08.04.2015 Views

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020

KAWALAN PERANCANGAN

8.8 CADANGAN PEMBANGUNAN PELANCONGAN

8.8.1 Objektif Pembangunan

Dua (2) objektif permbangunan pelancongan bagi BP4 adalah:-

i. Menjadikan sumber jaya Empangan Klang Gate dan Bukit Tabur sebagai kawasan tarikan yang

dapat menarik kedatangan lebih ramai pelancong dan pengunjung harian; dan

ii. Mengekalkan alam semula jadi sumber jaya sedia ada bagi memberi ruang kepada

pelancong/pengunjung menikmati keindahan alam semula jadi yang tidak dicemari dan

diubahsuai.

8.8.2 Cadangan Pembangunan

i. Empangan Klang Gates Baharu Dan Bukit Tabur (Banjaran Rabung Gunung Kuartza)

Empangan Klang Gate Dan Bukit Tabur akan menjadi produk utama dalam pakej pelancongan kawasan

di MPAJ. Bukit Tabur juga dikenali dengan Banjaran Rabung Gunung Kuarza di mana terdapat satu

deretan kuarza sepanjang 16 kilometer. Pembangunan pelancongan mencadangkan untuk

mengekalkan keadaan semula jadi kawasan ini tanpa sebarang pembangunan fizikal. Pelancong atau

pengunjung boleh berjalan kaki dan kembara tanpa mengikut laluan yang disediakan di samping

berkhemah di tapak perkhemahan yang disediakan atau di kawasan lain yang sesuai.

Kawasan ini turut diisytiharkan sebagai Kawasan Warisan Dunia bagi dipelihara dari musnah akibat

tekanan pembangunan. Ianya mempunyai elemen sebagai kawasan eko pelancongan, pendidikan dan

rekreasi. Di samping itu, kedua-dua sumber jaya ini juga di cadang sebagai sebahagian dari sumber jaya

Taman Negeri (rujuk Foto 8.9). Di antara aktiviti yang disediakan adalah pendakian dan perkhemahan.

Foto 8.9: Empangan Klang Gate Dan Bukit Tabur

ii.

Taman Rimba Ampang

Taman Rimba Ampang adalah sumberjaya berpotensi untuk diketengahkan sebagai pakej pelancongan

terkenal di MPAJ. Agensi terlibat perlu menyediakan perancangan dan melaksanakan sebagai taman

rekreasi hutan lipur yang menarik memandangkan ianya mampu menarik kedatangan pelancong

tempatan dan dan luar Lembah Klang (rujuk Foto 8.10).

Antara kemudahan yang disediakan adalah:-

• Restoran

• Gerai makan

• Dewan persembahan kebudayaan

• Ruang rawatan kesihatan dan urut tradisi

• Gerai jualan pelbagai cenderamata/hati

• Galeri kesenian/budaya

8-23

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!