08.04.2015 Views

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020

STRATEGI DAN CADANGAN PEMBANGUNAN

2.2 STRATEGI PEMBANGUNAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR 2020 (RSN

SELANGOR 2020)

Strategi ‘Multi Focus’ RSN Selangor 2020 memberi penekanan terhadap perkembangan pusat-pusat

pertumbuhan sebagai pusat ekonomi yang maju dan ‘self contained’ serta mudah dikawal dan diurus,

berbanding amalan semasa yang menggalakkan ‘urban sprawl’.

2.2.1 Ciri-Ciri Utama Strategi ‘Multi Focus’

i. Pengekalan Dan Pemuliharaan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS)

Kawasan Sensitif Alam Sekitar yang telah dikenalpasti akan terus dipulihara. Di antara kawasan yang

terlibat ialah kawasan hutan simpan kekal, kawasan berbukit dan bercerun curam, kawasan pesisiran

pantai dan sungai, kawasan kepulauan dan kawasan tadahan air. Ia bertujuan untuk memastikan aset

semula jadi tidak musnah dan pupus sehingga menimbulkan risiko bencana dan untuk dinikmati oleh

generasi akan datang.

ii.

Pengekalan Wilayah Lembah Klang Sebagai Pusat Pembangunan Yang Dinamik

Kawasan Wilayah Lembah Klang merupakan kawasan pembangunan perbandaran yang termaju di

Malaysia dan sebahagian besarnya terletak di Negeri Selangor. Pembangunan perbandaran di dalam

Wilayah Lembah Klang akan terus digalakkan dan dijadikan pemangkin pembangunan negara untuk

mencapai matlamat Wawasan 2020. Memandangkan kawasan ini hampir mencapai tahap tepu,

pembangunan secara ‘infill’ dan pembangunan semula adalah digalakkan terutamanya di pusatpusat

bandar utama yang mengalami tekanan pembangunan yang tinggi. Strategi pembangunan di

wilayah ini juga memberi penekanan kepada peningkatan pengurusan lalu lintas dan penyediaan

infrastruktur yang lebih sempurna bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas dan banjir kilat

yang sering berlaku di kawasan ini. Ini adalah untuk memastikan persekitaran Wilayah Lembah Klang

akan terus kondusif untuk pembangunan ekonomi bandar.

iii. Peluasan Zon Pembangunan Perbandaran Di Pinggir Wilayah Lembah Klang

Untuk menampung pertambahan penduduk dan aktiviti pembangunan ekonomi, peluasan kawasan

perbandaran adalah diperlukan. Oleh itu, zon perbandaran diperluaskan ke kawasan selatan Daerah

Kuala Selangor dan utara Daerah Kuala Langat sebagai zon pembangunan utama. Peluasan ini juga

meliputi kawasan tengah Daerah Kuala Selangor dan selatan Kuala Langat sebagai zon

pembangunan sekunder yang mengambilkira pembangunan-pembangunan komited di kawasan

berkenaan. Pembangunan di kawasan ini bagaimanapun ditumpukan di pusat-pusat pertumbuhan

yang dikenalpasti.

iv. Pengukuhan Pembangunan Ekonomi Semasa Dan Pembentukan Asas-Asas Ekonomi Baru

Terutamanya Di Kawasan Kurang Maju

Pembangunan ekonomi negeri dipertingkatkan melalui pengukuhan aktiviti semasa dan

mempelbagaikan lagi aktiviti ekonomi berdasarkan kepada kekuatan asas ekonomi tempatan sesuatu

zon pembangunan yang dikenalpasti.

v. Penyerakan Pembangunan Ke Luar Wilayah Lembah Klang Melalui Pembangunan Pusat-Pusat

Pertumbuhan Strategik Yang Bersifat Mandiri Dan Berorientasikan Transit

Pendekatan utama penyerakan pembangunan ke luar Wilayah Lembah Klang adalah dengan

mengenalpasti pusat-pusat pertumbuhan sedia ada yang sesuai untuk menjadi pusat-pusat

pertumbuhan strategik serta pusat-pusat transit di lokasi yang dapat memberi manfaat kepada

pembangunan ekonomi di kawasan sekitarnya. Pembangunan dan perkembangan pusat-pusat ini

akan dipergiatkan untuk menjadikannya sebagai pemangkin utama pembangunan di kawasan luar

Wilayah Lembah Klang.

2-3

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!