08.04.2015 Views

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020

KAWALAN PERANCANGAN

8.13 CADANGAN PEMBANGUNAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

8.13.1 Objektif Pembangunan

Tiga (3) objektif pembangunan pemeliharaan alam sekitar BP 4 adalah:-

i. Memelihara Kawasan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS)

a. Zon Sumber Bekalan Air Bersih-Empangan Klang Gates;

b. Khazanah Geologi-Taman Negeri Selangor (Permatang Kuartza Klang Gates/Rizab Hidupan Liar

Klang Gates);

c. Zon Perlindungan Badan Air-Kolam Air Ampang;

d. Hutan Rekreasi- Taman Rimba Ampang;

e. Zon Perlindungan Hutan Simpan-Taman Negeri Selangor (Hutan Simpan Ampang); dan

f. Zon Perlindungan Warisan, Hutan Simpan, Sumber Air Bersih dan Tanah Tinggi-Taman Negeri

Selangor (Hutan Simpan Ulu Gombak).

ii.

Pemantauan Secara Berkala Dan Penguatkuasaan Undang- Undang Secara Berkesan Bagi

Mengawal Aktiviti Yang Boleh Mengundang Ketidakselesaan Penduduk Dan Mencemarkan Alam

Sekitar

a. Kawalan kualiti air sungai bagi menjamin bekalan air bersih yang berterusan kepada penduduk

sekitar; dan

b. Kawalan aktiviti pertanian dan penternakan akuakultur air tawar bagi meningkatkan produktiviti

tanpa menjejaskan kualiti alam sekeliling.

iii.

Pewartaan Kawasan Bagi Menjamin Kualiti Air

Mewartakan rizab sungai ke hulu takat pengambilan air.

8.13.2 Cadangan Pembangunan

Enam (6) cadangan yang diusulkan di BP ini adalah:-

i. Empangan Klang Gates (rujuk Foto 8.11)

a. Badan air ini perlu dipelihara sepenuhnya dan merupakan kawasan keselamatan;

b. Membekalkan air ke kawasan Lembah Klang dan juga berfungsi sebagai kawalan banjir oleh

Jabatan Pengairan dan Saliran;

c. Segala aktiviti yang boleh mencemarkan persekitaran tasik empangan hendaklah dilarang sama

sekali kerana akan mengancam kualiti bekalan air mentah;

d. Aktiviti seperti memancing dan yang tidak mengubah struktur fizikal dan biologi tasik dibenarkan

tetapi mereka terikat dengan peraturan sedia ada bagi kawasan keselamatan (rujuk Garis

Panduan Pembangunan Kawasan Tadahan Air); dan

e. Tindakan tegas dikenakan ke atas mana-mana pihak yang cuba untuk melakukan sebarang

aktiviti yang boleh mencemarkan kualiti air disini.

8-28

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!