PEMBANGUNAN

vi. Pengintegrasian Pusat Transit Antarabangsa, Utama Dan Sekunder Serta Penekanan Kepada

Perkembangan Fungsi Penggunaan Transit

Ciri istimewa yang dipamerkan oleh strategi pembangunan ini adalah penekanan terhadap

pembangunan infrastruktur pengangkutan yang mampan serta konsep pembangunan koridor transit

untuk seluruh Negeri Selangor. Pengintegrasian pusat transit dan pembangunan berasaskan koridor

transit ini adalah untuk mengambil manfaat daripada kewujudan pusat-pusat pengangkutan utama

negara iaitu Pelabuhan Klang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta

kedapatan rangkaian perhubungan darat yang menyeluruh. Penekanan ini menuntut pembangunan

sistem pengangkutan yang berintegrasi untuk memberi manfaat terhadap pergerakan manusia serta

barangan dari segi keselesaan, keselamatan dan ‘reliability’ serta pemeliharaan alam sekitar secara

menyeluruh.

2.2.2 Hubungkait Strategi RSN Selangor 2020 Dengan Kawasan MPAJ

Beberapa aspek yang terkandung di dalam strategi RSN Negeri Selangor jelas menyediakan rangka kerja

kepada pembangunan kawasan MPAJ. Antara aspek yang disentuh termasuklah :-

i. Menekankan kepada perkembangan pusat-pusat pertumbuhan sebagai pusat yang maju dan

’self contained’ serta mudah dikawal dan diurus. Pusat-pusat pertumbuhan yang dicadangkan

di dalam kawasan MPAJ ialah Hulu Klang sebagai ’Core Area’. Di antara dasar-dasar yang

terdapat dalam RSN Selangor 2020 berkaitan dengan strategi pembangunan ini adalah:-

DASAR FZ 9:-

ARAH DAN STRATEGI PEMBANGUNAN FIZIKAL NEGERI SELANGOR DITUMPUKAN KEPADA

PEMBANGUNAN PELBAGAI PUSAT PERTUMBUHAN DAN PENGGUNAAN KONSEP PEMBANGUNAN

BERORIENTASIKAN TRANSIT BAGI KAWASAN PEMBANGUNAN BARU

Cadangan Am:-

FZ9 C1:

Menggalakkan corak pembangunan yang padat dan mendiri serta mengandungi

pelbagai guna tanah di pusat-pusat pertumbuhan (nuclei)

ii.

Strategi Pembangunan Berorientasikan Transit mengesyorkan pembangunan pusat-pusat transit

bagi menggalakkan penggunaan perkhidmatan rel dan pengangkutan awam. Dasar-dasar

yang berkaitan adalah:-

DASAR FZ 9:-

ARAH DAN STRATEGI PEMBANGUNAN FIZIKAL NEGERI SELANGOR DITUMPUKAN KEPADA

PEMBANGUNAN PELBAGAI PUSAT PERTUMBUHAN DAN PENGGUNAAN KONSEP PEMBANGUNAN

BERORIENTASIKAN TRANSIT BAGI KAWASAN PEMBANGUNAN BARU

Cadangan Am:-

FZ9 C2: Menggalakkan pembangunan berorientasikan transit di lokasi-lokasi yang strategik di

laluan-laluan utama di seluruh negeri untuk memberi kemudahsampaian yang tinggi

ke pusat-pusat pembangunan

FZ9 C3:

Menggalakkan pelaksanaan amalan ’Smart Growth’ dalam pemajuan guna tanah

di pusat-pusat transit di mana penekanan adalah terhadap:-

• Pembangunan yang padat (compact) tetapi mampan;

• Penyediaan guna tanah yang bercampur tetapi tidak bercanggah;

• Penyediaan pelbagai mod pengangkutan dan sistem pengangkutan mampan;

• Pembangunan baharu dalam kawasan tepubina sedia ada;

• Pembangunan berskala manusia untuk mesra penduduk; dan

• Pewujudan lingkungan awam.

2-4

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!