08.04.2015 Views

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020

KAWALAN PERANCANGAN

Foto 8.10: Taman Rimba Ampang

iii.

KLORR Sebagai Cadangan Laluan Scenic

Cadangan laluan Scenic adalah (scenic highway) salah satu produk pelancongan baru yang mana ianya

merentasi Hutan Simpan Ampang. Laluan ini akan membolehkan kenderaan yang melalui lebuh raya

tersebut menikmati keindahan alam semula jadi di persekitaran lebuh raya. Cadangan kemudahan yang

perlu diambilkira adalah:-

a. Tempat letak kenderaan;

b. Kawasan R&R yang mempunyai menara tinjau, dan

c. Tangga dan laluan pejalan kaki bagi membolehkan mereka yang berminat untuk meneroka

kawasan yang menarik di persekitaran hutan

iv.

Hutan Simpan Ampang Sebagai Hutan Eksplorasi Dan Rekreasi Lasak

Mencadangkan Hutan Simpang Ampang dijadikan sebagai kawasan eksplorasi hutan dan rekreasi lasak

di samping menjadikan kawasan hutan ini sebagai hutan warisan.

v. Tapak Perkhemahan/Teduhan Dalam Hutan Simpan Ampang

Sebagai hutan eksplorasi, Hutan Simpan Ampang memberi ruang kepada pengunjung kembara eksplorasi

hutan untuk bermalam di hutan Simpan Ampang. Kawasan rayau boleh membawa pengembara dari

Taman Rimba Ampang ke Bukit Tabur atau Empangan Klang Gate. Kelebihan eksplorasi hutan simpan

Ampang dan Hulu Gombak adalah jarak yang dekat dengan bandaraya.

Sasaran yang lebih menarik adalah tapak perkhemahan yang mampu menjana pelbagai aktiviti untuk

kembara berkumpulan. Walaupun tanpa membina struktur kekal, kawasan perkhemahan perlu menjamin

keselamatan pengunjung yang berkhemah dan bermalam.

vi.

Hutan Simpan Ampang Sebagai Kawasan Peliharaan Hidupan Liar

Hutan Simpan Ampang dicadangkan menjadi kawasan rayau hidupan hutan (kecuali binatang

buas/berbahaya). Jabatan Hutan dan Jabatan Perhilitan dicadang mengenalpasti jenis binatang yang

sesuai untuk tujuan ini. Antara yang dicadang adalah Rusa, Pelanduk, Tapir, Ayam Hutan dan Babi Hutan

serta binatang hutan yang hampir pupus, termasuk Siamang dan Ungka. Dicadangkan hutan simpan ini

menjadi kawasan rayau Gajah pelihara.

Hutan Simpan Ampang mempunyai banyak jenis burung hutan yang sering menjadi sasaran peminat

burung, khususnya dari negara luar. Ini akan menjadikan sumber tarikan tambahan kepada Hutan Simpan

Ampang.

8-24

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!