08.04.2015 Views

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020

KAWALAN PERANCANGAN

7.9.4 Meningkatkan Industri ’Cottage’ Dan IKS Secara Komersil

i. Kuih-Kuih Tradisional

Kampung tradisi di BP 3 akan digabungkan untuk menghasilkan satu jenis produk makanan berasaskan

kuih-kuih tradisional. Kaedah ini berdasarkan kepada konsep satu kampung satu produk di mana akan

tercapai tahap pengeluaran yang komersil disokong sistem francais atau pemasaran melalui ‘Anchor

Company’. Cadangan pembangunan berada di dalam BPK 3.4: Ukay Perdana iaitu di Kg. Pasir. Kampung

ini adalah berpotensi untuk pengeluaran makanan jenis kuih tradisional. Senarai produk kuih tradisional

seperti bahulu, kerepek, rempeyek dan koci perlu dipertingkatkan dengan lebih komersil (rujuk Foto 7.7

dan Foto 7.8).

Foto 7.7: Kuih Bahulu

Foto 7.8: Kerepek

Kg. Pasir

ii.

Nurseri

Nurseri bunga di Kg. Pasir akan dibekalkan untuk keperluan Bandaraya Kuala Lumpur dan sekitar Lembah

Kelang. Sebahagian keperluan pokok landskap yang besar boleh disediakan dan disimpan di kawasan

lain dan di bawa hanya apabila ada tempahan. Aktiviti ini perlu melibatkan kerja-kerja membekal,

menanam dan penjagaan selepas tanam. Kepakaran membiak anak pokok sangat perlu bagi

menghasilkan bunga yang lebih berkualiti. Tumpuan kepada keperluan pasaran setempat atau ‘nichie

market’ adalah seperti pokok bonsai, pokok eksotik dan pokok cantuman pelbagai.

Nurseri yang berada di atas rizab jalan dibenarkan tetapi hanya ditanam di dalam beg dan pasu sahaja.

Tanaman yang ditanam di atas tanah tidak dibenarkan. Bangunan kediaman tidak dibenarkan dibina

kecuali pondok atau bangsal menanam pokok.

7-72

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!