08.04.2015 Views

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020

STRATEGI DAN CADANGAN PEMBANGUNAN

iv.

Bab 4 Cadangan Klasifikasi Pengezonan Pemajuan Dan Penggunaan Tanah

Menerangkan 11 klasifikasi guna tanah dan penggunaan jadual kelas kegunaan tanah.

v. Bab 5 sehingga Bab 8 Peta Cadangan Dan Pernyataan Bertulis

Menerangkan cadangan pemajuan dan kegunaan tanah serta jadual kelas kegunaan tanah

bagi setiap Blok Perancangan Kecil (BPK).

vi.

Bab 9 Garis Panduan Perancangan

Menerangkan garis panduan mengikut 10 subjek iaitu kediaman, perniagaan dan perkhidmatan,

perindustrian, pemeliharaan alam sekitar, kemudahan infrastruktur dan utiliti, rekabentuk bandar,

pelancongan, kemudahan rekreasi dan landskap, pertanian dan sumberjaya desa serta

pengangkutan dan lalulintas.

1.4 KAWASAN RANCANGAN TEMPATAN

Kawasan RT MPAJ 2020 meliputi keseluruhan kawasan pentadbiran MPAJ. Ianya terletak dalam dua

daerah iaitu Daerah Gombak dan Daerah Hulu Langat. Keluasan keseluruhan kawasan MPAJ adalah

meliputi 14,350 hektar.

Kawasan MPAJ meliputi tiga (3) mukim iaitu Mukim Hulu Klang dan sebahagian Mukim Setapak di dalam

Daerah Gombak dan Mukim Ampang dalam Daerah Hulu Langat. Kawasan RT ini bersempadan dengan

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bahagian utara kawasan MPAJ adalah bersempadan dengan

sebahagian lagi Mukim Setapak di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

1.5 BLOK PERANCANGAN

Empat (4) BP telah dikenalpasti bagi kawasan RT MPAJ 2020 iaitu (rujuk Rajah 1.2) :-

i. BP 1 : Pandan Indah

ii. BP 2 : Ampang

iii. BP 3 : Melawati

iv. BP 4 : Kawasan Pemeliharaan

Jadual 1.1 menunjukkan keluasan bagi setiap BP.

Dua kriteria digunakan dalam membentuk BP iaitu Kawasan Perbandaran Utama dan Kawasan

Pemeliharaan.

i. Kategori 1: Kawasan Perbandaran Utama (KPU)

Kawasan Perbandaran Utama (KPU) secara amnya merupakan kawasan tepu bina sedia ada yang

secara fizikalnya membentuk kawasan gabungan kepada Bandaraya Kuala Lumpur. Guna tanah utama

sedia ada didominasi oleh kawasan perumahan, pusat perniagaan, kawasan industri, kemudahan

masyarakat, kawasan rekreasi, infrastruktur dan utiliti serta rangkaian pengangkutan. Dalam MPAJ,

terdapat tiga KPU telah dikenal pasti iaitu:-

• KPU Pandan Indah

• KPU Ampang

• KPU Melawati

ii.

Kategori 2: Kawasan Pemeliharaan

Kawasan Hutan Simpan Ampang dan Hutan Simpan Hulu Gombak merupakan kawasan pemeliharaan

yang mana ianya adalah guna tanah dominan dan meliputi lebih daripada 50 peratus daripada jumlah

keseluruhan MPAJ. Kawasan hutan simpan ini termasuk di dalam Taman Negeri Selangor.

1-3

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!