08.04.2015 Views

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020

STRATEGI DAN CADANGAN PEMBANGUNAN

2.0

PEMBANGUNAN KAWASAN RANCANGAN TEMPATAN DALAM KONTEKS

DASAR DAN STRATEGI NASIONAL DAN NEGERI

2.1 KONURBASI KUALA LUMPUR

Rancangan Fizikal Negara (RFN) telah menyatakan Konurbasi Kuala Lumpur adalah meliputi kawasan

seluas 504,000 hektar. Kawasannya melibatkan Wilayah Lembah Klang sedia ada dan kawasan

pembesaran yang meliputi Daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Sepang dan Kuala Langat di

Selangor serta Daerah Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan (rujuk Rajah 2.1). Jumlah

penduduk tahun 2000 dianggarkan seramai 4.8 juta orang. Pada tahun 2020, jumlah penduduk

konurbasi ini diunjurkan akan mencapai 12.6 juta orang. Konurbasi Kuala Lumpur merupakan

Konurbasi Taraf 1 yang dikenali sebagai Konurbasi Pertumbuhan Nasional (rujuk Jadual 2.1).

Jadual 2.1: Hierarki Konurbasi Perbandaran

TARAF HIERARKI KAWASAN

1

Konurbasi Pertumbuhan

Nasional

Kuala Lumpur-Lembah Klang-

Seremban

2 Konurbasi Pertumbuhan Wilayah

i. George Town-Kulim-Sungai

Petani-Perak Utara

ii. Johor Bahru-Pasir Gudang-

Tanjung Pelepas

iii. Kuantan-Kemaman

3

Konurbasi Pertumbuhan

Pertengahan

i. Ipoh

ii. Melaka

4

Pusat Pertumbuhan

Perbandaran / Konurbasi Masa

Hadapan

i. Alor Setar

ii. Kota Bharu

iii. Kuala Terengganu

iv. Kangar

v. Temerloh-Mentakab

vi. Lumut- Sitiawan-Manjung

vii. Muar- Batu Pahat-Kluang

Sumber: Rancangan Fizikal Negara, 2005

Pembangunan Konurbasi Kuala Lumpur akan berterusan berpaksi kepada Bandaraya Kuala Lumpur

yang mempunyai misi untuk mencapai status ‘World Class City’ menjelang tahun 2020. Salah satu

pengaruh Bandaraya Kuala Lumpur dapat dilihat kepada sumbangan peluang pekerjaan kepada

tenaga kerja sekitarnya (rujuk Jadual 2.2). Pada tahun 2000, dianggarkan 53.1 peratus peluang

pekerjaan yang diwujudkan di dalam Bandaraya Kuala Lumpur adalah untuk tenaga kerja yang

datang dari luar Bandaraya. Unjuran yang dibuat pada tahun 2020 menunjukkan peratusan ini

semakin mengecil iaitu 37.1 peratus. Walau bagaimanapun, jumlah sebenar peluang pekerjaan yang

disediakan untuk tenaga kerja dari luar Bandaraya Kuala Lumpur meningkat dari 445,400 pada tahun

2000 kepada 520,000 pada tahun 2020.

2-1

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!